Pages

Saturday, September 20, 2014

KARIPAP SARDIN...DAH SEJUK PUN MASIH RANGGUP






























Ala tak payah susah-susah buat. Beli jer. Awak tu bukan sihat. Itulah tagline UnclePali tiap kali Kjee nak makan sesuatu, especially karipap. Alahai bukannya dia tak tahu isteri dia cerewet. Nanti ada jer tak kena...pastri tak rangguplah, inti tak sedaplah, mahal lah. Hehehe.

Tapi beberapa hari lepas, Kjee ajak UnclePali tolong Kjee buat Karipap Sardin. Hah itu dia suka Kjee buat sebab dia suka sangat karipap sardin. Bukan karipap sardin jer. Apa jua makanan berkaitan sardin, favorite dia.

Jadi kami duduk mengadap kat dapur untuk projek buat karipap. Kjee tugaskan UnclePali buat inti sardin. Kjee dadu 5 biji kentang dan rebus. Kemudian UnclePali nyalakan api, bubuh minyak dalam kuali dan letak kira-kira ½  cawan cili kisar. Dia masak/goreng sampai kering. Kemudian ditepikan.

Ehh kenapa UnclePali buat camtu? Sebab nak keringkan air cili tu. Dan jugak senang nak kaup cili yang dah digoreng tu tanpa minyak. Kalau terlebih minyak dalam inti nanti, minyak tu akan keluar masa nak kelim karipap. Dan pastri akan jadi basah.

Setelah dia keluarkan minyak lebihan goreng cili kisar tu, UnclePali hidupkan api dan masukkan bawang yang telah didadu. Apabila dah agak lembut, dimasukkan pulak sardin yang telah dibuang tulang tengahnya dan dilenyek-lenyek sikit. Kemudian, dia masukkan kentang yang sudah lembut. Of course kena toskan airnya.

Pastu gaul sampai rata. Bubuh garam dan asam keping atau sedikit jus limau nipis. Sejukkan.



Ini rupanya inti sardin dan kentang UnclePali. Tak berminyak kan?

























Untuk pastri atau doh karipap, Kjee guna 1 kilo tepung, 1 cawan minyak dan setengah cawan majerin Planta. Marjerin tu Kjee campurkan dengan minyak (Kjee guna minyak jagung) pastu Kjee panaskan atas dapur sehingga marjerin cair.

Letak 1 kilo tepung didalam besen. Buat lubang ditengah-tengah dan curahkan minyak bercampur marjerin tadi. Gunakan garfu dan cepat-cepat gaul minyak dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti. Kalau dah rasa sejuk sikit boleh gaul dengan jari.

Kjee guna air lebih kurang 400ml yang telah dicampur dengan 1 sudu besar garam. Rasa dulu air tu. Biar cukup rasa masin untuk 1 kilo tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga sudah menjadi doh yang lembut. Uli seketika dan letak dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam fridge lebih kurang 25 minit.

Bab klim Kjee tak boleh nak ajar sebab Kjee tak pandai. Main hantam sahajalah labu. Nadia yang pandai. Sebab itu Kjee suka buat karipap kalau dia ada.




Buat sarapan pagi dengan telor separuh masak dan secawan kopi, cukup yummy







Kali ini Kjee buat karipap dengan dibantu UnclePali. Dia yang terap dalam acuan dan isi inti. Kjee tinggal klim saja. Sekilo doh tu cepat jer siap kalau ada assistant kan. Hehehe.

Sebaik sahaja habis klim dan disusun dalam tray, Kjee terus letak dalam freezer selama tiga atau empat jam sampai ia beku. Kemudian baru disusun dalam bekas untuk disimpan sejuk beku. Bila nak makan, keluar dan terus goreng. Tak payah nyah beku (defrost). Tahan selama 1 bulan dalam freezer tanpa pengawet.

Nak goreng pun ada teknik. Minyak kena panas tetapi api tak boleh besar. Nanti permukaan karipap mengerutu macam bulan. Masa goreng jangan pulak rajin sangat nak terbalik-terbalikkan. Nanti karipap 'tersengih'.

Pastri karipap ni ranggup sangat walaupun dah sejuk. Terima kasih Shiela@Spices Journey kerana kongsi resipi karipap ini.














5 comments:

Azie said...

As salam Kak Jee. TEringinnya tapi tak ada pembantu. Tak larat nak buat sorang sorang.

Shiela said...

Sama sama Kjee.. sedapnyer nampak inti sardin kentang tu..

mama arif said...

assalam kak jee. sedapnya karripap. cantiknya karipap. perfect buatanya. saya pun nak cuber ....mudah mudahan menjadi yer..

DeAnnA said...

salam kak jee..rasa terliur tgk karipap tu...mesti sedap...saya mmg suka mkn karipap...nti nk cuba gak laa resepi niii..(^_^)

jida said...

Semalam dah buat karipap untuk minum ptg. Setengahnya pulak disimpan dalam freeze untuk breakfast pg ni..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...