Pages

Tuesday, November 18, 2014

CONGO BARS YANG ENAK BANGET...









Masa pergi makan di Restoran Sambal Hijau, Kampung Sungai Pencala aritu, UnclePali tengah beratur nak bayar. Kjee berdiri berhampiran. Dia belek-belek satu peket kek. Tunjuk Kjee. Congo Bars. RM12. UnclePali amik sepeket dan bayar.

Kemudian Kjee nampak mata dia liar pandang kek di dalam peti ais kaca berhampiran. Mata dia mengelip-ngelip tengok Red Velvet Cake with cheese topping. Itu fav dia especially kalau Shiela Spices Journey yang buat. Dia rembat satu bekas. Kecik jer. Kjee tak ingat harga. Tapi quite pricey.

Dalam kereta, UnclePali suruh Kjee bukak peket Congo Bars. Dah lama Kjee dok perhatikan friends FB buat. Tapi macam tak selera jer nak buat.

Reaksi spontan Kjee dan UnclePali sebaik sahaja masuk sepotong Congo Bars di dalam mulut ketika kereta belum bergerak lagi. "Wow sedapnya!!"











Hmmm sampai rumah, hampir separuh bekas dah habis. Habis dikerjakan UnclePali sebab Kjee memang tak berani makan kek yang manis-manis. Congo Bars yang UnclePali beli tu pada Kjee teramat manis.

Oleh kerana Kjee tengok UnclePali minat sangat, Kjee pun google. Jumpa banyak resipi Congo Bars. Femes rupa-rupanya. Kjee jer yang selalu ketinggalan keretapi. Hehehe.

Dalam banyak-banyak Kjee terpikat dengan blog Aku Bukan Masterchef. Nampak cam mudah jer dia buat. Apabila Kjee ajak UnclePali tolong buat, dia macam tawar hati.

"Manislah. Gigi saya banyak berlubang. Sejak makan Congo Bars aritu, gigi saya sakit," katanya. Isyhhh memanglah kita nak buat kurang manis dari aritu. Lagipun, Kjee dah plan nak letak banyak choc chips.

Bersemangat UnclePali dengar. Dia tolong godek sampai siap.

Kjee kurangkan separuh gula perang atau brown sugar yang dibubuh ABM! Serius ni. Resipi asal 280 grams. Kjee letak tak sampai 100gms! Tapi Kjee guna sweetened choc chips. So okaylah kan. Korang yang tak der penyakit bolehlah ikut resipi asal.

Dibawah ni resipi asal ABM yang khabarnya diambil dari seorang blogger lain. Banyak kali dah bertukar tangan. Tapi Kjee pelbagaikan. Kurangkan kat sana lebih kan kat sini. Bab gula perang atau brown sugar tu Kjee letak 90 gms. Butter Kjee tambah jadi lebih kurang 250gms. Kjee guna tepung naik sendiri atau Self-raising flour tapi Kjee tambah about 1 sudu kecik baking powder kepada tepung tu.







Seperkara lagi, Kjee tambah baking time dari 30 minit kepada 50 minit. Sebaik sahaja tamat 30 minit pertama (Kjee mula-mula ikut resipi), Kjee tengok bahagian atas macam tak nampak brown dan garing. So Kjee tambah 20 minit lagi. Rasa-rasanya ia terpulang kepada oven masing-masing. Hanya korang yang kenal oven korang kan? So pepandailah adjust.

Kjee guna loyang 10 by 10. Ada blogger kata kalau guna loyang yang kecil, nanti bahagian tengah tak masak. Wallahualam. Tapi oleh kerana Kjee ada loyang ten by ten, maka Kjee gunalah.

Banyak mana korang nak letak choc chips, suka hatilah. Kjee letak lebih kurang 150gms dalam adunan. Lagi 50 gms Kjee tabur. Begitu juga dengan almond nibs tu. Kalau nak bubuh dalam adunan pun boleh, tak bubuh pun rasanya polis tak tangkap. Tapi mesti tabur kat bahagian atas kek sebelum dibakar.

Okay, my cake dah masak. Tentu korang nak tahu camner reaksi UnclePali setelah Kjee kurangkan gula.

Wajahnya berkerut. "Hmmmm dah kurangkan gula lebih separuh pun masih manis kan!" Begitulah. Lain kali buat Kjee akan kekalkan pengunaan brown sugar atau gula perang yang sama.

Alhamdullilah. Berjaya jugak Kjee buat Congo Bars. Selama ini bab buat cake Kjee memang fail. Well, mungkin budak sekolah menengah pun boleh buat Congo Bars ni. Mudah sangat. Hehehe.








5 comments:

Bicara Kak Noor said...

assalam kakjee, tak pernah makan pun tak pernah buat jugak, boleh lah try lepas ni nampak sedapp

Deanna Morni said...

salam kak jee...sy xpenah try lg congo bar..tp tengok dlm gmbar tu macam sedap...rasa dia mcm kek ke mcm biskut ek...

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Kjee. Last Thursday, kita pun buat Congo Bars ni. Dapat resepi dari kawan. I think sama juga yang Shafiq punya resepi ni. I thought tak yah adjust bagai. Kebetulan nak cepat, so I followed exactly. Cuma chocolate chips tu kita kurang kan by half...sebab... tu je yang tinggal.. hahaha... Bila dah siap, mak oi, manis gaban! Pulak tu, kita tak tabur badam bagai. So my Congo Bars togel je, tak secantik Shafiq dan Kjee punya. Next time round, kalau buat lagi, nak ikut Kjee la, kurangkan gula. My mom and my daughter cakap sedap.... so ada harapanlah nak try lagi....

Kjee said...

Wkmslm. Exactly MF. Manis tahap gaban kalau follow the actual recipe. Kjee letak 90 gms soft brown sugar pun UnclePali dah kata masih manis. Maybe if I buat lagi, will reduce it to 50gms!

eamy milea said...

ha ah kak ..kalau ikut resepi asal mmg manis..sy pun kurangkan sukatan gula...baru rasanya ok sikit...tepung tu akak pakai tepung ape..sy pakai superfine..baru ok.. =) thanks kak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...