Monday, November 9, 2015

KULAT SISIR MASAK LEMAK PEDAS





Sejak kecik lagi Kjee kenal cendawan ini sebagai Cendawan Kukur. Tetiba bila dah tua, baru Kjee tahu ia ada nama lain iaitu Kulat Sisir. Cendawan atau kulat ini tumbuh pada dahan pokok getah yang dah mati dan tumbang.

Ia tumbuh dengan banyaknya ketika musim hujan. Sekarang, ia menjadi rezeki melimpah ruah buat mereka yang mengutipnya kerana harganya amat mahal. Satu pot susu kat Pasar Tani dulu RM2. Sekarang dah jadi antara RM5 hingga RM8. Satu pot tu lebih kurang 100gms.

Harganya menjadi mahal kerana ia hanya boleh didapat mengikut musim. Kira eksotik lah kan.

Tadi Kjee ke Pasar Keramat. Tak ada rancangan nak beli Kulat ni sebab tiap kali lalu di gerai tu, tak ada. Tapi hari ni punya rezeki, dari jauh lagi minah yang jual tu dah lambai-lambai kat Kjee. Ada dalam 200gms dan Kjee rembat semua. RM10.

Kulat Sisir yang Kjee beli masih fresh. Mungkin baru sehari dua dipetik dan belum sempat dijemur hingga kering. Jadi, Kjee hanya perlu bersihkan (buang bahan-bahan kayu yang melekat), rendam seketika dan masak. Kalau yang kering, rasanya kena rendam lebih lama. Dan yang kering lebih mahal sebab ia lebih ringan.



Kulat Sisir. Foto Cik Google



Kjee rancang buat masak lemak cili padi letak ikan bilis. Kjee dah awal-awal lagi warning kat UnclePali yang dia tak boleh makan. Dia baru sahaja sembuh dari sakit Gout yang kronik. Ikan bilis antara makanan larangan. Nasib baik dia tak kesah sebab bukan suka sangat pun dengan Kulat Sisir.

Ketika Kjee bersih-bersihan kulat sisir, UnclePali masuk bawak secekak pucuk ubi. Walaupun rimbunan pokok ubi kayu dah dicantasnya tidak lama aritu, tapi ada sebatang dua yang liat nak mati. Kjee tanya dia nak buat apa dengan pucuk ubi tu, dia geleng kepala. Kalau tak nak, buang aje. Isyhhh buang? Harus ku masukkan dalam periuk bersama kulat sisir!!

Setelah siap bersihkan kulat sisir dan merendamnya, Kjee tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Kalo nak pedas bubuhlah banyak-banyak cili padi. Kemudian Kjee tumbuk tiga ulas bawang merah dan satu ulas bawang putih. Apabila dah halus, masukkan kira-kira segenggam ikan bilis dan tumbuk manja-manja jer. Jangan letak garam dulu sebab takut ikan bilis terlebih masin.










Kemudian Kjee masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama sedikit air. Didihkan. Campakkan jugak dua batang serai. Apabila dah mendidih, Kjee masukkan satu kotak santan (lebih kurang satu mangkuk santan pekat). Didihkan.

Kemudian masukkan pucuk ubi. Apabila dah lembut, masukkan cendawan sisir. Didihkan dan masukkan dua helai daun kunyit yang telah dimayang halus. Masukkan jugak sekeping asam gelugor.

Rasa. Kalau tak cukup masin, letak garam.

Itu jer. Makan dengan nasi panas. Hanya perlu goreng ikan kembung sebagai lauk sampingan. Goreng ikan kering masin pun sodap. Hehehe.










3 comments:

  1. assalam jee..musim hujan mmg bnyk kulat sisir tumbuh kat kayu buruk...kalau rajin mengutip n menjualnya mmg berduit...sedapnya kulat sisir yg jee msk tu nmpknya..

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan kulat sisir. Masa kecik2 selalu kutip nak2 musim hujan gini. Tapi goreng telur je.

    ReplyDelete