Pages

Wednesday, December 25, 2013

YAHOOO MUSIM DEGHOYAN...TIME BUAT TEMPOYAK
































Malam tadi, lepas dinner di GroupBase, Sri Damansara, UnclePali singgah di satu gerai durian di Wangsa Melawati dalam perjalanan pulang ke rumah.

Stok tempoyak kat rumah dah habis. So, Kjee nak buat lagilah memandangkan tempoyak readymade banyak mencurigakan. Kalau warnanya cantik kuning adakala mereka campur pisang masak. So daripada curiga, baiklah buat sendiri.

Tak susah mana pun. Leraikan isi dari biji, kemudian masukkan dalam bekas seelok-eloknya bekas kaca. Tabur sedikit gula dipermukaan durian yang telah diisi ke dalam botol. Kemudian simpan di mana-mana tempat yang kering di dalam dapur sekurang-kurangnya 3 hari. Jangan ditutup rapat botol nanti boleh meletup kata orang lah.






Lepas tiga hari boleh simpan dalam peti ais selama mungkin atau sampai habis korang bedal. Bukan freezer tau tapi dalam ruang peti ais biasa.

Pasti korang tanya kenapa Kjee letak gula dan bukan garam. Itu Kjee tak tahu. Nenek Kebayan yang ajar Kjee kata letak gula so I letak lah gula. Kita kan anak murid yang dengar kata.

Kalau nak tempoyak tu masam, letaklah 4 atau 5 hari kat luar sebelum masuk peti ais. Kjee suka tempoyak yang tak terlalu masam.

Dulu pun Kjee pernah buat. Klik SINI.




4 comments:

Musliza Mohamad said...

Tak pernah dgr le pulok letak gula. Tak pe, nnt kami cuba. TQ.

misz-ella said...

Alahai Kak Jee .. pertamanya Groupbase SD tu memang feveret saya. Keduanya saya peminat tempoyak tapi tak pandai buat. sib baik pegi Kuala Kangsar baru2 ni dapat tempoyak free mak kawan bagi. Ketiganya tempoyak ready made tu saya pun ragui. Ke empatnya saya sukalah baca blog Kak Jee. Hehehe.

Kjee said...

Alahai Misz-ella... so sweet. Thnx.

Jaja Eddy said...

sedapnya tempoyak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...