Pages

Saturday, October 21, 2017

PENANG PRAWN MEE






             Dah tiga bulan Kjee menyepi. Hehehe ada yang email tanya sama ada blog ini masih wujud. Of course it is! Kjee cuma lay off sekejap untuk dapat idea. Dah lama sangat menulis so dah kering idea. Don't worry. Mokcik masih sihat walafiat. Well, sihat cara mokciklah.

             Hari ini Kjee masak Penang Prawn Mee yang juga dikenali sebagai Mee Yoke, Har Mee dan lain-lain. Tetapi Kjee kenalinya sebagai Penang Prawn Mee. Memang antara my favorite apabila makan di kopitiam dan juga cafe yang sewaktu.

             Kjee dah lama teringin nak belajar buat Penang Prawn Mee ini. Tiap kali hanya mampu renung resipi baik dalam buku resipi, majalah ataupun internet. Kerana terlalu ingin hendak mencuba buat sendiri, Kjee mula dengan mengumpul kulit udang. Kepala udang tu sekali tau sebab itu yang menimbulkan kemanisannya. Setelah dapat dalam semangkuk yang dibekukan dari masa ke semasa, akhirnya buat langkah seterusnya.

             Resipi yang Kjee buat hari ini, anggaran untuk 5 mangkuk Prawn Mee.

Penang Prawn Mee
Sumber: Internet

Bahan-bahan:

(A)
1 mangkuk besar kulit & Kepala udang *
1 mangkuk kecil  udang kering (direndam seketika) *
1 mangkuk kecil ikan bilis (Kjee guna yang tanpa kepala. Juga direndam seketika)*
1 genggam tulang ayam
1 chicken cube
1 inci halia diketuk
1 atau 2 ketul gula batu
3 liter air

(B)
1 cawan cili kisar
1½ inci belacan
sedikit garam

(C)
Mi kuning/Bihun
Udang
Kangkung
Bawang Goreng

Cara Membuatnya:





             Bahan bertanda * dibersih dan tos. Panaskan dua sudu besar minyak dalam periuk (cukup besar untuk buat sup). Apabila sudah panas, masukkan bahan-bahan bertanda * dan goreng sehingga ia bertukar menjadi kemerah-merahan. Setelah airnya kering, masukkan 3 liter air biasa. Masukkan juga tulang ayam. Didihkan. Apabila sudah mendidih, pelahankan api dan rendidih lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Buang selaput atau buih atas permukaan air rebusan.

             Ketika menunggu rebusan siap, kisar cili kering kisar dicampur bersama belacan. Tuang dua sudu besar minyak ke dalam kuali dan tumis cili hingga terbit minyak. Letak garam dan sedikit gula atau pak aji jika guna. Tumis hingga garing. Tepikan.

             Apabila rebusan sudah cukup masa, keluarkan tulang ayam. Buang. Bahan-bahan lain ditapis. Airnya dimasukkan kembali ke daam periuk. Bahan-bahan yang ditapis tadi dicampur dengan satu cawan air dan dikisar hingga halus. Tapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk berisi sup rebusan tadi dan hidupkan semula api. Masukkan satu atau dua ketul gula batu (Kjee guna satu sahaja sebab besar gulanya. Kalau kecil, guna dua). Masukkan juga satu chicken cube. Rendidih guna api perlahan.

             Kemudian masukkan separuh dulu sambal tadi. Kacau hingga rata dan biarkan ia mendidih semula. Rasa. Jika perlu, tambah garam. Sambal itu juga harus disesuaikan dengan selera. Biar secukup rasa dalam sup. Perlu diingat, sambal itu nanti boleh ditambah ketika dihidang.

              Apabila sudah siap, celurkan udang ke dalam kuah sehingga ia agak masak. Jangan terlalu masak. Nanti liat. Keluarkan udang. Ini untuk hiasan.

             Mi kuning atau Bihun dicelur seketika. Begitu juga dengan sayur kangkung. Ada yang gemar letak fish cake dan juga fish ball. Begitu juga dengan telor rebus. Jika suka bolehlah letak isi ayam yang telah direbus dan dicarik-carik. Tabur bawang goreng. Lebih sedap bawang itu dibuat sendiri.

             Cara menghidang ialah dengan meletakkan Mi atau Bihun ke dalam mangkuk. Letak kangkung, dan Udang. Kemudian curahkan kuah. Tabur bawang goreng. Sambal boleh ditambah, jika suka.

             Itu sahaja. Mudah sangat kalau kita sediakan semua bahan-bahan sebelum memulakan kerja memasak.

             Kjee sangat puas hati dengan percubaan pertama ini. Mudah-mudahan korang pun suka.




Kulit dan Kepala Udang, Udang Kering dan Bilis

Ditumis sehingga warna bertukar dan airnya kering


Buih dipermukaan ini dikaup perlahan dan buang


Sambal cili kering dan belacan











           

2 comments:

Anonymous said...

KJee, patut buat Buku Resepi dlm. B. Melayu dan Igggeris, K. Jee patut jadi JUTAWAN sbb. K Jee memang antara CHEF Melayu paling hebat!!!!

Tok Labu.

Anonymous said...

Lupa KJee, buat juga buku resepi dlm. bentuk Hard Cover yg. mahal (yg. buku biasa bukan hard cover - JANGAN terlalu mahal supaya org. Miskin pun boleh beli), yg. CANTIK, supaya jadi warisan ANTIK dan berHARGA kita; utk. juga jadi HIASAN menarik atas meja ruang tamu!

Tok Labu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...