Pages

Thursday, June 29, 2017

SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


Wajah terbaru Ramadhan 1438




         Assalammualaikum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Kjee pasti ramai yang hairan dan mungkin juga risau kenapa sepanjang Ramadhan, Kjee senyap sepi. Belum pernah terjadi sepanjang enam tahun Kjee ber'blogging'. Ada yang hantar mesej tanya samada Kjee sihat. Ada juga yang tanya samada blog ini masih wujud.

         Kepada soalan-soalan tersebut, Alhamdullilah Kjee masih sihat dan blog ini masih bernyawa. Cuma Kjee tak berapa nak rajin nak update. Lagipun, bulan Ramadhan adalah bulan mengejar barokah. Mungkin kerana itu Allah swt menutup pintu hati Kjee untuk membuat kerja lain.

         Anyway, apabila tiba hujung Ramadhan, Kjee dapat pulak job. Job berkaitan buku yang Kjee buat sejak dua menjak ini. Job yang membawa masuk rezeki bagi insan OKU seperti Kjee.  Kerja ini tidak perlu guna tenaga empat kerat. Tetapi berat juga kerana guna tenaga otak. Memang rasanya Kjee akan membuat kerja-kerja berkaitan penulisan hingga ke nafas terakhir. Wallahualam.

         Sepanjang Ramadhan, Kjee masih masak untuk berbuka. Hanya tiga atau empat kali sahaja Kjee berbuka puasa di luar. Sekali sebagai tetamu di Majlis berbuka Puasa YAB Perdana Menteri dan isteri bersama karyawan yang merangkumi anak seni dan semua yang sewaktu, di Seri Perdana. Dan beberapa hari sebelum itu dengan sebuah syarikat korporat yang meraikan juga anak-anak seni.







         UnclePali dan Nadia tak gemar berbuka puasa di luar ketika Ramadhan. Tidak mahu makan tergesa-gesa kerana hendak rebut solat Maghrib dan Terawih.

         Mulai hari ini, Kjee akan mengadap komputer untuk kerja-kerja yang diamanahkan oleh sebuah syarikat penerbitan buku yang popular. Kali ini bukan kerja penterjemahan tetapi editing dan proof reading. Kjee kena meng'edit' dan membaca serta semak untuk kerja yang telah diterjemah orang lain.

         Jadi, kalau Kjee senyap sepi, maknanya Kjee sibuklah. Tapi tak lama sangat kerja ini. Penerbit bagi tempoh hingga hujung minggu depan. Tapi Insya Allah Kjee boleh siapkan hujung minggu ini. Lagi cepat beres, lagi cepatlah masyukkkk kan?!! Hehehe. Mudah-mudahan lepas selesai semua kerja, Kjee bersiaran kembali. Tetapi mungkin kembali ke format lama. Tungguuuuu.

          Selamat bercuti kepada semua yang masih dalam mood holiday. Makan berpada-pada kalau pergi Open House ya. Kjee belum pun pergi satu rumah untuk Open House. Tunggulah nanti. Syawal ada sebulan kan? Hehehe.

          Dibawah ini foto yang sempat dirakam UnclePali masa di Seri Perdana.




Alhamdullilah dapat sumbangan duit Raya 


Sahabatku Hermantino dan Zed Zaidi



Raja Azura



Dato Tengku Khalidah Tengku Bidin, Editor Pancaindera



Dato Irwan Shah aka DJ Dave

Farahdhiya & Farah-Nadia

Penyanyi sensasi Datuk Yusni Hamid

Sulaiman Yasin aka Mat Over 

Mak Jah, Norazifah dan Anor isteri Poe Rampa, 

Harun Hashim

Poe Rampa

Syed Wafa

Efa Rizan

Hail Amir

Poe, Zainal Rampa, Tok Ki, Yazit Search dan UnclePali



Pancaindera, Raya pertama

8 comments:

JAMIL HASHIM said...

salam aidilfitri kak.

Anonymous said...

Kak Jee, Selamat Hari Raya & Mekasih bnyk2 atas resepi2 yg. sungguh enak! Semoga Allah SWT memberkati Kak Jee serta keluarga yg. begitu baik hati dan pemurah.

Mak Becok.

p.s. kenapa Hail Amir tu nampak muda betul no?!!

norliza kadir said...

Salam...Kjee nmpk lawa lagi sekrg ni...

Hayati Ghazali said...

Selamat Hariraya Kak Jee....cantiknya Nadia sekarang :-)

yanie yusuf said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin..


yanieyusuf.com

noorhayati harun said...

Salam EId mubarak kak Jee..xsempat jumpa kak Jee masa open house rmh biras ritu (rmh kak anne)..semoga kak Jee diberikan kesihatan yg baik .

siti azizah Sang Pencinta said...

alhamdulillah syukur puan sihat.. tertanya.. tetapi tahu kan puan dah bagi tau nak buat kerja berkaitan buku sebelum tu.. tapi dihati risau juga.. tertanya adakah sihat?.. oh ya.. nampak gambar puan bersama pelakon Harun Hashim.. (pelakon kegilaan saya masa budak dulu).

Amanda Suria said...

semoga kak Gee terus kekal sihat dan dikuatkan semangat mengharungi kehidupan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...