Wednesday, November 4, 2015

BUBUR JAGUNG SAMA SAGU BIJI








Hari ini terlebih Vitamin R. Pagi tadi, lepas Subuh dah terus ke dapur masak Ikan Tenggiri Masak Kicap. Kemudian lepas balik dari pasar (beli ikan untuk stok hingga hujung minggu), teringin pulak nak makan Bubur Jagung.

Yang Kjee ingat ada satu peket jagung manis beku dalam freezer. Itu yang nampak orang jual jagung (tongkol) tak pandang dua kali. Tapi bila sampai rumah, rupa-rupanya jagung tu hanya ada ½ peket. Kjee dah gunakan hari tu buat Cucur Jagung untuk Nadia.

Jadilah kan! Yang nak makan Kjee sorang. UnclePali dan Nadia tak suka. Hehehe konfidennya!!

So tadi Kjee rendam ½ cawan sagu biji dan keluarkan jagung beku tu dari freezer. Kemudian selongkar peti ais cari manisan (gula Melaka) pemberian Khairani, aritu. Ori betul Manisan dari Negeri Sembilan tu. Kalau buat kuih Onde-Onde pasti sedap. Hmmmm.

Kjee masukkan ½ biji manisan tu ke dalam periuk dan letak air. Jerang hingga cair. Kemudian masukkan ½ kotak santan. Kacau hingga sebati. Dah didih, masukkan jagung. Kemudian bila didih sekali lagi, masukkan sagu biji yang telah ditoskan. Letak secubit garam untuk naikkan lemak dan rasa. Dah elok, padam api.

Oppsss jangan lupa letak daun pandan. Kjee tak letak sebab pokok daun pandan yang UnclePali tanam sejak berbulan-bulan, dah merajuk kot. Hehehe.

Kjee suka buat sendiri walaupun makan untuk seorang sahaja sebab boleh adjust gula. Tak tahulah kenapa kalau orang jual, tahap kemanisannya, melampau!! Agak depan rumah mereka, ada eksiden lori gula tiap hari. Hehehe.

Itu jer nak story.





2 comments:

adda syuhada said...

Ujan ujan ni sedap klu makan bubur ni

Rizziela said...

sedapnya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...