Pages

Tuesday, November 21, 2017

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN







          Musim durian sudah tiba. Alhamdullilah rasanya runtuhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Untunglah mereka yang ada kebun kan! Macam Kjee yang tak ada kebun, untunglah ada yang sudi bagi Kjee rasa sebiji dua. Dan inilah kejadiannya!

          Bukan susah pun nak buat sendiri. Kalau makan kat restoran, harganya memang kebahboom maklumlah sebab ada durian.

          Kjee rendam kacang hijau selama sejam dua. Kemudian masukkan ke dalam Pressure Cooker. Dua puluh minit kemudian letak santan, letak gula Melaka, sedikit garam dan siaplah. Masa nak hidang barulah letak seulas dua durian dalam mangkuk. Kalau nak letak sekali dalam periuk dan didihkan seketika bolehlah.


          Selama mencuba tika musim durian masih ada.


1 comments:

Amie said...

Sedapnya bubur durian tu Kak Jee. Mak saya kalau masak bubur, dia suka bubur bawang putih dengan halia. Saya pun ikut2 sampai sekarang. Nanti Kak Jee kalau masak bubur lagi, try bubuh benda2 tu he heee.Mana tahu ada kelainannya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...