Thursday, January 27, 2011

9. kenapa mesti takut hantu? PART ONE

kjee tahulah orang banyak kata kenapa kjee mesti takut hantu. hantu tu mcam kita gak, kata unclepali. dia pun takut dengan kita. mana ada hantu? seringkali unclepali ulang konon nak bagi kjee berani tengok filem hantu kat tv dengan dia. hah yalah tu. kalau unclepali berani sangat, pergilah duduk sorang2 kat kubur. malam ni pun elok. lepas kul 12 malam...ada beran. dia sengih.

kjee ni hidup dikelilingi cerita2 seram. dari kecik lagi kjee kalau balik umah datuk kat kampung baru, mesti serem nak pergi dapur. datuk kjee tauke sate. nenek dah lama meninggal. mak cerita tiap2 malam nenek akan datang dan kacau kuah sate dalam kawah besar kat dapur. sebab itulah kuah satay Majid Sate sedap sangat.

Kalau tak der orang temankan kjee, mati hidup balik pun kjee takkan ke dapur umah datuk di tengah malam. percaya tak, ketakutan itu sampai ke hari ini!!

sebelah umah datuk pulak, ada misteri lain. kisah keranda terbang. masa kjee kecik2, memang riuh cerita keranda terbang kat kampung baru. dan rumah keranda itu diusung secara terbang betul2 sebelah umah datuk. minggu lepas, kjee lalu depan umah datuk dan nampak rumah keranda terbang sudah dirobohkan. ada orang dah beli dan nak buat rumah baru kot. siap kooo...'penunggu' rumah tu mesti belum chow lagi hehehe

oklah cerita hantu kat atas tadi hanya warming up jer. cerita yang betul2 jadi pada kjee akan menyusul lepas ni. sebelum itu, kjee cerita dulu apa terjadi masa kjee shooting dalam drama Mertua. drama skrip kjee tu arahan aziz satar dan dilakonkan oleh sofia, jane, sophia ibrahim, harun hashim dan juga kjee lah.

lokasinya di rumah banglo milik seorang dato di janda baik. memanglah banglo tu lawa. tiga ke empat tingkat kjee tak pasti. siap ada basement siap ada kolam renang. tapi itu bukan rumah tetap dato tu. hanya rumah rehat. ada dua pembantu lelaki berbangsa indon jaga umah itu.

nak dijadikan cerita, malam tu malam rabu sebab masa tu malam rabu tayang filem p ramlee. kjee bawa nadia sekali sebab dia masih kecik, umur dia about 3 tahun. shooting berjalan lancar. lepas isyak, kita orang yang tak shooting duduk di ruang tv tengok tv. aziz satar tengah shooting kat ruang lain tak berapa jauh dari kami tengok tv.

oleh kerana shooting, audio tv dimatikan. kami cuma tengok gambar bisu jer.

tetiba aziz satar jerit. "cuttt!!! hoi tak faham ke kitaorang tengah shooting ni. tv tu tutup suaranya!!". kjee terkejut. nadia terus lari kat kjee takut dengar atok ajis dia menjerit. kami semua berpandangan. mana ada bunyi tv, kami jawab serentak

mata aziz satar terkebil2. dia pergi ke budak yang jaga audio. dia rampas headfon budak tu dan suruh rewind sound tadi. kemudian muka aziz satar merah padam. kjee terus pergi ke aziz satar. aziz satar hulur headfon. kjee dengar. alamak...ada bunyi mengilai...suara pompuan...terang sangat. lutut kjee lembik. sorang demi sorang yang ada kata situ datang pada kjee mintak dengar. semua jadi bisu. tak berani berkata2. kesian budak audio tu dok rewind tape.

muka aziz satar pucat lesu. bukan dia sorang...kami semua rasa macam nak lari balik kl malam tu jugak. yang kjee tengok selmba jer, abang lighting nama ali kong. abang ali kata sejak hari pertama kami di situ, dia dah tahu ada something wrong kat situ. tiap kali dia solat, ada bende lintas depan dia.

