Saturday, November 25, 2017

UDANG GORENG CELUP TEPUNG







          Ini satu lagi hidangan yang seringkali dipesan kalau makan di restoran yang menghidangkan makanan Cina ataupun Thai. Tetapi sejak akhir-akhir ini, harganya sudah menjadi tidak masuk akal. Selain itu, pada pandangan mata kasar nampak bukan main besar lagi udangnya. Tetapi apabila digigit, tepung aje yang gah!

          Sejak itu, Kjee jarang-jarang order. Lebih baik order Butter Prawns kerana pada mata kasar dah nampak saiz udang. Well sometimes size does not matter tetapi dengan harga yang dibayar, rasanya ia seharusnya berbaloi kan!

          Dan seperti biasa, Kjee akan cuba membuatnya. Kalau gagal sekali dua, baru give up. Dulu pernah minta seorang kawan yang handal buat. Malangnya, hingga ke akhir usianya, resipinya tak pernah diberi. Isyhhh tak baik ungkit kan!

          Kjee selalu berpegang kepada amanah arwah Bonda. Ada ilmu, please share. Dan jangan tipu resipi. Kesian orang yang cuba membuatnya. Alhamdullilah setakat ini, di usia ini, Kjee masih berpegang kepada amanah beliau. If ada resipi yang Kjee cuba tidak menjadi, Kjee tidak akan share.

          Berbalik kepada Udang Celup Tepung ini... tak susah mana pun nak buat. Kjee selak satu demi satu resipi. Kjee mahukan Udang Celup Tepung yang gelombong. Bukan yang macam goreng ala Tempura. Itu selalu Kjee buat. Alhamdullilah first time buat menepati citarasa. Mungkin tak cantik di pandangan mata. Itu bisa diubah second or third time around! Insya Allah.




Perhatikan torehan pada udang. Ia akan membuat udang itu tidak menggulung.


          Bahan-bahan yang diperlukan ialah Udang dalam 15-20 ekor. Lagi besar lagi okay tetapi buatlah ikut budget yang selesa. Udang pun sudah hampir RM40 sekilo sekarang!

          Untuk batter nya, Kjee guna 1 cawan tepung gandum, 1 biji telor ayam, 1 sudu teh baking powder, 1 sudu teh rempah kari ataupun serbuk kunyit, 1 sudu makan minyak, hirisan daun bawang, secubit garam dan air.

          Tepung gandum dicampur sama baking powder, garam dan rempah kari (atau serbuk kunyit). Gaul sampai rata kemudian masukkan 1 sudu minyak, telor yang telah dipukul manja dan air. Sambil digaul, air dimasukkan sedikit demi sedikit. Pastikan tepung tidak bergentel. Konsistensinya seperti kita buat adunan untuk goreng pisang. Tidak terlalu pekat atau cair. Kemudian simpan dalam peti ais lebih kurang 30 minit.

          Sementara itu, udang dibuat kulit hingga ke paras ekornya. Kemudian buat sedikit torehab di bahagian bawah udang. Toreh jangan hingga putus. (lihat foto). Ini akan membuatkan udang itu tidak menggulung ketika digoreng. Gunakan tisu dapur untuk keringkan udang.

          Panaskan minyak dalam kuali. Kaedah yang digunakan ialah deep fry iaitu udang digoreng tenggelam.

          Udang digolekkan dalam tepung gandum nipis-nipis dan terus dicelup dalam adunan dan masuk ke dalam kuali. Minyak harus panas tetapi sebelum dimasukkan udang, perlahankan sedikit apinya. Jangan goreng terlalu banyak pada satu masa kerana ini akan menyebabkan suhu minyak turun dan gorengan anda akan diserap minyak. Kjee goreng tiga ekor sahaja pada satu-satu masa.

          Apabila sudah cantik warna keemasan, keluarkan dan ditos atas tisu dapur. Hidang segera dengan sos cili.

          Senang kan? Selama mencuba.

       

 



1 comment:

  1. Nampak menyelerakan. Lagi jimat kalau masak sendiri dari makan kat restoran

    ReplyDelete