Pages

Thursday, May 22, 2014

MINGGU DEPAN FINAL KILAUAN EMAS 4


Zain, Arip, Nas, Nordin dan Ben. Gambar ehsan mStar Online.




Mengapa cepat sangat Kilauan Emas Musim ke-4 berakhir? Rasanya macam baru sahaja Kjee tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik berseronok-seronok masa audition atau uji bakat rancangan itu yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara.

Masa tu kami sekeluarga geli hati sangat tengok audition tu. Seronok tengok gelagat ramai yang bagai lupa mereka sebenarnya sudah warga emas.  Lalu sahaja kamera depan mereka (di ruang legar luar tempat diadakan audition), kita boleh saksikan insan-insan emas ini bersorak-sorak dan melambai-lambai.

Banyak kali Kjee malu nak tengok. Apatah lagi apabila anak kata: "Apa agaknya anak cucu dia orang tu rasa bila tengok mak/bapak atau datok/nenek berkelakuan macam itu? Sanggup beratur dari subuh ke lewat malam semata-mata nak pergi audition!"

Tapi apabila tiba peringkat sebenar konsert, barulah kita dapat tengok bakat yang benar-benar tulen. Bakat yang boleh buat ramai penyanyi baru dan muda, malu sendiri.

Kjee suka sangat tengok juri Dato Ramli MS dan Dato Hattan ketika memberi komen. Telus dan tidak bermuka-muka.

Dan untuk konsert separuh akhir tadi, Nas menitiskan airmata apabila Dato Ramli berkata, dia peserta yang 'unpredictable'. Maknanya sukar untuk 'baca' apa yang bakal diberikannya ketika membuat persembahan.

Nas jugak seringkali mendapat pujian yang amat bagus dari Dato Hattan. Antara komen Hattan yang Kjee tidak dapat lupa: "Kau ni pernah ke buat album?" Nas geleng. "Kenapa lambat sangat kau nak menyanyi...Alahai!"

Cukup dalam maknanya itu.

Nas pasti akan memberi saingan hebat kepada perserta final lain seperti Arip, Ben, Nordin dan juga Zain. Mujurlah juri profesyenal mempunyai kuasa besar memilih Juara nanti. Mereka menguasai 70% dari undian. Kalau dibiarkan kuasa dipegang oleh penghantar sms, maka rancangan ini akan menjadi macam rancangan realiti lain yang dianjurkan Astro.

Kecewa lagi kita semua untuk melihat seorang peserta wanita muncul sebagai Juara. Nak buat macam mana. Bila dah tiba usia emas, ramai ibu-ibu dah tak cukup stamina. Yang penyanyi veteran macam Uji Rashid pun boleh semput, apa nak dikato.

Tak sabar nak tunggu final minggu depan. Kjee dah ada Juara pilihan. Kita tengok tepat tak ramalan Kjee seperti yang Kjee telah lakukan sejak bermula Kilauan Emas 4.

Sebenarnya dah boleh baca dari minggu pertama lagi siapa yang akan masuk final. Ramalanku tepat belaka. Hehehe.


2 comments:

norhidana miswan said...

tahun ke 4 nih mmg lelaki lagi jd juara yek kak Jee... tp sore nas mmg power, yg lain2 pun sedap jugak... dana prefer tgk kilauan emas dr the band tau... sore sume power2... kadang merdu sama dh mcm penyanyi skrg nih...

WanAni - One and Only said...

Salam Gee,

Pilihan saya adalah Juara NAS, Naib Juara Ben dan tempat ketiga adalah Nordin/Zain/Arip. Tak kisah lah ketiga keempat dan kelima tu, yang penting juaranya itu adalah teman duet ku masa kami kami keje di dalam kumpulan drb-hicom dulu....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...