Pages

Wednesday, May 28, 2014

NOTA BUAT FELIXIA YEAP


Felixia Yeap - foto ehsan Google



Salam Adik Felixia,

First time Kjee tengok Adik Felixia, Kjee geleng kepala. Dalam hati ada buruk sangka...budak ni sengaja nak mempermainkan perasaan orang Melayu. Nak persendakan pengunaan hijab.

Belum pernah rasanya terjadi dalam sejarah negara, seorang wanita bukan Islam, melakukannya dalam kehidupan sebenar. Hanya ada berlaku sekali sekala dalam drama yang dipaparkan di kaca TV.

Kjee tunggu dan ikut perkembangan Adik Felixia dari jauh. Perhatikan sahaja. Kemudian apabila keluar berita Adik Felixia belum bersedia pergi lebih jauh dalam Islam selain memakai hijab, hati Kjee sudah tawar untuk terus follow.

Beberapa hari lalu, Kjee dikejutkan dengan berita Adik Felixia telah merancang mengucap dua kalimah syahadah di bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelang. Syukur Alhamdullilah... rupa-rupanya jalan yang Adik Felixia pilih, bukan seperti yang Kjee mahupun orang lain jangkakan!

Malu Kjee bukan kepalang menonton sebuah drama dimana awak berhijab penuh (walaupun adegan dalam rumah) sedangkan ada pelakon wanita yang digandingkan bersama, lain penampilan mereka.

Cukup ayu dan sejuk mata memandang Adik Felixia di majlis ABPBH. Cukup sopan, begitu tersusun langkah. Ini rupa-rupanya jalan yang Adik Felixia cari selama ini setelah puas melalui pelbagai liku dan ranjau dalam hidup.

Pagi tadi Kjee sebak melihat nukilan Adik Felixia dalam Facebook yang sepantas kilat dikongsi ramai pemegang akaun FB yang lain.

Ada insan-insan hina yang telah berusaha mencari gambar-gambar Adik Felixia di zaman silamnya. Dan menyebarkannya di internet. Seolah-olah hanya Adik Felixia sahaja ada zaman gelap seperti itu. Seolah-olah tiada anak gadis Melayu yang berkelakuan lebih buruk hingga ke saat ini!

Adik Felixia tidak melatah. Cara dia menyusun kata-kata pasti meruntun jiwa ramai yang membacanya. Dia telah dicaci, dihina, dicarut dan difitnah ekoran penghijrahan yang dilakukan secara perlahan-lahan. Segala perilaku silamnya dibongkar! Bukan oleh bangsa asalnya tetapi orang Melayu yang menganut agama Islam sejak dari azali.

"Tunggulah nanti bila saya sudah mengucap dua kalimah syahadah...saya akan doakan yg terbaik untuk  insan-insan ini. Nyata sekali Islam itu bukan Melayu dan Melayu itu bukan Islam!"

Tak sabar rasanya Kjee hendak sama-sama menyaksikan Adik Felixia mengucap dua kalimah syahadat. Sesungguhnya Adik telah memilih jalan yang benar. Jalan yang bakal memberi Adik ketenangan sepanjang hayat, Insya Allah.

Dan mudah-mudahan Adik Felixia dapat membawa bersama-sama teman-teman seperjuangan yang masih belum nampak arah yang Adik tuju.

Kjee menyusun 10 jari memohon ampun kerana pernah menyimpan sangka buruk terhadap Adik Felixia sebelum ini. Kjee mendoakan segala yang terbaik buat mu. Moga perjalanan Adik selepas ini dipermudahkan Allah swt. Insya Allah, Ameen.




8 comments:

Shiela said...

Alhamdulillah.. Moga segala yg baik dipercepatkan.. Marhaban marhaban adek Felicia..

Anonymous said...

Alhamdulillah. benar islam itu indah dan felixia menjumpainya walau keadaan sekeliling tidak menunjukkan keindahannya.syabas felixia, anda yang sebaliknya berjaya memaparkan keindahan islam.

skuterlady said...

aamiin.... perubahan yang sedikit tu lebih baik dari takde langsung.... golongan yg menghina, mencaci... yang membuka aib orang tu.... satu hari nanti semua tu akan terpalit ke muka diorang balik..... mungkin lebih teruk lagi nanti.... sape tahu...kan?

Elieza said...

Personally, saya berharap supaya Felixia tidak perlu tunggu ramadhan untuk masuk Islam. The earlier the better. Bulan mana-mana pun sangat-sangat baik dalam islam dan siapa tahu umur kita takat mana kan...? just my two cents :) .. harap diri sendiri menjadi lebih baik...

acikbuCUk... said...

saya pun ada terpikir benda yang sama..kenapa perlu tunggu bulan ramadhan?saya tahu Ramadhan bulan yang sangat mulia..tapi alangkah eloknya kalau awalkan..sebab ajal maut di tangan tuhan..and saya ade follow blog dan fb felixia, sekali pandang xde pun pikiran negatif sebab dia bukan main-main atau mempersendakan islam, dia mencuba..islam itu indah..dan dia lagi bagus dari sesetengah artis yang seksa pakaiannya..lebih teruk yang tua tak sedar diri..xnak insaf..

Akmall Razlan said...

Iya la kak, saya pun sama. Sebenarnya saya pun dulu ada jugak rasa kurang senang tapi bila dah macamni... alhamdulillah, saya pulak malu tengok dia berpakaian elok dari orang yang Islam. Teringat satu kata-kata kawan saya dulu,

"Dia lebih Islam dari aku yang Islam ni".

malu sungguh.

Lily Erliyani said...

betul tu kak. kita sama-sama doakan kan beliau ye. saya memang suka tengok penampilan beliau. simple tapi cantik bagi pandangan saya. setiap orang ada zaman silam. apa yang penting adakah kita berubah ke arah lebih baik atau sebaliknya. wallahualam..

yana yani said...

saya juga berpendapat yang dia tak perlu menunggu hingga bulan ramadhan
mati tu pasti, bimbang dia mati sebelum sempat melafazkan syahadah
apapun saya doakan yang terbaik buat dia

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...