Monday, January 31, 2011

23. tiga tempat paling berhantu di malaysia...jeng jeng jeng

nyampah betul lah. banyak sangat permintaan nakkan n3 citer antu. punyalah pening kepala kjee memikir. semalam masa tengah makan ngan my frens Sharifah Roshida, suami dia SB, anak2 shiqin dan Afiq kat rest seafood kat telok panglima garang, nadia ingatkan kjee kisah ni.

tapi korang pernah dengar citer yang kat malaysia ni ada tiga tempat yang paling berhantu. dulu kjee pun tak tahu. tapi susah nak katalah. apakah itu hanya citer dongeng atau fakta, kjee tak pasti. tapi kjee ada gak pengalaman dengan tiga2 tempat ni.

tempat2 itu ialah Pulau Tioman, Fraser's Hill dan Taiping. korang janganlah kata kjee yang cakap sebab bukan kjee tak cakap tapi kjee cuma sampaikan apa yang orang citer. kalau dia orang bohong, kjee pun bersubahat lah jugak kot. apa2 pun kjee ada cerita nak kaitkan kepada apa yang dia orang katakan tu.

masa kjee kecik2 dulu, kjee pernah tinggal kat Taiping, Perak. masa tu kjee baru darjah satu kot. masa kecik kjee cantik tau. hehehe iklan pulak. gambar ada tapi tak tau mana nak cari. nantilah jumpa kjee buktikan yang masa kecik kjee memang comel. kahkahkah.

nadia ketika usia 3 tahun. gambar ni amik kat frasers hill.
kita orang tinggal kat satu rumah banglo lama. masa dulu2 umah banglo murah kot sebab itu bapak mampu sewa umah tu. rumah itu di kampung bernama kpg boyan. ntah ada ke tidak orang boyan, tak pasti jugak tapi ramailah orang benggali. sebab tu arwah mak pandai buat capatti. dia belajar dengan makcik bengali. alamak merapu lagi.

sorrylah banglo tu tak berhantu tapi banglo tu ada penunggu. eh betul gua cakap lu. penunggu dia adalah ular2 hitam yang panjang kira2 dua kaki dan berkilat2. eh ni tak tipu. korang dengarlah dulu citer sampai abis.

siang hari kan, kita orang tak pernah jumpa ular2 hitam ni. taman sekeliling umah agak luas. so kami adik beradik suka sangat bermain. kalau bapak tak jerit suruh masuk umah sebab hari dah senja, kami masih asyik bermain. 

kemudian kan, bila malam menjelma dan semasa kita orang dah tidur, mulalah ular2 hitam ni keluar. bukan sekor tau tapi lima enam ekor sekali gus. mula2 kami tak perasan. mak ni pulak ada coli warna hitam. so first time bapak terjaga, dia ingat mak punya coli punya talilah. marah2 lah dia sebab mak ni kononnya suka campak coli dia merata2.

bapak bangun, tak bukak lampu terus capai 'coli hitam' mak. jeng jeng jeng. dia terkejut dan menjerit ketakutan. kami yang tido sebelah terus bangun dan berlari masuk bilik mak. kami nampak bapak tengah pegang ular yang sedang meronta2 tu dan flush dalam toilet. terus pam.

lepas tu kan kami tak berani guna toilet tu takut tengah buat 'kerja' ular tu keluar dan patuk anu kami. tapi selepas insiden itu, banyaklah lagi ular2 yang menjelma di waktu malam. sama tempatlah bapak pergi humban dan pam. akhirnya, kerana ketakutan, bapak gi jumpa bomoh dan dia kata tempat tu memang ada penunggu. so kami pindahlah. habis satu bab cerita di Taiping.

ni bab kjee dah dewasa. kerja jadi pengurus produksi drama dan sering ulang alik ke Fraser's Hill sebab shooting. nadia kecik masa tu (kira3 tahun), so kjee terpaksalah bawak dia.

macam2lah kjee dengar cerita pasal penduduk situ jumpa tengkorak tergolek2 kat tengah jalan di tengah malam, Cik Han ganggu dalam umah dan yang sewaktu dengannya. ada seorang artis ni yang jemput anak dia balik ke KL, selepas shooting  di tengah2 malam, beritahu kjee, dia ternampak ekor ular tengah menyusup turun gaung depan mata dia. hujung ekor ular tu jer besarnya satu pemeluk pokok! itu baru ekor. badannya tak taulah besar mana!

oklah. so satu hari kjee shooting ngan pengarah 'kurang seposen' yang pernah kjee citer dalam entry sebelum ini. masa nak pergi, kjee bagi taklimat sebagai pengurus produksi...semua tolong jaga mulut. kalau ternampak atau terbau apa2, mulut tolong diam. jangan laser nanti takut jadi apa2.

