Pages

Thursday, November 16, 2017

SOTONG KEMBANG KANGKUNG SOS MASAM MANIS







          Ini adalah makanan yang disukai semua kaum di Malaysia. Selalu orang jual di malam hari. Tetapi masa Kjee niaga di Anjung Melawati dulu, start niaga kul 7am, Sotong Kangkung korang dah boleh order. Those were the days. Kenangan mengusik jiwa. Masa tu jual RM3.50 sahaja sepinggan. Letak home made sauce, kacang tumbuk dan bijan.

          Malangnya semalam, selepas siap hidang, teringat bijan. Kacang tumbuk memang tiada. Suruh UnclePali cari bijan dalam pantry sebab nak sangai seketika kemudian tabur atas sotong. Cari tak dapat. Sebab itulah Sotong Kangkung yang Kjee buat semalam, togel aje. Huhuhu.

          Anyway, masa singgah kat Hero Market minggu lepas, Kjee ternampak sotong kembang. Tangan gatal nak capai tetapi tak jadi. Esoknya Kjee pesan UnclePali supaya beli. Siap warning kalau tak ada, abang cari sampai dapat. Hehehe.









          Beli seekor sahaja sebab yang makan Kjee sorang. Lepas itu, rendam sotong dalam air dan letak dalam peti ais. Boleh simpan begitu sahaja sehari dua.

          First thing first. Buat sos. Resipi KLIK SINI. Sos ini sangat versatile. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas dalam peti ais. Ia tahan selagi tak habis. Hehehe. Kjee guna sos yang sama untuk Tahu Bakar.

          Sos dah siap dan sejukkan, jerang air dalam periuk. Sotong dicuci dan dipotong suka hati. Apabila air sudah mendidih, masukkan sotong dan celur BUKAN REBUS. Celur satu atau dua minit sahaja. Lebih lama sotong itu menjadi liat. Keluarkan sotong. Kjee tak pasti sama ada sotong itu sudah masak ketika membelinya. Mungkin ya. Celur hanya untuk panaskan kot. Wallahualam.

         Kemudian perlahankan api dan letak sedikit minyak. Tak perlu letak garam sebab lepas ini nak celur kangkung pulak. Kjee kata tak perlu letak garam sebab sos dah cukup masin. Celur kangkung yang telah dipotong selebar tiga inci. Celur dalam air tadi sehingga ia bertukar warna. Toskan. Ada orang beritahu, kalau nak celur atau rebus sayur-sayuran hijau untuk kelihatan cantik warna hijaunya, letak sedikit gula dalam airnya. Wallahualam.

         Kemudian susun kangkung dalam pinggan diikuti sotong. Curahkan sos. Tabur kacang tumbuk dan bijan sangai. Titiskan sedikit minyak bijan. Makan terus sebaik siap. Dah sejuk nanti kangkung tu akan keluarkan air.

          Selamat mencuba.

         



1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...