Sunday, January 30, 2011

20. Tolong jangan sokong mat dhani jadi pengetua AF!!!

malam tadi kjee susah nak tidor. bukan sebab takut hantu. tapi fikiran kjee terganggu dengan berita terbaru yang kjee dengar kononnya Ahmad Dhani dari Indonesia akan jadi pengetua terakhir AF. punyalah kjee bengang sampai berasap2 telinga.

astro ni dah hilang akal ke? dia orang ni nak cabar kesabaran rakyat malaysia ker dalam bab2 macam ni. okay omputih kata first thing first. hidupnya AF sebab kita rakyat malaysia yang bangang habiskan berjuta2 ringgit hantar sms bagi hidupkan rancangan itu. kalau tak kerana kita bodoh habiskan duit banyak2 camtu, rasa2nya AF sangkut setakat AF3 jer kot.

dangdut lu best wak
tapi bila sampai AF3, astro mula tamak dan gelap mata. berjuta2 ringgit masuk setiap hari kerana semua nak sms si world tu. kjee tak bangang cam tu sebab kjee tak minat world langsung. tapi apa kan daya. rakyat malaysia kena tipu dengan cara astro promokan si world tu. kononnya nanti akan muncullah satu idola penyanyi yang islamic. tak kisahlah...bakat tak der pun tak per.

okay back to realiti. rancangan tu pun rancangan realiti. kjee berasakan astro amik mat dhani ini sebagai melengkap usaha mereka untuk menjadikan steyen tv mereka khas untuk mat indon yang bermastautin di sini. kjee dah lama boikot drama2 sinetron dia orang. last kjee tengok dulu bawang putih bawang merah. itupun sebab maid indon kjee nak tengok so kjee tengok dengan sumpahan berbakul2 sebab bangang sangat. siap ada pari2 lagi. orang dah ke bulan dia orang masih buat citer ada pari2.

dulu masa jadi wartawan, kjee pernah ajak teman2 media balik dan tinggalkan sidang akhbar hetty koes endang kerana keceluparannya menjawab soalan kjee. kjee tanya kenapa penyanyi malaysia tidak dapat sambutan sehebat mana penyanyi indon yang datang kemari. hetty jawab selamba jer sebab penyanyi malaysia tak versatile...tak macam penyanyi indon boleh nyanyi macam2 dari dandgut ke pop ke keroncong.

wah apa lagi! telinga kjee berdesing. walaupun mungkin ada kebenarannya pasal versatile tu tapi cakap biarlah berlapis sikit. awak tu tetamu kat bumi malaysia. kengkawan wartawan semua balik. kjee jadi ketua. penganjur sidang akhbar tu terkejar2 pujuk kjee dan teman2 media bersabar. tapi kami semua patriotik dan sayangkan industri kami.

esoknya semua akhbar keluar cerita keceluparan hetty. dan kjee juga terima surat cinta daripada PR bedebah syarikat rekod itu. bukan kjee saja dapat, dia turut antar surat kepada pak samad ismail suruh 'ajar' kjee. bedebah budak tu. ingat aku tak tau kau kerja kat mana sekarang! sampai tualah kau reput kat situ. pak samad panggil kjee, dengar penerangan kjee, ketawa dan koyakkan surat tu.

kjee pun kena jugaklah dengan rhoma irama masa dia mula2 datang malaysia dulu. buat konsert kat stadium negara. kjee pun pergilah buat liputan. tak pernah dengar muzik dia walaupun dia tu di'sembah' bagai nak rak kat negara dia. aku peduli apa kan? kjee ingat lagi masa tu wak hermantino jadi jemputan.

balik konsert, kjee tulis dangdut yang dibawakan oleh rhoma tidak menepati cictarasa malaysia. pada pandangan kjee, kita semua sesuai dengar dangdut ala hermantino. wak herman punyalah suka sebab dia sedar dia begitu kerdil di sisi rhoma. memang tidak dinafikan wak herman ketika itu penyanyi dangdut nombor 1 malaysia.

bila keluar jer berita itu, wak rhoma terlupa irama dia. dia dah tukar irama rock dan jadi ganas. dia suruh budak2 dia cari siapa fauziah samad ni. dia kata apakah fauziah samad itu perlu 'envelop'? adalah orang sampaikan berita rhoma tanya kjee samada nak envelop? kurang ajar betul!!! ingat aku ni macam wartawan indon yang hidup atas 'envelop'?

korang tahu apa tu envelop? rasuah lah beb. isyhhh dia salah orang lah. mati hidup balik pun aku takkan gadaikan maruah aku. kerana 'envelop' aku tidak akan berpatah balik dan memohon maaf atas cerita yang aku dah tulis tau!

