Pages

Friday, March 25, 2016

KERABU MANGGA THAI IKAN DORY






Nama jer nampak gah tapi sebenarnya Kerabu Mangga Thai jer. Hehehe. Kjee ternampak aritu ada chef kat AFC buat Thai Mango Salad ni makan dengan ikan goreng. Tapi dia orang guna ikan Talapia. Kjee selalu konfius samada ikan Talapia dia orang sama dengan Ikan Talapia kita. Apapun, Kjee buat guna Ikan Dory jer.

Kenapa Ikan Dory? Hehehe itu aje yang ada dalam freezer. Kita yang buat dia kan?

Anyway, masa Kjee pergi Hero Market malam tadi, memang Kjee plan dah nak cari mangga muda. Kalau ada mangga telor lagi bagus tapi yang ada, semuanya Manga Thai. Kjee nak amik Water Lily tapi semuanya macam dah masak. Kalau buat kerabu kena cari mangga muda.

So, I opted for the green ones. Kjee picit-picit dulu sebab kalau lembik, maka dah masak. Dua biji yang Kjee pilih memang lah keras. Memang elok rasanya dibuat kerabu. Tetapi pagi tadi bila Kjee kupas, sebelah dalam isi mangga dekat dengan bijinya dah masak sikit. Rasanya lemak-lemak manis. Okay lah tu.

Kjee buang kulit dan ricik. Kjee ada sagat (grater) macam orang Thai guna tu tapi malas nak selongkar dalam laci, Kjee pilih untuk ricik halus-halus supaya airnya tidak banyak keluar. Ya lah tu. Hehehe.

Kjee guna dua biji bawang besar yang kecik sebab mangga pun tak besar mana. Kjee hanya guna satu biji yang besar telapak tangan. Bawang dimayang halus. Kjee jugak ricik dua biji cili padi merah yang pedas menyengat. Kalau terlalu banyak, masa makan mengganggu pulak kepedasannya kan? Selongkar freezer jumpa tomato ceri. Okaylah nak bagi kaler.









Sebelum Kjee ricik mangga tadi, Kjee dah keluarkan ikan Dory yang beku. Sekeping Kjee potong lapan. Kemudian Kjee letak sedikit garam dan kunyit. Goreng sampai garing dan tepikan.

Kjee guna sebiji jus limau nipis. Boleh tahan mahal dua biji dekat RM2. Sekilo RM12. Hmmm.

Jus itu diletak dalam mangkuk dan ditambah 1 sudu besar gula merah. Kjee guna soft brown sugar. Manisan Thai ada tapi tak tau letak mana. Kjee kacau gula dan jus dan letak 1 sudu teh sos nampla. Gaul rata.

Kemudian, bahan-bahan seperti mangga, bawang, tomato dan cili padi digaul rata. Curahkan sos tadi dan gaul lagi bagi mesra. Kalau ada daun pudina bolehlah letak. Kalau nak letak daun kesom yang dihiris pun okay juga. Bila makan ada haruman yang segar.

Setelah digaul rata, diletak dalam piring. Ikan tadi diletak di sisi Kerabu. Makan sekali ikan dengan kerabu. Enak banget. Hehehe.

Kjee rasa boleh guna apa jua ikan yang tiada tulang untuk resipi ini. Malah, kalau letak ayam goreng ataupun daging bakar pun sodap. Percayalah. Hehehe. Ehhh kalau letak sotong yang dibakar dan hiris-hiris pun okay jugak ler. Lain kali boleh terai.






2 comments:

adda syuhada said...

Boleh ikut resepi ni..

Eny Abdullah said...

saya selalu jumpa ikan keli.. isinya dihancurkan dan digoreng rangup, tabur atas kerabu...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...