Pages

Sunday, May 18, 2014

TWICE BAKED POTATO UNTUK PENGGEMAR KENTANG






Dari muda lagi Kjee lebih berselera kalau makan apa sahaja kecuali nasi. Mujurlah Nadia pun ikut selera Kjee. Apa Kjee makan dia pun suka. Malah, kalau lunch dengan 3 biji karipap seorang pun, masih boleh hidup. Hehehe.

Kentang jugak Kjee variasikan cara memasaknya. Boleh goreng buat potato fries, buat mashed, buat hashbrowns ataupun dibakar begitu sahaja.

Untuk resipi, Kjee pun segera menemui Miss Google. UnclePali pulak kata tengok kat You Tube lagi senang. Belajar kat situ...berlambak-lambak resipi. Hmmm kita dah lama tau laa cik abang.

So Kjee jumpalah banyak resipi Twice Baked Potato. Twice Baked maknanya kentang tu dibakar dua kali. Sekali untuk empukkan isi kentang dan kali kedua untuk cairkan keju yang ditabur diatas kentang yang sudah siap disumbat isi kentang.






Kjee selongkar pantry. Ada 4 biji kentang (seeloknya Russet potato), cheddar cheese warna oren (yang dah siap sagat) ada mayo, ada butter, ada fresh milk, ada daun bawang dan ada ayam goreng berbaki dalam freezer. Just nice nak buat baked potato.

Kjee suruh Nadia cuci bersih-bersih kentang tu. Kena bersih sebab kita nak makan sekali dengan kulitnya. Lepas itu, dibakar kentang dalam oven suhu 180 darjah antara 45 minit hingga 1 jam. Ini mengikut saiz kentang.

Nak tahu elok masak atau tidak, cucuk pisau kecik ke dalam kentang sebaik sahaja keluar oven. Kalau pisau tu masuk lancar dalam kentang, maknanya dah siap. Kalau cucuk pastu ada rasa macam isinya tak empuk, masuk balik dalam oven dan masak lagi 10-20 minit.

Sementara nak tunggu kentang masak, Kjee carik-carik ayam goreng dan dadu kecik-kecik. Tepikan. Lepas tu, Kjee hiris nipis-nipis sedikit daun bawang. Tepikan. Siapkan keju. Sagat kalau beli yang belum sagat. Kalau guna cheese slice pun boleh. Telangkup jer atas kentang sebelum dimasukkan ke dalam oven.

Kjee guna Cheddar Cheese yang warna oren. Nampak cantik. Kata orang Cheese Cheddar Oren lebih tajam rasanya berbanding yang putih. Whatever. Bagi Kjee, apa pun warna...biru ker, putih ke cokelat ke...yang makan orang Malaysia. Hohoho. Ubah sedikit dailog petikan dari filem Mekanik, arahan my fren Othman Hafsham.

Kentang pun dikeluarkan dari oven. Nak tunggu sejuk sikit pun okay tapi since Kjee ada menuntut ilmu kebal dari Nenek Kebayan, Kjee ambil pisau dan potong sedikit bahagian atas kentang. Kemudian dengan lagak berani tahan panas depan Nadia Kjee ambil sudu dan keluarkan isi kentang perlahan-lahan sebab jari jemari dah hampir melecur  dan letak isi itu dalam mangkuk. Buat sampai habis.






Korang keluarkan isi kentang tapi tinggalkan kira-kira ¼ inci keliling kentang tu. Jangan bagi kulit tu terburai kalau dikeluarkan licin isi kentang.

Pastu Kjee guna masher dan lenyek isi kentang tu bersama butter (dalam 2 sudu) sambil tuang sedikit demi sedikit susu. Jangan bubuh banyak-banyak susu, nanti cair sangat. Ala-ala lembab gitu. Pastu letak juga sedikit mayonaise. Ikut selera koranglah banyak mana nak letak.

Selepas digaul rata mayo dan isi kentang lenyek tadi, masukkan isi ayam goreng yang telah didadu tadi. Jugak hirisan daun bawang. Kacau sampai rata. Pastu masukkan segenggam dua cheese sagat. Kacau sampai sebati. Simpan sedikit untuk tabur atas kentang sebelum masuk oven.

Kjee bubuh Aji-shio Black pepper untuk bagi rasa. Kalau tidak, perasa ngan garam dan lada hitam kisar.

Gunakan sudu untuk masukkan isi kentang itu ke dalam kulit kentang. Kemudian tabur cheese masuk balik dalam oven. Bakar hingga cheese cair dan nampak garing. Keluarkan dan tabur sedikit daun bawang kalau suka.

Itu jer. Kalau anak-anak takut nak makan kulit tu, bagi jer lah dia orang isi kentang. Itu jer. Selamat mencuba.

Nak bagi senang sikit, bahan-bahan yang Kjee guna seperti dibawah. Agak-agak jer. Korang pepandailah adjust sendiri yer.

1. Kentang
2. Isi ayam yang telah digoreng
3. Susu (Kjee guna HL low fat)
4. Mayonaise
5. Aji Shio Blackpepper
6. Daun bawang
7. Butter






3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerrr....

Shiela said...

sesekali makan ni pun best kan kjee..

ecah khalili said...

sedapnyeee kjee..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...