berbalik kepada realiti lagi. kita ni sekarang sebenarnya sedang berperang dalam diam. dek kerana nak menghormati hubungan baik antara negara, kita senyap jer bila dia orang bakar bendera kita, baling najis, kutuk macam2.kita diam jugak bila astro banyak siar drama dia orang. walaupun sampah, kita telan sebab kita ada pilihan channel lain. mujurlah radio pun dah jarang main lagu dia orang atau adakah kjee tak pernah bukaak radio sekarang? wallahualam.

kita protes dalam diam apabila orang2 dia buat onar dalam negara kita. jadi perampok, larikan anak majikan, larikan anak gadis kita dan mungkin mereka juga turut menyumbang kepada kes buang bayi baru lahir di negara kita. kita tak tahu siapa punya angkara. tak mustahil 10% kerja mereka!

now now now astro is adding salt to injury. dah tahu hati kita dah terluka, dibubuhnya garam supaya terasa pedih yang amat2. apakah kita nak berdiam diri? mana dia persatuan hiburan tanahair? korang janganlah tanya karyawan sebab orang kuat karyawan ada bau2 bacang dengan astro. ingat tak pengetua pertama AF? dia buat statement dalam paper, dia setuju mat dhani tu jadi pengetua sebab nak dedahkan pelajar2 kita ke dunia lebih luas lagi. sikit lebih kurang cam tulah.

astro mesti suka orang kuat karyawan cakap cam tu. lu sapa, dia mesti tuding jari kat kjee. orang kuat karyawan lagi power. ya ker. tungguuuu.

apakah malaysia dah habis langsung karyawan nak jadi pengetua. atau apakah cerita sebenarnya? kita mungkin tak tahu. tapi kjee rasalah, semua karyawan malaysia dah tak minat dan tolak mentah2 tawaran jadi pengetua sebab rancangan tu dah sampai tahap meloyakan. very de uwek. so dia orang tak nak nama dia orang tercemar. rating AF dahlah jatuh, nanti nama dia orang pun turut tenggelam.

kenapa mesti pilih mat dhani? kenapa kenapa kenapa? apakah kita hendak membalas jasa mereka kerana menaikkan industri kita? apakah selama ni penyanyi kita diletakkan di tempat nombor satu persada seni muzik negara mereka? tanyalah siapa yang berjaya di negara mereka. dato siti nurhaliza, sheila majid dan juga salem. satu ketika dulu kumpulan search. itu jer ker? takkan empat jer? yang lain?

yang lain pergi sana, hanya sempat duduk kat airport jer pastu balik. kalau lagu kita nak masuk sana, kena tukar judul. kenapa mesti jadi macam tu? lagu dia masuk sini kena tukar apa2 ker?

sudah sampai masanya kita bangkit. bukanlah nak suruh kita mengamuk dan pergi bawak buluh runcing ke sana tapi, kita sedarkan dulu orang kita yang sedang dilamun mimpi. agaknya astro ingat dengan bawak mat dhani, rating AF akan naik kembali dan...dan...dan... akan ada lagi AF ke sepuluh! selisih malikat 44. atau mungkin astro harap mat dhani tak datang sorang. dia bawak pari2 untuk suruh kita antar sms banyak2.

aduiiii sampai bilalah kita nak sedar!!!!

41 comments:

  1. 200% tak setuju.....
    mcm tak ada org malaysia nak jadi pengetua..hebat sgt ke??

    ReplyDelete
  2. xtau nk komen pe..tp terang n jelas penceritaannya.huhu

    ReplyDelete
  3. AF...nor ikut setakat 3 je lepas tu hampeh..ni pulak nak ambek PENGETUA dari indon nanti alamatnya nanti yg keluar AF semua jadi macam penyanyi indon hilang identiti malaysia...hee banyak lagi anak bangsa kita kenapa mat indon ni juga yg dia nak.....norasmah

    ReplyDelete
  4. saya setuju sgt ngan k.jee...even sya xpernah suke tgk af xkira dr musim baper pun mmg sya xsuka tgk...sbb af ni xmmbawa apa2 faedah pun pd bdk2 hanya setakat melalak&menangis emo...apa yg pasti sya kecewa sbb ank2 melayu kite trlalu leka utk mengejar jd penghibur ker penyanyi ker trkinja2 atas pentas...sedangkn ank bgsa lain sibuk mengejar ilmu utk memajukn diri...ank2 melayu kite jauh ketinggalan lebih suka trleka mngejar hiburan semata2....sya pun xnmpak motif yg brfaedah dr af yg dbawa ank2 melayu....