satu malam, si pengarah kurang seposen ni buatlah scene kononnya pelakon utama (lakonan lydiawati) ditanam hidup2. giler kau dia buat tengah2 malam lak tu. nadia dah tidur kat bilik atas. kami semua kat laman tengah tengok shooting. mekap artis kjee (dia ni adik2 tau. tak tahu sekarang masih adik adik ke dah jadi jantan tulen hehehe) asyik cakap cam terngilai ngilai cam bende tu. kjee bengang tapi maleh nak layan dia. tetiba tv kat ruang tamu dihidupkan. bunyinya kuat sangat. mana ada orang kat dalam. semua kat luar shooting. nadia lak tidur kat atas. kami semua terkejut. terus kjee teringat nadia tengah tido sorang2 kat atas. berlari kjee dukung nadia turun. semua dah saspen tapi nasib baik tak ada gangguan lagi lepas tu. si mekap artis adik2 tu senyap terus sebab ketakutan.

esoknya, shooting kat paddock. kjee duduk tidak jauh dari budak2 shooting. tetiba mekap artis adik adik tu berlari agak jauh dari situ, sebelum start shooting kjee memang dah perasan dia ni tergedik gedik melayan budak2 crew jantan. hai budak ni, tak serik2, kata hati kjee.

tak sampai berapa minit, kjee nampak dia berlari ke kawasan berdekatan. selepas dia lari, kjee heran dia tak balik2. kjee pergi turut kat tempat dia pergi. dia tengah tercungap2 ketakutan. dia bukak mulut tapi tak der suara. akhirnya bila dia boleh bersuara dia kata, dia tetiba rasa cam nak muntah. bila dia keluarkan semua dalam perut dia, dia angkat muka dia dan tetiba menjelma wajah pakcik tua jangut putih panjang sedang perhatikan dia! padan muka kau. hah gedik2 lagi..kan aku dah beri amaran. amaran? macam menteri amaran lak kan hehehe.

okay bab fraser hill dah habis. eh nanti jap. ada lagi. tapi ada satu malam tu, shooting sampai pagi. pengarah seposen tu suruh kensel bekfas yang kjee order kat kedai joyah (sapa yang pernah pergi FH, tahu sapa Joyah). masa tu dah pukul 4 pagi. kjee kejutkan nadia dan ajak dia (biaselah kjee kan suka dera nadia). bila kami tengah cilok2 kat tepi lereng bukit untuk ke kedai joyah, rasa seram ya amat. kami berdua bacalah apa yang kami tahu. sampai kedai  joyah semua gelap. kjee dah siap2 tulis nota masa kat banglo. terus selitkan bawah pintu kedai dan pandu macam nak gila balik ke banglo. nasib baik tak der apa2. orang kata kalau kita bawak budak kecik, malaikat lindung.

kali ni betul2 dah habis bab Frasers Hill. okay kita ke bab Pulau Tioman.

sorrylah kjee tak de pengalaman kat situ walaupun ada anak serang pengarah filem jadi biol sekejap sebab kerek sangat masa ikut bapak dia shooting kat sana. biol camner kjee tak tahu tapi setahu kjee sebelum tu pun budak tu bukannya betul sangat. macam biol jer.

tapi macam2 berlaku kata budak2 production masa ket sana tapi kjee tak amik tahu sangat sebab tak pergi. betul ke tidak pulau tioman tu keras, kjee tak pasti. yang pasti kat tepi laut banyak batu2 besar yang berat dan keras. hehehe

itu jer citer hantu yang kjee ada. lebih daripada tu, kalau korang nak lagi, nanti kjee buat story tipu...hah padan muka. hehehe

19 comments:

  1. aduhhh.. ! klakar tang coli itam ngan takut buat keje kt toilet tu kjee, ;)

    p/s: comel nadia masa tecik :)

    ReplyDelete
  2. hehehe deena. kalau dapat anak pompuan, leh kawan ngan nadia nanti yer.
    hah..tadi kjee nak censor bab coli itam tapi harap tak der yang marah nanti.

    ReplyDelete
  3. banyak kali gak g Fraser Hill,tapi Alhamdulillah tak jumpa benda-benda pelik...chehhh macam takut nak g lagi pulak bila dengar cerita kjee..he he he

    ReplyDelete
  4. kjee ada satu tempat ni....org kata d terowong menora tahukan d mana, dsini org selalu jumpa wolkwagen kuning....nor tak pernah jumpa tapi nor haraplah jangan jumpa....norasmah

    ReplyDelete
  5. terowong menora? tak tahu kat mana. eee tak nak jumpalah nor

    ReplyDelete
  6. tuu dia, hujan2 ni sedap baca tulisan kak jee...

