Tuesday, January 25, 2011

1. Hi...Kjee ni.




inilah Dapur Kjee
Assalamualaikum. Kjee dah bergerak ke alam baru dalam hidup ini. Alam blogging... dunia dari Dapur Kak Jee. Mulanya Kjee nak bubuhlah nama lain sebab Dapur bermakna semua yang berkaitan hal ehwal dapur dan memasak. Tapi hubby  (Kjee kenalkan dia...ramai dah kenal dia sebagai Unclepali...tapi dia masih muda belia kahkahkah) kata, ala bolehlah menceceh atau merapu kat dapur kan? Biasalah orang pompuan.

Kjee suka nama Dapur Kjee ni sebab dulu kjee jalankan perniagaan d Foodcourt Anjung Melawati, Taman Melawati, Kjee guna nama itu. Maka ramailah dah tahu Dapur Kjee. Termasuk2 budak2 Sekolah di Taman Melawati yang panggil Kjee, Aunty Kjee. hehehe rindu anak2 tu. Dah setahun Kjee berhenti meniaga.
Okay a bit about me. Nama Kjee, Fauziah Abd Samad. Umur...biarlah rahsia. Dah tua tapi hati masih muda. Punya anak bernama Farah-Nadia. Suami dah perkenalkan tadi kan?

Dulu Kjee pernah bertugas sebagai wartawan di akhbar NST dan Berita Harian. lepas tu beralih ke Karangkraf menulis untuk Bacaria. Disambar pulak sebagai  PR & Marketing Manager Pengedar Utama, sebuah syarikat filem. Lepas tu Kjee mula berjinak-jinak dengan bahagian produksi drama dengan menjadi Pengurus Produksi. Nama ajer gah..tapi sebenarnya Pengurus Produksi ni kuli jer. Berlakon memang dah jadi sebahagian daripada hidup Kjee. Masa kerja jadi wartawan pun dah jadi pelakon.

Sekarang? Oh sekarang Kjee tak berapa sihat. Nak kata OKU taklah OKU sangat tapi ada orang kata Kjee memang OKU...Orang Kuat Usaha. Kjee aktif menulis skrip drama tv. Dah beralih sikit2 buat skrip filem. Kebanyakan skrip Kjee, berkisar kisah komidi. Hidup Kjee penuh dengan lawak dan keceriaan. Jadi, senanglah nak buat skrip komidi. Korang jangan suruh Kjee ajar korang menulis skrip sebab itu bukan bidang Kjee. Nak belajar pergi ke Finas. Kjee sendiri tak belajar so tak reti nak ajar.

Selain menulis skrip, Kjee ni suka sangat memasak. Taklah pandai mana tapi pandai kelentong, maka jadiklah masakan itu sedap. Kita yang buat dia ka? So suka hatilah kita nak bubuh apa. Apa jer ada depan mata, campak jer. Tak payah susah2 keluar pergi redah hutan dan laut mencari bahan.

Kjee sangat aktif di Face Book atas nama Fauziah Abd Samad. Kalau nak join, jom ramai2 tapi Kjee kenakan syarat. Mesti guna profil pic sendiri, bukan gambar anak, gambar kereta mewah, kucing, bunga dan sewaktu dengannya. Kjee suruh bubuh profil pic sendiri sebab nak kenal dengan muka anda. Buruk ke cantik ker, ade aku kisah. Aku pun buruk gak.

Oklahlah ini entri pertama Kjee. Kalau korang suka, tunggulah entri yang bakal menyusul. Kalau tak suka, ade aku kesah? kahkahkah.

21 comments:

mohd aizam said...

Wow! Kak gee, zam suka lah dengan intro kak gee. I love your intro line and then the middle contents of the story. Zam tak berkesempatan nak pergi ke restoran/stall kak gee. Masa tu tak kenal kak gee lagi. Tapi tak apa, one day kak gee buat open house ok..mungkin raya nanti..insya allah...zam akan tunggu. Anyway and overall, zam suka the words that you used...nice..looking forward to hear more issues, comments and more recipe from you kak gee. Plus with some pictures

Kjee said...

thnx zam. u banyak bagi kjee moral support. really appreciate.

MamaFaMi said...