    ReplyDelete
  5. saya pun sakit hati dgn org indon ni..goblok punya org..begokkkkk !

    ReplyDelete
  6. kak gee : yer, memang betul kak gee. zam setuju dengan statement kak gee. sebenarnyer , orang kita yang tak sedar diri, anak2 muda suka dengar lagu indon..for your information...tak sedar diri..tgk apa yang dia orang dah buat kat kedutaan kita di sana. Baling taik..taik? bukan ker benda tu kotor...har! nampak, nampak sangat masyarakat dia orang tak bertamadun...tun yang ditimpa bala bencana tu..yang gempa bumi lah, yang gunung berapi lah..dia orang tak sedar ker musibah yang melanda..isshh..malas nak cakap..kalau naik bas METRO tu kat gombak ni..muka dia jer..macam terasa kat Jakarta plak...hurrmm..entahlah..lagi satu, zam pun tak berapa gemar WORLD tu..kononnyer alim lah kan...tapi isteri knogkong..hurrmm..lepas tu hipokrit..ada makwe dari kampung sanggup tinggalkan cari si tepung gomak tu...anyway, zam sokong statement kak gee

    ReplyDelete
  7. ya betul kjee saya sokong sangat apa yang kjee katakan.

    ReplyDelete
  8. setuju 100% dgn kjee, kita memang perang dlm diam dgn indon2 nie,kita bg bunga dorang bg t**K kat kita, mcm2 yg dorang dah buat tp kita tetap berpendirian ( meminjam kata2 mantan perdana menteri kita Tun Mahathir, org bodoh kalau kita lyn ,kita pun jd bodoh mcm dorang jgk.), so kalau AF 9 msh nak amik Ahmad Dhani, saya rasa ramai yg akan boikot terus AF kali nie.

    ReplyDelete
  9. Jangan tengok dan undi kat AF lagi......
    Sejarah yang menimpa arwah P.Ramlee berulang kali..... artis dan penggiat seni tanah air diketepi dan dilupakan...... artis luar jugak disanjung....... contoh harga tiket konsert Search dan Wings RM70 pun ada nak bising..... konsert artis luar harga BERATUS ringgit diam jer....... Hujan Batu Di Negeri Sendiri JAUH LAGI BAIK dari Hujan Emas Di Negeri Orang!!!!!!

    -Amin Zaid Zulkifli-

    ReplyDelete
  10. SAYA SOKONG KJEE 100%.MEREKA YANG TAK TAHU NAK NGENANG BUDI DENGAN KITA.

    ReplyDelete
  11. terima kasih...sokongan yang membuat kjee terharu!!!!

    ReplyDelete
  12. nape still ade lg af ni???klu mat indon tu yg jd pengetua...lg melingkup laa~~~xsuke r~

    ReplyDelete
  13. Tak sokong gakkk.....
    Malaysia dah ketandusan artis ke? Dah lupa aper dorg buat kata kiter. Nak main bola pun mcm nak pi berperang. Artis kita sendiri susah nak masuk negara mereka utk lebarkan sayap. Rasa nyer artis kite langsung tiada peluang mcm nie. Kenapa kite harus agungkan artis luar? Patut kite kena tegas jgn terlalu taksub dgn mrk!

    ReplyDelete
  14. kakjee, hai...sy ni af dah agak lama sy tak follow. almaklom ler sbb suami sy taksuke sgt realiti nyanyi2 nih, tp br br ni sy ada terbaca pasal dhani akan jadi pengetua af9. sumpah terkejut owhhhh, ape dah xde org lain ker. ishhh ramai je artis diva diva ni kat malaysia.

    pleaseee lah, ni mesti nak tarik undi la nih, so tht org2 endon pon sms bagai kan. jangan duk pandang untung je lah. dan sy dpt bayangkan, harusla byk lagu indon yg diberi sebagai tugasan, so lama lama kit apunya irama macam mana? kandas!!!

    ReplyDelete
  15. Nasib baik saya tak minat benda2 tu....100x aku ngadap belog lagi bagus.

    ReplyDelete
  16. Patutnya sejak dari dulu lagi pakat ramai2 boikot astro. hangin betul bila tau pasal ni..

    ReplyDelete
  17. setuju 202% dgn kak jee.. Ishh..ishh.ishhh,,, otak ltk kt kepala lutut gak nyer dorg 2... xtau beza mn intan mana kaca... abes la body dorg bdarah2 nanti d baling dgn kaca 2.... kwang3...

