Pages

Thursday, November 20, 2014

MASAK LEMAK CILI PADI BIASA BIASA JER





Tadi pergi pasar dengan tujuan nak beli daging, petai dan telor itik. Plan nak masak lemak cili padi telor itik bubuh belimbing. Tapi puas pusing-pusing, tak nampak orang jual telor. Akhirnya, beli ikan mabung.

Kjee nak capai ikan parang tapi UnclePali geleng kepala. Kurang minat sebab banyak tulang. Isyhhh tapi kalau ikan Terubuk, berhantu pulak dia! Kan sama species banyak tulang!

So inilah lauk tengah hari tadi. Kali ni tak guna daun kunyit sebab stok kat depan rumah dah langsai dikerjakan hari tu. Kjee ni, kalau bab beli daun kunyit memang liat sikit. Bayangkan kat Hero Market, satu helai kenit (dan kecut) 70 sen! Isyhhh sebab tu Kjee rela tanam sendiri.








Tadi suruh UnclePali gi rumah jiran intai-intai pokok belimbing. Ada dua pokok. Satu mengeluarkan buah warna hijau dan satu lagi warna kuning.

Masak cam biasa. Guna cili padi dan kunyit hidup jer. Tumbuk halus dan didihkan sama santan. Jangan lupa letak serai. Dah mendidih, masukkan ikan dan belimbing. Jaga jangan pecah santan. Campakkan jugak sekeping asam gelugor.

Hari ni Kjee buat extra pedas sebab campur cili Bangla. Kalau ada yang tak tau, cili Bangla tu yang warna merah menyala. Kalau buat sambal belacan, campur sebiji dua jer dengan cili hidup. Kalau bubuh
semata-mata cili padi Bangla, mau menghoyan sekampung. Hehehe tak lawak kata Datuk Ramli MS.






1 comments:

ieda abdullah said...

pagi-pagi tengok lauk kak jee ni rasa menidih perut aih...apaq...hehe
dah lama tak makan gulai dgn belimbing buluh ni...masa kecik dulu mak selalu buat guna ikan darat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...