Pages

Sunday, November 1, 2015

APABILA NASI TOMATO BERTUKAR JADI NASI GORENG...







Sejak akhir-akhir ni seringkali terjadi, plan nak masak sesuatu, lain pulak terjadi. Macam kalau pergi pasar. Dalam perjalanan plan nak beli yang lain tetapi mata cepat rambang beli yang lain. Hehehe.

Semalam kami dua beranak dah plan nak masak Nasi Tomato. Semua bahan dah dibeli kecuali ayam yang Nadia kata nak masa kurma. Dah lama sangat tak makan Nasi Tomato. Jadi, bila ada yang offer nak masakkan, alahai punyalah seronok.

Tetapi lepas breakfast tadi, Nadia kata minggu depan cuti Deepavali dia masakkan. Hari ni dia nak mandikan anak-anak bulus. Memang satu tugasan yang memenatkan sebab anak-anak bulus paling benci dimandikan.

Kjee pun intai freezer. Ada isi ayam bahagian dada dan hati ayam. Udang tak boleh letak sebab UnclePali tak boleh makan. So, buat Nasi Goreng Cina biasa-biasa aje letak frozen mixed vege. Actually, kalau ada mix vege jenama Watties tersangatlah elok. Tapi tak tahu lah kena sejak dua menjak ni, jenama yang diimport dari Australia tu dah tak ada lagi di Hero Market. Yang ada hanya jenama KG yang kureng sikit pada citarasa Kjee.

Inilah kejadiannya. Beberapa jam sebelum itu, Nadia masak nasi, kurangkan sedikit airnya. Kjee guna beras wangi. Chefs sentero dunia kata kalau nak buat Nasi Goreng sedap, harus nasi yang telah disejukkan semalaman. Esok baru masak. But Kjee tak suka. Nasi goreng yang dimasak dan disejukkan dua atau tiga jam sebelumnya lagi sedap. Rasanya lagi fresh.

Tadi Kjee tumis bawang putih. Bila dah garing, masukkan ayam dan hati ayam (kalau letak udang memang meletop). Jugak satu kiub ayam. Apabila ayam tu dah masak, masukkan nasi dan goreng hingga rata. Kemudian masukkan mix vege (kacang peas, jagung dan carrot). Goreng hingga rata.

Rasa. Kalau tak cukup rasa, letak sedikit kicap cair. Kjee guna nampla atau sos ikan. Goreng sampai rata. Kemudian tepikan nasi di tepi kuali dan pecahkan dua biji telor. Kaup nasi dan tutup telor tadi. Besarkan api. Tiga minit kemudian gaul sehingga telor berketul. Kacau sampai rata dan hidang.

Tabur daun bawang yang telah dihiris dan jugak bawang goreng. Makan dengan cili yang telah dibubuh kicap cair.

That's my version of Chinese Fried Rice.








1 comments:

Nik Azidah said...

Dah lama tak masak nasi goreng cina...ok nanti boleh cuba...tq kak jee bagi share masak2 dapat la idea nak masak apa...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...