Pages

Thursday, May 15, 2014

BESAR NANTI JADI PELAWAK YA, ANAKKU


Zizan dah lama jutawan?


Sepuluh tahun, dua puluh tahun malah 30 tahun lalu, cukup mustahil bagi kita membayangkan seorang pelawak boleh jadi jutawan hanya dengan melawak. Masa tu mereka hanya harap untuk dapat durian runtuh seperti menang loteri, kalau nak jadi jutawan.

Justru tiada seorang pun parents akan tanya soalan ini kepada anak-anak mereka. "Besar nanti jadi pelawak, ya anakku!". 

Rata-rata dulu-dulu, ibu dan ayah amat bangga kalau anaknya dapat kerja gomen atau jadi askar atau polis. Terjamin masa depan. Jadi 'ahlil muzik'? Ohh jauh panggang dari api. Mana ada karier sebagai 'ahlil muzik' boleh jamin masa depan.

So korang ingat ada parents yang nak suruh anak mereka pilih karier sebagai pelawak? Oh tidak!! Lawak sangatlah tu!! Langkah mayat bapak dulu kalau kau nak jadi pelawak! Mana ada pelawak zaman aku yang senang, yang kaya raya, kata si bapak.

Tapi hari ini lain story nya bapak oi!!!  Sejak empat atau lima tahun lepas, ramai rasanya sudah simpan cita-cita nak jadi pelawak. Semuanya pasal stesyen TV swasta yang tawarkan hadiah beratus hingga berjuta ringgit sebagai habuan kalau menang pertandingan lawak.

Tak cukup dengan wang ratusan ribu ringgit, diberi jugak kereta mahal dan tawaran muncul di TV untuk rancangan lawak. Berlakon filem dan drama, berlakon iklan, jadi Duta mi segera dan macam-macam lagi. Omputih kata The Sky Is The Limit. Selagi adalah!



Pasangan lawak tanahair paling ngam


Semalam Kjee terkejut baca berita Zizan Razak mungkin telah diikat sebanyak RM2-juta sebagai artis eksklusif Astro. Nama saja eksklusif tapi dia masih boleh jadi pengacara Melodi di TV3 dan mungkin jugak boleh kekal jadi Duta mi segera dan Duta cekelat yang ranggup dan sedap serta mahal tu.

So, berapa agaknya nilai Zizan Razak sekarang? RM10-juta? RM20-juta. Tak mustahil tu. Kat TV3 tak tau berapa dia dapat. Jadi Duta mi segera pulak entah berapa dan begitu jugak dengan Duta cekelat ranggup sedap mahal tu.

Anyway, kemampuan Zizan untuk menjadi Jutawan dalam masa mungkin tak sampai 10 tahun, harus membuka mata mereka yang bercita-cita nak anak jadi doktor...jadi loyar... Ala berapa sen sangat gaji doktor dan loyar berbanding dengan pelawak!

Tak mustahil 10 tahun lagi, ada doktor dan loyar naik motor kapcai jer. Sampai di trafik lights, vrroooom pelawak pecut nak Ferari.

So renung-renungkanlah. Hehehe.


Ni aku punya...kau ader?

3 comments:

Irfa said...

REZKI SAPA NAK SANGKA

nash said...

Memang betul apa yang kak jee cakap tu, pelawak boleh jadi jutawan sekarang dan gaji mereka melebihi doctor atau lawyer, tapi sejarah membuktikan, sehebat/sekaya mana pun artis tu di zaman muda nya, bila dah tua/uzur, mereka akan tampil untuk mengutip derma kerana tidak mampu menanggung kos hospital atau kos sara hidup, saya tak pernah pulak dengar doktor atau peguam di waktu usia emas mereka keluar di suratkhabar meminta2 ditanggung kos hospital/sara hidup. Sekadar renungan saja.Terima Kasih Kak Jee keluarkan berita macam ni.

Kjee said...

Betul tu Nash. Itu pelawak zaman dulu sebab dia orang tak dapat habuan cam pelawak sekarang. Dulu pelawak adalah artis kelas ketiga...kalau ada kelas lima, mereka jugak tergolong dalam kelas itu. Tapi dengan mendapat habuan ouluhan hingga ratusan ribu sekarang, pelawak zaman ini dah pandai buat harta untuk hari tua. Tanya Johan ataupun Zizan, apa harta terkumpul? Kjee dengar busuk2 pun mereka ada dua tiga biji rumah, ada FD dan macam2 lagi. Harap Nash puas hati!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...