Saturday, November 21, 2015

DAGING GORENG DAUN SELASIH








Tak tahu lah kenapa berhantu sangat Kjee nak makan Daging Goreng Kaprau ni. Bukannya luar biasa pun. Goreng biasa-biasa jer tapi Kjee macam orang mengidam. Ngalahkan Dato Siti Nurhaliza yang sedang hamil. Oppppssss tak baik bising-bising. Baru jer mengandung tu. Bila kandungan dah kukuh sikit barulah boleh cerita.

Kjee belajar makan lauk ni di Restoran Ali Tomyam, depan Mesjid Datuk Keramat. Tapi, dia orang buat, maut punya pedas. Kena standby tisu lap hidung. Serius ni, tak tipu. Dia orang yang pernah makan Daging Goreng Kaprau kat situ, tentu boleh citer kepedasan melampaunya!!

Sejak akhir-akhir ni Kjee kena gastrik. Jadi, kena jaga-jaga. Tapi, boleh tahan jugak pedas lauk yang Kjee buat tadi. Hehehe.

Hari tu Kjee tengok Chef Marion masak kat AFC. Jugak pedas maut sebab dia letak cili padi Siam yang banyak. Agaknya masak lauk ni mesti pedas melampau.









Tadi Kjee guna dalam 250gms daging batang pinang. Nadia tolong cincang sampai halus. Kalau tak nak cincang pun boleh. Hiris nipis-nipis.

Kemudian, Kjee petik 1 cekak daun selasih (rm1 kat Pasar Keramat). Sebenarnya, kalau mereka yang suka daun selasih, banyak mana nak letak pun ok.

Kemudian Kjee ketuk 3 ulas bawang putih dan tumis guna lebih kurang 2 sudu besar minyak. Bila dah garing sikit, masukkan cili padi yang juga telah diketuk-ketuk. Goreng seketika sampai korang bersin, kemudian masukkan daging. Goreng sampai daging kering.

Letak 1 sudu besar sos tiram, sedikit Hoisin sauce (kalau ada) dan terus kacau sampai sebati. Kemudian masukkan daun Selasih dan masak lagi sampai daun tu layu.




Daun Selasih. Ini yang UnclePali tanam di rumah Sungai Buloh dulu



Hari ini Kjee masak terlebih kering. Sepatutnya diletak sedikit air supaya lembab-lembab sikit. Camtu Rest Ali Tomyam tu buat. Tapi tekak Kjee arini nak makan yang kering sikit.

Rasa dulu sebelum padam api. Kalau tak cukup masin, tambahlah kicap cair atau fish sauce. Ini makanan orang Thai jadi elok guna kicap ikan.

Sedap makan dengan nasi panas.

Oh lupa lak nak bagitau. Kaprau adalah panggilan orang Thai untuk daun Daun Selasih. Tak tak banyak restoran jual Tomyam di KL yang jual lauk ni. Hanya restoran yang ada tukang masak orang Thailand kot.
















1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...