Pages

Sunday, May 18, 2014

DULU PASAR BUSUK SEKARANG PASAR SENI AKA CENTRAL MARKET








Bila last Kjee pergi Central market atau Pasar Seni? When Nadia was 3? Now she's 26. So dah 23 tahun Kjee tak singgah kat situ.

Dalam seminggu adalah sekali dua, Kjee lalu depan CM. Sangkut dalam jem atau berhenti sebab trafik lite warna merah. Hanya jenguk jer. Maklumlah tiada siapa yang sudi nak bawak. Lagipun Kjee rasa lecehlah kalau dia orang nak sorong wheelchair di tengah-tengah ratusan orang. Redho jer lah.

Anyway, semalam dalam UnclePali ronda-ronda tak tahu mana nak bawak Kjee dan Nadia bersiar-siar, kami lalu depan Dayabumi. Kjee cadang pergi Central Market. UnclePali terus buat U-turn berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad.

Yezza we were on the way to CM! Ala 5 minit jer dari U-turun tadi. Hehehe.

Nasib baik, masuk jer kawasan parking, ada satu kereta tengah gostan nak keluar. Alhamdullilah syukur.

Perasaan bercampur baur nak jejak kaki ke dalam CM. Teringat masa kecik-kecik selalu ikut Atuk Majid ke Pasar Kuala Lumpur yang berbau busuk dan penuh dengan tikus! Kalau masuk ke dalam pasar ini, terloncat-loncat Kjee tengok tikus berlari-larian. Opppps tidakkkkk!

Kemudian apabila bertukar wajah menjadi CM atau Pasar Seni, Kjee pun antara pengunjung tetapnya. Bukan lawat sebarang lawat. Tapi masa tu Kjee jadi cub reporter kat akhbar petang The Malay Mail. So, kena cari banyak story human interests.

Tamat sejarah jadi wartawan, Kjee hanya singgah sekali sahaja ketika bawak Nadia jalan-jalan when she was 3. Selepas itu, Kjee dan CM bawa hal masing-masing. Hehehe.

Sampai sahaja depan pintu masuk CM, Kjee dah perasan kelainannya! Tak payah masuk dalam...dari depan pintu masuk dah rasa sejuk!! Kuatnya air-con!! Patutlah ramai suka lepak dalam CM sebab nak lari dari kepanasan kota!

Dah masuk dalam, Kjee dah tak banyak cerita lagi dengan UnclePali dan Nadia. Ternganga Kjee lihat perubahan yang cukup drastik. Gerai-gerai dan kiosk dalam CM cukup cantik dan bersih.

Rasanya kalau ada duit se guni pun tak cukuplah kalau nak shopping. Well tak cukup sebab bilangan besar barang yang dijual agak mahal. Hanya selendang sahaja yang murah. Kalau dulu Kjee beli shawl Pashwina dalam lingkungan RM30-RM50 sehelai, sekarang boleh dapat serendah RM15. Beli banyak helai boleh dapat lagi murah! Hmmm.

Sedang Kjee ralit cuci mata, Nadia kata:

"Mama, now you know why masa Nadia pergi Bali dulu, Nadia tak beli banyak barang. Hampir semua yang ada kat situ, boleh dibeli di sini..."

Oh oh... so apa fungsi sebenar Pasar Seni kat Malaysia kalau barangnya kebanyakkan dari Indonesia, India, Vietnam, Thailand, China dan Korea! Menteri Pelancungan kena jawablah kannn.

Tapi satu yang buat Kjee suka sangat datang sini selain cuci mata. Kjee tak jumpa seorang pun yang Kjee kenal! Dan tak sorang pun perasan Kjee. Sebab? Hampir semua pengunjungnya adalah orang asing. Sebahagian besarnya orang Indonesia yang berbau pelancung bukan PATI. Yang kenal Kjee dan tegur sapa hanya budak-budak CM yang meniaga di situ. Tanya kenapa Kjee naik wheelchair dan jugak senyum-senyum.

Apapun, korang layan jer lah foto-foto yang sempat UnclePali rakamkan. Bagi Kjee mengunjungi CM adalah satu terapi bagi minda.  Harus menjadi satu kemestian untuk dikunjungi kalau datang Kuala Lumpur tau.



























1 comments:

siti hazreen said...

dah lama tak ke sini...rindu pulak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...