    ReplyDelete
  18. mengapa harus amik org luar....rasanya kat negara kita ni ramai lg yg lebih dari mat dani 2....sampai sanggup bayar 1/2juta...hissss membazir je.....

    ReplyDelete
  19. Test komen ye...

    ReplyDelete
  20. saye stuju sngat dgn kakjee..astro ambik ahmad dhani mgkin sbb nak tarik lbih ramai penonton indon.ingtkn AF dh bekubur ..rupanye astro x snggup nk lepaskn AF sbb dh bnyk bg astro keuntungn.kli ni astro gunakn "mat indon"lak untk melariskn AF...maka nanti ramai lah "mat2 dn minah2 indon "yg sms anak2 buah "mat Dani"tadi. saye memang x minat lgu2 indon melainkn lagu2 dato CT dn sharifah aini je serta lagu2 rock wings dn search . yg c "WORLD"tu..aduyai..asal je nmpk muke dia d TV..saye dn hubby cpat2 tukar chanell wlupon sekadar iklan..
    terlalu d agung2kn c WORLD tu last2 lupa diri .tu lah saye x penah SMS wlupon 1 sms kt artis realiti ni.

    ReplyDelete
  21. buang kredit je undi AF ni......

    ReplyDelete
  22. tapi walau kita bersuara mcm mana pun sekarang keputusan dah dibuat pun kan....

    tp kalau org Malaysia yg lebih layak adalah spt :
    - Sheila Majid
    - Dato' Siti Nurhaliza
    - Shafinaz
    - Edry KRU
    - Yassin
    - Wah Idris
    - Hazami
    - Eddie Hashim (x pasti namanya..he3)
    - dll yg mmg ramai lagi lah

    ReplyDelete
  23. kjee...saya pun sokong jugak x setuju sgt2 ahmad dhani jg pengetua af...byk lg artis malaysia kt mlysia ni boleh jd pengetua...saya pun start aznil x jd pengacara kurang minat nk tgok af...dah x best...berapa mggu lps baca dlm metro....wartawan pun dah tulis rasa x puashati klu ahmad dhani jg pengetua af..pihak astro ckp af thn ni yg terakhir..thn dpn dah xde...dorang nk buat program lain plak..

    ReplyDelete
  24. suatu masa dulu chun juga terpikat dengan world. sebab tak ada astro, kedai mamak sanggup ku tunggu masa final. aura? yang tu memang chun percaya. tapi sms tetap tiada. takmau habiskan wang ke arah itu.

    tapi semua tu sekejap saja. bila dah suam - sempat la jugak beli 2 cd world, (original lagi) Af pun dah tak ku pandang.

    tercari-cari jugak apa kelebihan mereka ini. nadaa. nothing. tiada. kelebihan mereka cuma masa tu saja. masa di pentas astro. bila hari-hari kita disogokkan dengan cerita mereka di akademi. bila lepas 'grad', berapa kerat yang bertahan?

    dan sekarang nak dimasukkan ahmad dhani pula. iskkkk... realitinya kita, penonton, yang dok kena main dengan astro.

    ReplyDelete
  25. Sokong KJee..... Astro bengong nak kutip untung aje....

    ReplyDelete
  26. inilah 'hadiah' astro kepada mereka yang telah berhabis wang ringgit dan masa menyokong AF. terima kasih banyak2 astro. selain itu, naikkanlah lagi yuran astro. sekarang muruah sangat tau!!!

    ReplyDelete
  27. SOKONG KAK JEE 110%....BANYAK LAGI RAKYAT MALAYSIA YG LAYAK JADI PENGETUA AF...KENAPA NAK AMBIK ORG LUAR...ASRO NIE IBARAT KERA D HUTAN D SUSUKAN ANAK D RUMAH MATI TAK MAKAN.....JGN MEMCABAR RAKYAT MALAYSIA.....

    ReplyDelete
  28. kak jee,saya mmg x sokong klu astro ambik dhani tu jadi pengetua AF... kenapa sengal sgt pihak ASTRO tu ye!!! apa motif diorang ???nak tarik pengundi indon??? indon ada ke yg pakai ASTRO!!! saya tgk kat tmpt kontrak x de pon piring ASTRO!!! betul2 sengal la...itu bukan nye cara yg betul nak bgnkan industri muzik kite, tapi menJAHANAMkan ada la...betul2 terbakar dah saya ni...GERAMMMMM!!!!!

    ReplyDelete
  29. kelazzz kau alin!!!!
    hebat semua komen. macam ni, harap2 si mat dhani tu takut nak datang sini.

