Pages

Wednesday, January 1, 2014

LEMAK IKAN TALANG STAIL NISMILAN




Wah gambar ni diambik pada tahun 2013...post pada tahun 2014. Yezza entri masakan pertama di tahun 2014. Lauk yang Kjee pasti kesukaan ramai.

Kjee jarang-jarang buat masak lemak stail Nismilan untuk ikan Talang. Selalu Kjee buat kari stail India. Tapi hari tu makan kat rumah Emma Masterchef, terus Kjee jatuh chenta. Nasib baik pulak ada sahabat yang berikan Kjee seekor ikan Talang dari Lumut.

Masak lemak pedas stail Nismilan cukup mudah. Tak perlu bawang bagai. Hanya tumbuk cili padi (sebanyak mana yang suka) bersama kunyit hidup. Campur dalam satan pekat dan jeranglah. Opps jangan lupa campakkan sehelai dua daun kunyit.

Sebelum itu, Kjee selalu rendam ikan Talang dalam air biasa selama satu atau dua jam. Arwah bonda punya stail, dia rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Katanya, garam itu boleh menyerap keluar rasa masin Ikan Talang. Tapi Kjee tak buat.

My asben suka tulang-tulang Ikan Talang. Kjee dan Nadia pulak suka bahagian isinya. So, baguslah. Tak membazir tulang tu kan! Hehehe.

Okay apabila kuah lemak sudah elok mendidih, masukkan ikan talang yang dikerat suka hati korang. Masanya lebih kurang 20 minit guna api sederhana. Kjee tak pernah bubuh garam sebab tak tahu sejauh masa masin kuah setelah dibubuh ikan talang kering. Hanya masa nak hidang, Kjee akan rasa pastu tambah kalau tak cukup. Oh ya jangan lupa campak sekeping asam gelugor setelah masukkan ikan.

Ini jugak kali pertama Kjee bubuh nenas dalam masak lemak. Kjee rebus dulu nenas yang telah dipotong keping-keping kecik pastu toskan airnya. Apabila nak padam api setelah siap masak, baru Kjee masukkan nenas. Kenapa masuk nenas last minute? Ntahlah..oh mungkin Kjee tak nak santan tu pecah kalau masuk nenas terlalu awal.

Kalau masak camni, Kjee dan UnclePali hanya suka buat timun sebagai ulam. Tapi lauk ni Kjee masak pedasssss sekali. Sedap.







3 comments:

Maha Missa said...

Fuh terbaik ni ..

paridah said...

salam pagi jee..SELAMAT TAHUN BARU..semoga sht walafiat n bahgia selalu...terliur tengok masakan jee ni...sukanya kalau dapat masak sendiri lagi.

Anonymous said...

Assalam Kak Jee. Selamat Tahun Baru 2014 dan semoga Kak Gee beroleh kesihatan yang cemerlang. Masak lemak ni makan dengan sambal bilis Jawa Batu Pahat tu pun sedap. Cubalah!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...