Pages

Monday, May 5, 2014

BARU TAHU ADA PEKASAM DAGING DAN AYAM DAN KAMBING


Daging Pekasam Utara


Percaya ke tidak Kjee hanya tahu Ikan Pekasam wujud setelah berkahwin dengan UnclePali 14 tahun lalu. Pertama kali makan di rumah MIL kat Pahang. Walaupun asal Kedah tetapi famili UnclePali menjadi peneroka di Pahang. Justru dia dilahirkan di Pahang.

First time makan, okay jugak sebab Kjee ni tak cerewet pasal makanan eksotik.  I'm very adventurous. Bagaimanapun, makan kali pertama itu, Kjee kena gatal-gatal satu muka! Sebelum ini Kjee tak pernah ada sejarah resdung.

Anyway, Nadia dah tak bagi Kjee sentuh Ikan Pekasam selepas itu. End of story.

Beberapa tahun selepas itu,  masa balik kampung di Ulu Jempol, Pahang, Kjee tengok ada terhidang Ikan Pekasam goreng atas meja. Kjee curi-curi makan sebab Nadia ada. Dia dah warning jangan cari penyakit.

Kjee tunggu sejam...dua jam...tiga jam. Eh tak gatal-gatal pun. So itulah ceritanya macam mana Kjee kembali mula makan Ikan Pekasam.


Ikan Pekasam yang dijual Dwan Inzaghi

Ikan pekasam enak dibubuh bawang dan cili


Lepas tu, apa lagi lah. Kalau balik kampung UnclePali kat Kedah, Kjee akan borong Ikan Pekasam. Ada ikan lampam, ada ikan sepat dan ikan puyu. Tapi MIL kata pekasam ikan lampam sedap. Malah Kjee pernah order kat kawan yang tinggal di Kedah dan mereka tolong pos.

Oleh kerana tak tahu macam mana sedapnya Ikan Pekasam, Kjee main bantai sahaja makan sampai Kjee diperkenalkan dengan Ikan Pekasam Utara yang dijual oleh wartawan hiburan Metro Dwan (pm dia kat FB kalau nak order. Nama FB dia Dwan Inzaghi).

Punyalah sedap Ikan Pekasam yang dibuat oleh kakak Dwan sampaikan Kjee dan UnclePali jadi ketagih. Sebelum ini Kjee tidak pernah dapat rasa Ikan Pekasam sesedap itu. Sekarang ni sentiasa ada stok di dalam peti ais. Sesuwai sangat untuk sahur atau buka Puasa nanti.



Minat nak order, pm kat Rusnarita kat Facebook




Beberapa hari lalu Kjee terima kiriman Daging Pekasam pulak dari seorang fren FB (Rusnarita Mansor. Boleh pm dia kalau nak beli). Rusnarita beriya-iya benar nak suruh Kjee rasa.

So, tadi Kjee buatlah cara orang Kedah makan pekasam. Rupa-rupanya kena ada bawang dan cili yang digoreng seketika pastu baru goreng daging. Selama ni Kjee bantai jer goreng ikan pekasam. Goreng jer dan makan sama nasi dan lauk lain.

Camner rasa Daging Pekasam? Ini komen UnclePali.

"Okaylah tapi rasanya I lagi suka Ikan Pekasam," kata UnclePali. Same here. Bukan kami tak suka tapi pagaq banyak dah longgaq (gigi banyak dah longgar). Jadi nikmat nak kunyah daging pekasam sudah hilang. Huhuhu.

Kalau korang tak pernah cuba Daging Pekasam, bolehlah cuba. Kononnya di Utara Daging Pekasam dan jugak Ayam serta Kambing Pekasam sangat popular.

It's okay but I think I will stick to my Ikan Pekasam. By the way my niece kata Ikan Pekasam Talapia or is it ikan keli, sedap sangat. Dwan, Kjee nak!!! Apa rahsia kak hang buat Ikan Pekasam sedap sangat?!!!!







9 comments:

ieda abdullah said...

saya orang kedah tapi tak penah tau ada pekasam lain selain drp ikan...tak penah jumpa pun...(ka tak penah cari?..hehe)
kak jee...ikan pekasam boleh juga balut dgn daun pisang kemudian bakar...sedap sb ada bau daun pisang tu.

Pakdoor Awe said...

Pekasam ikan laut pun sedap dimakan. Di Pantai timur ia dikenali sebagai ikan budu, digoreng bersama telor itik dan bawang serta lada solah yang hijau muda itu....mmmm

Siti Norshimah Md Yasan said...

nampak sedap je Kak Jee....Nak cubalah

Nani said...

sedapnya ikan pekasam ni kak jee...lagi2 waktu buka puasa...kat Ipoh nie, diaorg ada jual yg dah siap digoreng..(kat pasar ramadhan Medan Gopeng dan Stadium...)..emmmm, wanginya bau dia...

ecah khalili said...

kjee,kalau nak sedap lagi ikan pekasam tu,masa goreng bwang n cili tu,goreng sekali daun kunyit yang dikoyak2..sedappp..nnti bau ikan pkasam tu wangi daun kunyit..

Cik Nadz said...

saya pun baru tau jugak!

Nabilah Zamri said...

assalam kak jee. lepas baca n3 kak jee pg td terus p order kat kawan akk tuh. tinggal ikan lampam je. ok lh tu. nk traa lu.. btw akk tau kenapa blog mat gebu xleh di retrieve lately?

MG schmidt said...

MG pun baru tahu ad peksam dging
kebetulan member bawak ritu .pkcik dia jual speket RM10 ..
tapi kalau nak byk biasalah boleh bg diskaun katanya :)

sape yg nk try tu bole la try :)

Anonymous said...

Sy dh Cuba pekasam daging rusnarita ni, memang sedap.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...