kami serentak jerit "habis kenapa tak bagitau!!" abang ali kong kata, bende tu tak ganggu, buat apa nak kecuh.

kami semua duduh dekat dekat dan mula bukak cerita. tadi sebelum aziz satar mula shooting selepas makan malam, tetiba ada guruh kuat. masa tu tetiba lampu padam. memang pun hari nak hujan. tak sampai berapa minit lampu menyala semula. so abang ali kata mungkin bende tu datang ikut kilat. dan maaf cakaplah kata abang ali. bende tu mungkin marah sebab ada orang 'buat tak senonoh' kat umah itu. kami semua tunduk sebab kami tahu ada seseorang bawak awek sekali ke situ.

punyalah seramnya malam tu. aziz satar cepat2 habiskan shooting. kali ni tak de gangguan. rumah banglo utama itu didiami oleh artis2 dan pekerja krew pompuan,.budak lelaki duduk kat satu lagi rumah belakang banglo. aziz satar lak tido sorang diri tengah2 hall banglo utama.

tetiba aziz satar buat pengumuman. katanya, oleh kerana semua dah nak balik kl, dia nak ambik shot banglo tu pagi esoknya. jadi, budak2 krew tak payahlah balik ke rumah belakang. semua kene tido kat rumah utama.

malam itu, kami orang perempuan yang tido sebilik pot pet pot pet sebelum tido. kata sophia ibrahim, dia baru tahu aziz satar tu penakut sangat. masa first time dengar headfon hantu mengilai, muka dia pucat lesu. kami pun ketawa. kak jem pulak kata ala dia takut tido sorang2 kat hall sebab tu suruh budak krew jangan balik umah belakang. bukannya dia orang tak boleh datang esok hari untuk shoot scene umah ketika subuh. alkisahnya...malam tu kami ketawa sampai tertidur.

sampai hari ini budak krew audio itu masih simpan tape 'bende tu mengilai'. tak percaya tanya aziz satar.

okay ini baru part one. ada dua lagi citer pengalaman kjee. kalau citer yang ini hanya dengar suara, yang dua lagi kjee sendiri nampak depan mata. tak taulah samada nak satukan kedua2 insiden tu atau nak dijadikan hingga part 3. tungguuuuuuuu.

11 comments:

  1. Erkk..kak jee..dah ler malam jemaat ni, tapi syok kan baca, seram2....erk..

    ReplyDelete
  2. kak gee : apa belakang kak gee tu? cuba tgk...hahaahahahahhahaha....wow! That's mild gruesome..i want more gruesome please...heheheheheheheheehe..can't wait for the next part...............

    ReplyDelete
  3. boleh jadi script yg terbaru nih!

    ReplyDelete
  4. skrip? sapa nak jadi hantu? kjee tak nak?!!!!
    tapi kalau buat filem boleh ker kutipan juta2?

    ReplyDelete
  5. saoe yg cadang dia le jadi....

    ReplyDelete
  6. setuju2. sapa cadang dia jadi hantu. nanti kjee suruh mamat khalid direct. hehehe

    ReplyDelete
  7. its ok.. tq tq ..takut teman nak belakon jadik antu.. xpe bg kat org lain je ;p aduhhh tetibe serammmm plak.. tu blum baca part 2 & 3 lagi tu huhuhu kjee.. gud nite sambung esok lak... lain mcm bebenor nih.. teman ni udah le penakut...

    ReplyDelete
  8. huuuiii seram nih kak jee...
    terasa seramnye nih.. huhuuu~

    ReplyDelete
  9. heheheh..kelako le..pzk ajis seramm gak ek dgn hantu..cume seram je kot...bkn takut.klu say etakut bnyk...mesti tekencing2 bila dgr tape audio tu.eeeii..seramm kakjee

    ReplyDelete
  10. dato aziz satar bukan saja penakut tapi kalau sergah pun dia bleh menangis. lagi satu kalau suruh dia citer pasal p ramlee. boleh duduk berjam2 citer sambil menangis. cute sangat orang tua tu!!!

    ReplyDelete
  11. Syok baca,,, tapi nek juga la bulu romaku ini.. :)

    ReplyDelete