Pages

Thursday, September 18, 2014

DAUN PECAH BELING KAWAL GULA DALAM DARAH








UnclePali raji bebenor petik daun ini dikawasan hutan berhampiran rumah kami




Sejak kena Diabetes dua tahun lalu, Kjee banyak mintak nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman terutama orang tua tua mengenai pengambilan herba kampung. Nenek moyang kita dulu pun kena kencing manis tapi mereka hanya guna herba yang dipetik sekeliling kampung untuk mengawalnya.

Kjee kata kawal bukan mengubati kerana Kjee rasa kalau dah kena Diabetes atau Kencing Manis, memang ianya tidak boleh diubati. Tetapi ia boleh dikawal. Selain daripada menjaga makanan, pengambilan herba juga amat membantu.

Kjee hanya makan ubat hospital untuk Diabetes tak sampai 5 bulan selepas mendapati Kjee kena penyakit itu. Jaga punya jaga tetapi malangnya terkena jugak kerana ia penyakit genetik. Turun temurun. Arwah Bonda meninggal kerana kencing manis.

Anyway, setelah menyedari terkena penyakit itu, Kjee mula pasang telinga. Mana tahu ada kengkawan yang tahu cara terbaik mengawalnya kerana Kjee memang tidak mahu bergantung hayat kepada ubat hospital.


Rendam dalam air panas mendidih sampai suam baru minum






















Jemur sampai kering. Lagi kering lagi bagus




















Kawan lama Kjee, pelakon Hajah Maimunah aka Kak Jah Glamor, beritahu Kjee dia minum air rendaman daun Pecah Beling. Katanya dia dapat daun itu dari penyanyi lagu-lagu Asli terkenal Hajah Aspapela Abdullah.

Kjee pun bergegas ke rumah Kak Aspa dan beliau beri Kjee beberapa tangkai daun Pecah Beling yang Kjee tanam dalam pasu. Dah dua kali Kjee petik daunnya dan jemur hingga kering. Kemudian setiap hari Kjee ambil sejemput, rendam dalam satu mug air panas. Dah suam, Kjee minum.

Alhamdullilah, hingga ke hari ini baca gula dalam darah Kjee terkawal. Apabila terbabas sikit, Kjee buat dua kali sehari. Maklumlah tekak ni. Nampak kuih muih yang manis terus teringin. Tapi Kjee ni agak disiplin sikit. Jamah sikit jer untuk hilang rasa rindu.

Kalau di rumah Kjee hanya masak nasi guna beras Faizah herba Ponni. Ia beras khusus untuk pesakit diabetes. Seluruh keluarga Kjee hanya makan beras ini. Mula-mula dulu rasa tak sedap tapi lama kelamaan okay lah.

Baru-baru ini Kjee ternampak rimbunan pokok Pecah Beling ini di satu kawasan pinggir hutam berhampiran rumah Kjee. Tumbuh meliar. Sukanya Kjee sebab tak perlu lagi risau kalau stok habis.

Petik daunnya, jemur hingga kering dan simpan dalam botol. Minum secara disiplin tiap hari. Insya Allah, penyakit itu akan dapat kita kawal.

Daun ini banyak ditanam di kampung-kampung. Ada menanamnya sebagai pagar rumah. Apabila ia tumbuh merimbun, dicantas dan nampak cantik sangat pagar tu.

Pokok ni 'gelojoh tanah'. Ini istilah arwah Bonda kalau pokok yang ditanam mudah tumbuh. Asal 'jumpa tanah' ia mudah membiak.




Lepas petik daunnya, tangkai ni dicucuk ke tanah. Insya Allah akan tumbuh

Ini cara UnclePali jemur

Ini daun yang sudah kering. Pada Kjee ini belum cukup 100% kering. Simpan dalam bekas kering






13 comments:

makcikkantin said...

Geng WhatsApp McK pun dok sibuk cerita pasal daun ni....tapi dia org kata daun pecah batu/pecah gelas.....good for kencing manis...
MIL pun ada kencing manis, tapi sejak 5 bulan lepas stop ubat hospital (with doctor's knowledge), sebab paras gula dia rendah....

Moga Diabetes kak jee terkawal ya, take care

MizzTina said...

mcm daun sirih pulak tgk.. beling tu klu istilah jawa maknanya kaca.. daun pecah kaca..hehe.. nt la tnye mak, kot² tau, boleh tanam belakang umah..

Amie said...

Orang kata untuk kurangkan darah tinggi pun ok juga Kak Jee. Harap bacaan gula Kak Jee sentiasa terkawal, kalau boleh tak payah langsung sentuh kuih manis he heeeh.

Kak Zie said...

as salam kak gee saya ada tanam sepasu pokok ini, sangat senang tumbuh kan. daunnya cam kesat/kasar skit. bila baca blog kak gee baru tau kena keringkan daunnya. selama ni saya biarkan jer merimbun.setakat ni lom ada kencing manis dan tau bagus utk kencing manis tapi tak pernah cuba. ada orang panggil pokok ni pecah kaca/pecah beling.daun misai kucing khasiatnya sama tak dgn pokok ni dlm membantu kencing manis?

ieda said...

salam kak gee...satu lg yg bagus utk kencing manis ialah pokok dokong anak..rebus dengan akar2 sekali & minum air rebusan tu..customer saya buat..gula 20+ tapi takmo ubat...lepas tiga minggu gitu dia mai cek gula dah normal..dia cerita yg dia minum air rebusan pokok ni...tapi dia new case lah..baru kena kencing manis.

Mar Mansor said...

harap serasi..ikhtiar kita juga kan

Wal said...

Assalamualaikum, kat mana boleh saya dptkan anak pokok pecah kaca ni. Nak cuba tanam.

Kjee said...

Pokok ni kekadang orang buat pagar rumah.

Anonymous said...

Saya ada pokok ini. Mmg cukup cantik. D nurseri penjual cakap elok utk buah pinggang dan macam2 lagi. Mudah tumboh dan jika masak pekat rasa seperti air sarsi dan manis . Saya sudah beberapa pokok sbb mmg cantik pokok ni. Saya excited ni sbb nak cari name pokoknya sampai saya namekan sendiri pokok sarsi.

Hanna Zakarino said...

As salam. Kak Jee, saya terbaca blog ni sebab tengah cari khasiat daun beling. Minta izin ya, saya print kisah ni nak bagi mak mertua baca (dia ada macam2 sakit termasuk cancer). moga info ni boleh membantu. terima kasih.

ben qamari said...

saya meminati pokok herbal.dan bagaimana nak dapat bekalan pokok pecah kaca?

wan azman said...

Sapa kat JB ada tanam pokok ni, whatsapp saya 0197532536..mahu dapat kan baka

kurtrosaki ichikurt said...

Salam.. Berhampiran kawasan nilai.. Moh singgah.. Sy sedia bg anak pokok ni..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...