Warm welcome Kjee to the world of Blogging.
Psst Kjee... kita join Kjee kat FB tapi kita dah langgar syarat Kjee... kira halallah ek. Kita kena boh gambar si baju pink tu je sebab kalau kita boh muka kita yang comel ni, habislah lesen blog kita kena bungkus! Hehehe...

Kjee said...

hahaha no hal mamaFaMi. page kita...suka hati kitalah nak pilih kasih kan. just stay as it is.
camner blog kjee. kjee tak nak lawan ngan u all bubuh resipi. tak terfollow nanti. writing is my cup of tea, so i do what i gud at kan?

يانا واني said...

cantik la header kjee.. suka sangat ngan cerita n resepi kjee dlm fb. Alaa kjee sya pun terpaksa langgar syarat kjee, sayang sangat ngan ana muslimah nie... bole la kjee bole la....

Salim Haji Saifuddin said...

Cantik dan simple... suka warna bckgrnd tu... lembut... Inshlah mungkin singgah selalu kalau ada masa nnti. U tk cre & All De Best kak!

Mat Gebu said...

Salam kak jee...haha..nasib baik akak terima "mangkuk tingkat biru" saya tu..nak tergelak ni baca n3 pertama akak..apa2 pun happy blogging, selamat datang ke dunia blog...

Missy Satts~ said...

Wow, I love this layout Aunty, it symbolizes you! And I always knew that I will enjoy ur writings if you start to blog one day, and that one day have arrived! Yippie!! =) Happy Blogging Aunty!

Anonymous said...

As-Salam..Happy Blogging Kak..
Cuma sbg pandangan pertama : Gambar atas Cantik,cuma back ground Kuning ni agak Bright..dan ada yg x faham cara nk post Comment (saya kot) ..
TQ Kak..Welcome to the world of Blogging..

mohd aizam said...

No problem kak gee. Zam dah anggap kak gee macam my own sister tau. Looking forward for more....anyway all the best for your creativities and stories to share with us. I will always support you in whatever you do/did kak gee....anyway, I like your new background color and the word BISMILLAH...

rahmahnasri said...

Salam k.Gee Nice blog! mcm biografi lah! nanti citerlah tentang tokoh-tokoh negara yg k.gee jumpa seronok baca tau! esp. pengalaman bersama mereka!

Kjee said...

rahmahnasri: sedih sangat sebab banyak yang kjee lupa. maklumlah di usia mcm ni. insya allah kjee cuba ingat. ada satu insiden yg takkan kjee lupa iaitu ketika ke parlimen untuk menyaksikan ketibaan jenazah allahyahrham tun razak. nantilah kjee tulis esok....

jannatunnaim said...

as salam kjee,tersenyum sorang2 baca blog kjee,best.x sabar nak baca cite2 yg lain.jgn lupa letak resepi masakan kjee ye.

rose said...

salam kjee, well done n happy blogging.....rose baha

lizaharun said...

telepas pndang lak entri petama kakjee..suke lah ayat kakjee yg ni " Kita yang buat dia kan. So suka hatilah kita nak bubuh apa" heheheheh.btol2..

anis said...

salam perkenalan kjee..

syuhada said...

hi kjee..

Anonymous said...

kjee mmg best!

Anonymous said...

best bc blog kjee ni,tak jemu..saljb

HappyIrfa said...

salam kak Jee..
EH?TAK PERASAN DAH BACA UNDUR2 SAYA DAH SAMPAI KE ENTRI AWAL..

akmall said...

haaa... hamek.. dah femes sekarang tengok balik kan first entry.. sama lah dengan saya kak.. saya pun menulis sekarang pun berdasarkan impian, mimpi dan pengalaman hidup. Bila baca bali dolu-doli punya entry, nak menangis pun ada.. dengan berfikiran *kenapa lah tulisan aku ni hamprak sangat!! hahaha. tetapi itu semua sebagai element pematang diri kita kan, macam saya ni ha.. menulis sekadar ingin berkongsi, tidak lebih dari itu, jikalau terbuat orang lain memikir terlalu berat, sorry lah.. tpi nak buat macamne.. kena gak tulis. Blogging ni ibarat minum kopi, memula tak kisah sangat.. lelama. kisah tak kisah,. ada isi or takde isi, kena gak tulis.. hahaha. kan? *sorry lah terpanjang lak komen. takpe kan?

Assalamualaikum WBT

visit my blog akmallrazlan.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...