    ReplyDelete
  7. btul lah k jeee, kat pulau tioman tmpat nya kras... suami pernah bekerja d sana... suami cite, pernah sorg mat salih mabuk jln kat tepi pntai, pastu dia bling tin air yg dia minum tu ke tepi pntai. automatik tin tu melayang semula kena ke kpala mat salih tu smpai berdarahhhh....

    ReplyDelete
  8. hahaha kan kjee kata apa yang kjeee tulis tak tipu punya!!!

    ReplyDelete
  9. kak gee : eeeee...seram ek..tapi ada satu part tu , adik2..apa adik-adik tu kak gee???..lol..ahaahahaahahahahaahaha

    ReplyDelete
  10. betul ckp norasmah tu....kat terowong menora k.kangsar tu mmg berhantu....ada org yg penah kena cite...klu tgh2 mlm akan lalu voksogen kuning x de driver....dia akan potong kereta kita....saya blum penah jumpa pun walau penah lalu kt situ dlm kul 1 pagi...eee sereeeemmm
    hanie zubir

    ReplyDelete
  11. Aku nak pergi mlm ni fraser...agak2 sejuk tak?

    ReplyDelete
  12. salam, Kjee...
    ana pernah tinggal bertahun di Pulau Tioman. pulau tu keras sbb kepercayaan org sana, penunggu pulau tu Nenek apa tah nama dia, msh ada menginap di gua kat ats bukit pulau tu. Dia mcm nenek kebayan gitulah. Dah tua benor..org tertentu je pnh jumpa dia. N ana tergolong dlm org yg pnh jmpa dia. Masa ana mengandung pun kat sana slalu mimpi ada suara mintak anak dlm kandungan. Pastu bgtau kat org2 tua kg, diorg suh ana cpat2 mintak tukar dri pulau tu. Klu Kjee nk cerita lg, nt ctct ana di FB, yer? taip Nur Farhana Noor Musa, nanti kita chat2 panjang

    ReplyDelete
  13. Ni ustaz ada baca kat 1 forum ni..

    Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taping (Jalan Temenggong) sekitar tahun 1990an...nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'...
    Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la..
    Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu.
    Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan....
    Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitorang suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper... makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni...
    Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..
    Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah...
    Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati...
    then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitaorang..
    Tengah malam tu...sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil pandang dia macam org tgh marah...
    Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu...tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu. Bila kitorng pikir balik agak2nye benda tu kacau sebab kitorang bunuh klawar petang tu kot...wallahualam...
    Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 - 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu..

    ReplyDelete
  14. Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,
    dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu..
    lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah...

    Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia...:funk: Aper lagi terkejut la sepupu aku ni..yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu..

    Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu...

    ReplyDelete
  15. kjee.. biaq btul??
    Wawa dok dkat Taiping la! tpy xde pew p0wn?? bise jer.. tpy ade la umah berhantu dkat area Taiping iaitu:
    1.umah area pdang golf dkat situ dkatakan tmpat pling berhantu dkat Taiping.. tanah kwasan tu asalnya tnah Balai Polis taun 8o-an.. x pasti la taun wape.. pastu lpas wape taun terbengkalai tnah tu djadikan kwasan prumahan..
    selanjutnya nnti wawa kasi thu k??

    ReplyDelete
  16. Kjee ni funnylah..i like..takot tk menjadi plaknya.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Ada kawan yg bercuti di J.B. singgah ke sebuah " shopping komplek" semasa dlm perjalann balik ke K.L, smpai di sana, makan minum tapi tak shopping. Bila mereka bercerita tenang percutian mereka n bila ada antara kami yg tahu tenang "shopping komplek" tu, terkejut besar, sebab, ianya hanyalah semata-mata bangunan yang terbengkalai dan bila mata kita memandang, akan berassa naik bulu roma tengkuk. Apakah sebenanya yag berlaku?

    ReplyDelete
  18. sarah julifa..nme shopping mall tu KEMAYAN CITY antara tempat paling berhantu di malaysia nk tau lbeh detail taip je kemayan city kt pakcik gugel bace la mmg SCARYY!!!!!!!!!!!! jgn lupe jge VILLA NABILA ehehh pomot la plak kn...sy adalah peminat ksah2 seram paranormal..mmg minat sgt.

    ReplyDelete
  19. Saya tahu rumah berhantu kg boyan taiping tu kat mana. Blakang kopitiam cina kan? Mmg femes rumah tu, tp masih ade lg org duduk, tp x sure bangsa apa.

    ReplyDelete