    ReplyDelete
  30. kat MALAYSIA ni ramai lg pemuzik yg berbakat...ASTRO tak nampak ke...atau buat2 tak nampak....x patut3...

    ReplyDelete
  31. baca tulisan Kjee ni terbakar semangat saya...mmg Astro ni saja nak menaikkan marah org kita...apa bagusnye Ahmad Dhani tu,dah la sebelum ni byk buat Kontroversi.. patutnya tak payah lagi adakan AF9 ni..menghabiskan duit je sebuk2 AFUNDI ,,..saja Astro nk kaut untung.. (hani sufiah)

    ReplyDelete
  32. Ahmad Dhani ni perasan bagus, sebenarnya dia orang yang sombong dan bongkak. Sekarang dewa dah senyap je kat Indon so jual lah diri dia kat Malaysia sbb dia tau anak2 muda kat Malaysia ni minat kat dia, sorrylah mat dhani tu dulu, tapi sekarang anak2 muda Malaysia dah tak hard-up kat muka ko lagi, shooh, shooh baliklah Indon. Buat semak je kat sini.

    ReplyDelete
  33. heheee sy baca pnulisan kak gee sy terikut geram... sy sokong apa yg kak gee tulis.. p sy juge minat si world tu dulu... memang minat gile la... tapi xde la sampi tgile2 kat die.. xpnah pun vote die heheee...
    skrg memang dh x leh tgok astro, abg dah potong..katanya mmbazir, bayar bulan2 p cerita ulang yg sama... kite pki je area yg tggi tue...
    ahmad dhani??? siapa ahmad dhani?? sy x knal la kak... dah xde artis malaysia yg bgus ke??

    ReplyDelete
  34. Saya sokong kjee..sepatutnyer astro lebih peka dgn kehendak orang ramai, ..skrang ni pun buka apa2 channel seme cite dari seberang..!

    ReplyDelete
  35. mila pun xlayan sgt AF ni...tp mila pun tak bape setuju nk amik ahmad Dhani tu sbg pengetua...Orang malaysia ni byk lg yg berbakat besar utk dijadikan pengetua AF...

    ReplyDelete
  36. saya dengar mat dhani ni org yahudi,xboleh jadi macam nie,.tgk la lagu maya tu "makhluk tuhan paling seksi"?mat dhani la yang wat...pastu menari macam tuh,elok sangat la klu bdk2 AF yang bangang menari macam tu pastu org melayu yang bangang bagi anak2 tgk..rosak lg bertambah rosak

    ReplyDelete
  37. opps sory bukan maya tetapi mulan,pastu menggabungkan stail arab,india kononnya islamik padahal setan...!mmg pemfitnah yang besar ahmad dhani nie,jgn tertipu dgn dia..!

    ReplyDelete
  38. dah habis org malaysia ke sampai nk ambil org indon nk dijadikan pengetua....300 % x setuju...

    ReplyDelete
  39. hmmmm...baca blog kak jee ni ima baru tau....oooo..ye ke? ima pun dah lama x ikut program2 reality ni...kecuali imam muda 2010 aritu. erm.....kalau diorg amik si dhani tu jadi pengetua af..belum tentu warganegara indonesia yg bekerja,belajar atau bermastautin kat sini nak sokong program tu 100% coz pesertanya still rakyat malaysia kan? melainkan jika tawaran untuk menjadi pelajar AF ni di buka kepada warganegara yg sama dgn ahmad dhani tu......haaaaa! yg tu ima yakin...for sure mmg rating akan naik semula.....kenapa? ibarat kata2 si nabil raja lawak tu laaaa......'lu pk laaa sendiri'. wahai rakyat Malaysia...drpd buang duit kat rancangan camtu...baik laaa di sedekahkan pd masjid2 atau org2 miskin warganegara kita ni juga.

    ReplyDelete
  40. kenape lak ni..... dah tak ada lagi artis malaysia yang berpengalaman ke kat malaysia ni.... sampai nak di import dari seberang.... kenapa nak agung agung kan mereka yg diseberang tu.,... mereka tak abis abis meng hina kita dgn pelbagai cara.... yg segelintir kita ni lak nak menagungkan dan mendewakan mereka tu semua.... saya tak sokong 1000% yg si artis seberang tu jadi pengetua af... kalau astro tega gak nak ambil org dari seberang tu sebagai pengetua af... bersedialah astro tuk dikritik habis habisan... hehehe..

    ReplyDelete
  41. racist juga akak ni ye..

    ReplyDelete