Pages

Friday, September 26, 2014

CROISSANTS INTI TUNA






Kalau pergi ke bakeri Kjee suka sangat cari roti ataupun croissants. Boleh simpan untuk dibuat sandwich untuk breakfast atau pun minum petang.

Croissants, misalnya boleh di simpan dalam bekas kedap udara dalam freezer selama seminggu. Apabila hendak digunakan, panaskan seketika dalam microwave oven ataupun oven biasa. Ia akan menjadi lembut sangat. Malah, sedap dimakan begitu sahaja.

Hari ini Kjee balik dari Mesjid Al Ghufran setelah menziarahi jenazah Allahyarham Dato Jamil Sulong, terasa lapar pulak sementara tunggu UnclePali gi Solat Jumaat. Apabila dia balik, kami akan ke Kampung Janda Baik pulak untuk urusan pengkebumian.



Kalau tak reti buat sendiri, beli jer lah



Kjee bukak peti ais, tiada apa yang menarik. Kemudian ternampak croissant yang dibeli di Eon Big hari tu. Ada 4 biji. Kjee panaskan dua. UnclePali segera bukak dua tin kecik Tuna. Yang ada mayo untuk Kjee sebab sekarang kerana kurangkan makan pedas dan Tuna Cili untuk dia,

Mujur ada salad dan tomato. Maka inilah hidangan kami untuk alas perut sementara tunggu UnclePali balik solat. Kalau lapar nanti, balik dari Kampung Janda Baik, bolehlah singgah lunch.

Senang jer nak buat sandwich croissant ni. Just belah tepi (jangan sampai putus), letak salad, tuna dalam tin pilihan anda dan jugak tomato. Kalau tak suka tuna yang dah tersedia itu, bolehlah buat inti sardin yang dicampur bawang, cili dan jugak perahan jus lemon atau limau nipis.






1 comments:

illa rahman said...

salam... tiap2 hari mesti buka blog ni nak baca entry baru...simple...bak kata org...short n sweet.. suka jgk tgk menu2 yg best2... been following as silent readers dah lama...oppss...hehhehe salam perkenalan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...