Pages

Friday, November 14, 2014

FADILAH MANSOR AKA KAK CHIK BAKAL JADI DATIN










Tuah ayam nampak di kaki...tuan manusia tak siapa boleh duga.

Begitulah dengan aktres Fadilah Mansor atau lebih dikenali sebagai Kak Chik di kalangan penggiat seni. Oleh kerana seringkali diberi watak Datin dalam drama, akhirnya dalam real life Kak Chik bakal menjadi Datin!

Tahniah Kak Chik sebab berjaya mencuri hati Datuk A Rahman Hassan, penyanyi popular zaman Pop Yeh Yeh dulu.

Kedua-duanya sangat close di hati Kjee. Kjee cukup sayangkan Abang Man sejak dulu lagi. Seorang yang lemah lembut dalam tutur kata dan sentiasa tersenyum. Beliau pernah jadi bos bahagian perhubungan awam TV3.

Kak Chik juga jenis insan yang serupa. Mudah melamparkan senyuman dan sangat-sangat disayangi semua adik-adik dalam bidang yang mereka sama-sama ceburi.

Khabarnya, mereka akan menamatkan zaman duda dan janda penghujung tahun ini. Bagi Kjee, ini adalah pilihan yang cukup tepat. Baru berkenalan beberapa bulan. Kasih sayang akan dimeterai lagi setelah bergelar suami isteri.

Tak sabar rasanya nak tunggu hari pernikahan mereka. Moga dipermudahkan Allah swt. Aamiin.


2 comments:

Anonymous said...

as salam kak jee....actress fadilah mansor ni bukan isteri mat london ke...bercerai mati ke bercerai hidup....sungguh saya tak tahu pulak beliau ibu tunggal..
--- mama new ---

Kjee said...

Wkmsalam mama new. Kjee rasa dah lama mereka berpisah. Last Kjee jumpa abang Mat London 3-4 tahun lalu. Abang Mat London dah ada isteri baru. Abang Mat sendiri mengaku wanita muda tu isteri dia..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...