Pages

Wednesday, September 17, 2014

MI GORENG ALA-ALA SELAK UDANG NAMPAK MI. HEHEHE




Kjee mengaku Kjee ni tak pandai goreng mi. Waiimah Mi Goreng yang dia orang gelar Mi Goreng Bodoh. Kjee hanya pandai makan terutama sekali kalau menggoreng stail orang dulu-dulu. Gaya Mi Goreng Kampung! Arwah Bonda pun tak pandai buat Mi Goreng. Justru kami anak-anaknya jugak tak pandai.

Kjee suka Mi Goreng yang tak simple-simple jer. Yang tumis cili kering dan jugak mungkin bubuh sedikit sos cili atau sos tomato. Tak perlulah bubuh sos tiram. Tak suka.

Mi Goreng ni Kjee buat minggu lepas. Kjee beritahu frens FB yang Kjee nak buat Mi Goreng Bodoh. Tetapi apabila Kjee buh gambar kat FB, ramai frens Kjee terjerit kata mi goreng Kjee buat bukan Mi Goreng Bodoh! Mi Goreng Bodoh tak ada rencah langsung. Hanya mi dan sayur dan kekadang ada telor!

Ohhh gitu ker? Hehehe Kjee ni kalau nak goreng Mi atau buat Nasi Goreng, Kjee akan selongkar satu freezer. Apa yang ada semua Kjee bubuh...ayam, sotong, udang, daging ker...semua Kjee masukkan. Kita yang nak makan. So biarlah puas hati kan?


Kjee goreng mi ni ikut naluri dan apa yang ada depan mata. Kjee tumbuk bawang merah dan bawang putih. Pastu Kjee tumis dengan cili kisar. Banyak mana, ikut suka korang. Pastu kjee masukkanlah ayam dan sedikit sos cili. Fish cake dan udang tak boleh masuk dulu sebab nanti udang jadi liat.

Kemudian Kjee masukkan sayur. Kjee ni suka bubuh sayur banyak-banyak. Pilihan Kjee sawi dan kobis. Apabila kobis dan lembut sikit, Kjee masukkan kicap manis. Jugak ikut suka hati banyak mana nak letak. Buh jugak sedikit air supaya mi goreng basah-basah sikit.

Masa ini baru Kjee bubuh udang, fish cake dan separuh peket Mi Kuning. Kali ni Kjee beli mi keluaran bumiputra. Rasanya lebih sedap. Susah nak dapat. UnclePali beli ni dengan seorang makcik yang jual guna van.

Apabila dah masuk mi kuning, gaul lah sampai rata atau mesra. Masak sampai mi tu cukup masak dan udang jugak elok masaknya.

Itu dia Mi Goreng versi Kjee. Ala-ala selak udang baru nampak mi. Hehehe. Tabur dengan bawang goreng masa nak makan. Dah cukup pedas tak perlu makan dengan cili jeruk tau.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...