Sunday, November 19, 2017

RENDANG DAGING-PEPARU RESIPI ARWAH BONDA







          Arwah Bonda Kjee is a very simple woman. Macam Kjee juga lah. Justeru makanan yang disediakan, semua yang simple. Yang tak payah keluar masuk hutan cari bahan. Tetapi semua makanan air tangan beliau, memang sedap. Cukup perisa. Yang penting katanya, cukup garam, cukup gula  cukup masam. Harus seimbang rasa.

          Jadi apabila Kjee plan buat Rendang Daging resipi arwah Bonda (of course without a recipe), Kjee terfikir betapa mudahnya cara beliau. Bahan-bahan asas sahaja seperti Cili Kering kisar, Bawang besar, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Serai, Santan dan Kerisik.

          Kjee tengok resipi orang lain ada jintan, ketumbar dan buah keras bagai. Berjela-jela bahan-bahannya sehingga budak yang baru nak belajar memasak pun give-up. Bukan budak aje, Kjee pun kalau study satu-satu resipi dan tengok banyak sangat bahan, terus Kjee tak jadi buat.

          Anyway, semalam Kjee teringin nak makan Rendang Daging Campur Peparu ikut resipi Arwah Bonda. Tetapi kalau dia buat, tak sah kalau tak ada letak juga limpa dan hati Lembu. Mesti beli yang fresh. Kata Bonda, organ dalaman binatang tak diketahui berapa lama dia dah bekukan. Kjee pergi cari Limpa dan juga Hati Lembu semalam. Sold out. Yang ada hanya Peparu. Oleh kerana dalam fridge ada ½ kilo daging pepejal, maka Kjee belilah ½ kilo Peparu.

          Pulang ke rumah, Kjee potong daging dan Peparu dan rebus dalam Pressure Cooker. Ini cara orang malas. Kalau rajin, tak payahlah rebus. Tapi korang kena rendang sehingga daging dan peparu lembut. Kjee tak ada kesabaran itu. Sementara direbus lebih kurang 30 minit, sediakan bahan-bahan lain.

          Kjee masih ingat arwah Bonda kata, untuk satu kilo daging, kena guna santan dari dua biji kelapa. Semalam Kjee beli 1 kilo pati santan yang bersamaan dengan dua biji kelapa. Satu mangkuk cili kering kisar, 5 labu bawang sederhana besar, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci lengkuas, 3 batang serai, 3 sudu makan kerisik, 1 helai daun kunyit dan 2 helai daun limau purut (kalau suka).

          Kisar bawang besar, bawang putih bersama halia. Tumbuk pun boleh tetapi mesti halus-halus. Serai diketuk, begitu juga lengkuas dan daun kunyit dicarik dan dipintal. Kalau guna daun limau purut, bolehlah letak juga. Ramas dulu daun itu untuk keluarkan aromanya. Masukkan ke dalam kuali dan campur bersama cili kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi atau ketuk-ketuk beberapa biji cili padi. Masukkan daging dan peparu yang telah direbus bersama airnya itu. Kacau hingga rata.

          Maka seterusnya, guna api sederhana besar dan rendanglah sambil kacau skali sekala. Kjee guna non stick wok jadi tak risau hangit pada dasar kuali. Apabila air sudah hampir kering, masukkan santan dan gaul bagi mesra. Teruskan merendang.

          Apabila sudah hampir kering, masukkan 3 sudu besar kerisik dan gaul bagi sama rata. Masukkan juga 2 keping asam gelugor. Kemudian apabila Rendang sudah nampak terbit minyak, letak garam dan sedikit gula. Kacau rata.

         Itu aje resipi mudah Arwah Bonda. Sedap makan dengan nasi impit, lemang, pulut dan juga nasi. Selamat mencuba.







2 comments:

  1. Sedapnya Kak Jee!Inilah baru betul rendang asli, tak gunakan rempah ratus spt kulit kayu manis dan adik beradiknya yang lain!

    ReplyDelete
  2. Mekasih KJee dan Arwah Bonda KJee! Hebat betul resepi Rendang amat tradisonal kita ni! Patutnya Kjee kena jadi Chef Negarawan!

    Tok Labu.

    ReplyDelete