Pages

Thursday, November 26, 2015

LEPAT LABU TANPA INTI KELAPA








Ini dia Lepat Labu pertama airtangan Kjee. Hari tu Kjee beli sebiji labu. Separuh dah buat Bingka. Tinggal separuh lagi dalam 400 gms, Kjee simpan dalam peti ais. Kelmarin Kjee pergi pasar dengan Nadia. Nampak labu. Separuh jer. Dalam 600gms. Beli.

Balik rumah teringin lak nak buat Lepat Labu. Tapi Kjee tak suka letak inti kelapa putih. Bila makan terasa gatal tekak. Rupa-rupanya, Cikgu Maryam, fren FB Kjee dari Johor kata, orang Jawa memang makan lepat tanpa inti kelapa putih tu. Ohhh patut kah mokcik tak suka. Hehehe

Kjee google cari resipi. Hari tu Kjee ada jumpa satu resipi yang tak letak inti kelapa. Dan dia guna tepung beras sikit. Kali kedua cari tak jumpa pulak. And then google lagi jumpa blog milik Julia Homemade. Hah dia letak tepung beras.

Maka Kjee mulalah projek. Resipi asal guna 500gms labu. Tapi kat rumah ada 1kilo atau 1000gms. Jadi, hantam sahajalah labu tu. Gandakan adunan. Hehehe. Bukan jadi banyak pun. Dibawah ni Kjee letak resipi asal.








LEPAT LABU
sumber: Blog Julia Homemade

BAHAN-BAHANNYA:

500 gram labu kuning - kukus hingga lembut
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
4 - 5 sudu besar gula atau secukup rasa
Kelapa parut + garam (
Kjee tak letak)
Daun pisang - di layur

Cara Membuat :
Kukus labu hingga empuk. masukkan gula dan lenyek. Masukkan tepung gandum dan tepung beras gaulkan menggunakan senduk hingga rata. Ratakan atas daun pisang ( 2 - 3 sudu ), letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.



Tapi rasa-rasanya Kjee lagi suka lepat pisang dan jugak lepat ubi kayu daripada labu, walaupun ramai kata Lepat Labu tersangat lah sedap. Well, tekak memasing kan. Hehehe.





3 comments:

adda syuhada said...

Sedapnyaaaa..
Rasa nak ambil sebijik:)

Eny Abdullah said...

lepat labu utara versi mak saya xde kelapa kat tengah.. tapi kelapa digaul sekali dengan tepung dan letak sedikit santan dalam adunan tu... sedap...

Haha said...

resepi lepat pisang tepung beras

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...