Thursday, January 27, 2011

8. perginya tun abdul razak

korang tak payah tanyalah tahun bila allahyarham tun abdul razak meninggal dunia. kjee dah lupa tapi rasa2nya masa kjee keje NST, sekitar tahun 1975 atau 1976. tak pasti sangatlah. pergilah cari sendiri.

masa tu, kjee dah tinggal dengan kawan2 dekat bangsar. kawan2 kjee bukan wartawan NST tapi semua kerja kat RTM. kjee hanya ingat kak raina (kakak kepada pengarah Fairuz loy, kakak ipar aktres juhana ayob). kjee sewa kat situ pun bukan sebab dia orang tu kjee kenal masa kerja rtm tapi tengok iklan dalam paper.

pagi tu, kjee ingat lagi. kjee tengah tido bila kak ina ketuk pintu bilik. dia bagitau perdana menteri dah meninggal. kjee kerja shif petang masa tu. terus tak boleh tido dah. rasa sayu teramat sangat. abis tu perdana menteri yang meninggal. kjee pulak pernah banyak kali cover majlis yang dihadiri oleh Tun Razak.

masa kjee terpinga2, kak ina ajak kjee gi bangunan parlimen. dia kata jenazah akan dibawa ke sana. kjee pun terus loncat dan berlari ke bilik air.

kjee tak ingat macam mana kami ke sana. masa tu kjee mana ada kereta. naik teksi kot dari jalan tempinis tiga bersama kak ina yang amik emergency leave. sampai kat parlimen, orang dah mula ramai. kami kena jalan kaki jauh jugak sampai ke bangunan.

keadaan kat parlimen masa tu sesak tapi belum kecuh. tak lama lepas tu, orang mula lari bertempiaran kerana kereta jenazah dan sampai. kjee dan kak ina berhimpit2 mencari tempat yang sesuai untuk menjadi saksi kepada upacara yang bakal berlaku.

kjee nampak keluarga allahyarham iaitu balunya Toh Puan Raha, anak2 beliau seperti najib, johari, nizam, nazir. eh ada sorang lagi kan? alamak lupa nama. oh baru ingat...nazim. semua yang berada di sekitar bahagian depan parlimen, menitiskan airmata. kjee menitiskan airmata melihat keluarga allahyarham berdiri tegak tanpa mempamerkan sebarang emosi. hanya allah swt yang tahu kedukaan yang ditanggung mereka.

paling sedih melihat toh puan raha yang begitu tabah dan kuat menghadapi dugaan yang cukup mencabar. dia memeluk anak bongsunya erat. handsomenya dato najib masa tu. kalau tak silap kjee usia beliau dalam lingkungan 21 atau 22 tahun. masih belajar lagi kat england kalau tak silap.

orang mula kecuh. masing2 nak tengok jenazah dibawa masuk ke dalam bangunan. tolak menolak berlaku. kjee ditolak masuk ke dalam bangunan. terkial2 kjee cari kak ina yang entah hilang kat mana.

tiba tiba kjee dengar bunyi kuat sangat. bunyi tu dekat sangat dengan kjee. rupa2nya cermin kaca yang menjadi dinding di bahagian dalam bangunan parlimen pecah. kacanya berderai. kjee lintang pukang lari. tak ada jalan lagi nak keluar. dari jauh kjee hanya nampak beberapa orang yang luka.

masa itu kjee fikir macam mana nak keluar. kerja start kul dua ni. masa tu manalah ada handfon. kjee bergegas masuk mencari telefon awam. mujurlah kjee dah biasa selok belok dalam parlimen sebab masa keje RTM dulu, seringkali ditugaskan membuat liputan persidangan.

kjee call opis mintak cakap dengan editor. kjee minta cuti sebab tak ada cara nak balik untuk kerja. editor kjee tak nak bagi cuti. dia suruh kjee jalankan tugasan di parlimen walaupun wartawan lain ada membuat liputan. selamat nyawa kjee. editor suruh hantar cerita melalui telefon.

itulah antara insiden yang tak dapat kjee lupakan ketika menjadi wartawan dulu. dinding cermin yang besar tu roboh dan pecah akibat orang bertolak2 di bahagian luar. kalaulah ketika tu kjee berdiri di sisi cermin tu, korang taklah baca entry kjee hari ni. hehehe.

kjee juga adalah sikit sebanyak pengalaman dengan keluarga allahyarham tun abdul razak. kak jee buat liputan di majlis perkahwinan pertama dato najib. kjee pun pernah interview adik beliau, johari, sorang peguam untuk ruangan jejaka bulan ini di majalah jelita. manakala adik beliau nizam, pernah buat practical training di nst. nizam cukup baik dengan kami dan sering mengajak kami (wartawan nst) ke rumahnya di jalan eaton untuk makan2. beliau tinggal  di situ bersama bondanya.

kjee cukup kagum melihat toh puan raha. seorang wanita yang cukup tinggi budi pekerti. dua lelaki penting dalam hidupnya menjadi perdana menteri. adakah wanita lain yang lebih bertuah daripadanya?

dua tahun lepas ketika nadia konvo untuk diplomanya, kjee nampak toh puan raha. masih jelita walaupun sudah berusia. kecik sangat dunia ni apabila nadia menjadi pelajar di UniRazak. toh puah raha adalah canselor UniRazak.

7 comments:

Eizam Merican said...

Nasib baik kak gee tak der apa2 kan..yerlah, kaca lah..kalau kena serpihan pun boleh luka, ini kan secara terus..alhamdulillah, nasib baik kak gee.apa apa pun zam suka masa part yang kak gee call nak mintak cuti, last last kena buat liputan melalui telefon plak...untung gitew..selamat gitew..curlazzzzz....siapa kah wanita bertuah disisi Najib sekarang ni? cuba jawab...

Kjee said...

why ask the question? make me saspen loh.

Anonymous said...

tuh la..nasib kak jee xberdiri kat cermin tu..kalau x,xboleh sy nak
komen hari ni..hehe


siti murni

sharifah rosidah said...

Jee Tun Raha dan Tun Suhaila pun orang Wadi Hana anak Dato Hj.Noh Beirut(gelaran dikampong)Mak aku sekelas dgn adik Tun Rahah lupa nama adik dia tu. Dulu kan Wadi Hana tempat tinggal pengasas dan Tokoh2 UMNO. Dato Hj.Noh beirut berkawan dgn moyang aku(Tuan Bujang). Tapi tak pasti Najib dengan Hishamuddin masih ingat Wadi Hana lagi.aku suka baca cerita2 kau ni sbb memang cerita betul bukan direka2. Keluarkan banyak lagi cerita yang menarik.

Kjee said...

thnx shidah. kau ingat aku buat skrip ker? tak kuasa nak reka2 lah. kau tunggu cerita hantu malam ni. real punya!!! tempat tu masih banyak hantu berkeliaran. sapa ada beran, ikut aku!!!

TENGKU KHALIDAH-KUALONG said...

Kaak Jee, dapat rasakan emosi dalam cerita ini. Suka baca blog ni.Cemburu sebab KakJee masih sempat menulis dan berkongsi semua pengalaman dengan orang lain di alam maya ini. Sayang Kak Jee lah macam ni....muahhhhh.

Anonymous said...

perginya tun pada tahun 1976...pandai kjee pancing emosi pembaca... norasmah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...