Pages

Saturday, March 28, 2015

LODEH KERING JAWA YANG SEDAP DIRATAH JER








Lauk Lodeh Kering atau Bonda panggil Sambal Goreng ini adalah masakan Jawa favorite sorang lagi insan Jawa dalam rumah Kjee. Tidak lain tidak bukan si Nadia. Kalau jumpa lauk ni, dia sanggup ratah jer. Nasi pi main jauh-jauh.

Hari ni Nadia kerja so Kjee teringat nak bagi surprise kat dia dengan masak Lodeh Kering ini. Kalau ada petai, Nadia lagilah suka. Malangnya petai sekarang tengah mahal. Kelmarin masa pergi Chow Kit, Kjee suruh UnclePali pergi intai petai. Mai ai... harga yang biasa RM5 seikat 3 papan, sekarang dah jadi RM10. Believe it or not!!

So, kerana itu, kensel petai. Tak ada petai pun okaylah. UnclePali beli kerdas. Nadia pun suka sangat makan kerdas. Papa dia yang ajar makan. Kjee baru sehari dua ni belajar dari UnclePali.









Untuk Lodeh hari ni, Kjee guna tiga keping tempe dan dua keping tahu serta secekak kacang panjang. Selalu Kjee guna kacang buncis tapi hari ni suruh UnclePali beli kacang panjang. Bonda selalu guna kacang panjang jer kalau dia buat.

Kjee guna udang semata-mata hari ini. UnclePali beli setengah kilo di Hero Market hari tu. Ingat nak campur hati ayam tapi malangnya hati ayam yang UnclePali beli tadi, not fit for human consumption. Dah lembik dan ada bau sikit. Pantang nenek moyang kitalah. So, akan jadi habuan untuk Blackie, anjing jiran yang eksiden dan patah kaki kanan dia aritu. Malaun mana ntah yang langgar dia. Kejam sangat-sangat.

So kalau korang nk resipi Lodeh Kering, macam biasa korang klik SINI. Mokcik malaslah nak taip balik sebab dah beribu kali ulang tayang.

Korang tahu tak, lauk ni sedap banget kalau makan dengan nasi impit, ketupat pulut atau.... hmmmm apa-apa jer lah. Ratah lagi okay. Hehehe






1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...