Friday, January 13, 2012

CATAT 2,000,000 PV PADA JAM 12 TENGAH HARI 12 JANUARI 2012




Teringin sangat nak himpun dua juta Page Views pada ulangtahun pertama Dunia Dari Dapur Kjee, 25 Januari ini. Terkejut jugak siang tadi apabila Kjee nak keluar hantar Nadia gi Uni, hanya tingga 800 PV nak lengkap jadi 2-juta!






So, Kjee tak jadi keluar. Nak tunggu sampai angka itu sebab nak screen capture buat kenangan. Tidak pernah kusangka akan mencapai angka itu sebelum setahun usianya blog ini. Rezeki Allah swt. Kjee sedar betapa sukarnya untuk menarik orang intai blog kita.

Nampaknya kemasukkan tahun 2012 sudah mula menampakkan segala-gala yang indah. Tak sampai dua minggu lagi, Insya Allah kami akan berpindah kepada rumah baru kami. Sebuah cottage yang comel di Sungai Buloh. Sesuatu yang tidak pernah Kjee impikan selama ini.

Alhamdullilah, usaha kami dalam 4Life sudah menampakkan pulangan yang berbaloi. Syukur alhamdullilah. Kalau nawaitu kita ikhlas membantu orang yang sakit, Allah swt akan membalas dengan rezeki yang tidak kita duga. 

Quote and unquote my mentor Dr S Tamilselvan...HELP THE SICK, MONEY WILL FOLLOW.

Nantilah di ulangtahun Dunia Dari Dapur Kjee pada 25 Januari nanti, Kjee akan ceritakan betapa sukarnya Unclepali hendak memujuk Kjee untuk membuat blog. Dia telah cuba kira2 lima tahun lalu dengan membeli domain name fauziahsamad.com. Tetapi Kjee tak layan hingga tamat tempohnya.

Terima kasih Unclepali kerana tidak putus2 memujuk Kjee dan akhirnya, tak sampai dua minggu lagi, sudah setahun Kjee merapu di blog ini. Tunggu jer lah apa garapan Kjee sempena ulangtahun blog ini nanti yer.

Kepada semua yang rajin singgah di sini, rajin beri komen, rajin mengkritik (tetapi Kjee tak siarkan sebab ada yang carut marut), rajin beri tips, beri pendapat dan sebagainya. Tanpa korang siapalah aku!


18 comments:

MPP said...

Tahniah Kjee.. Gua sekadar berkongsi kegembiraan..

Kjee said...

Terima kasih MPP. Gua minat blog lu...macam2 ada. hehehe

Mieza said...

Assalamualaikum K.Jee, Alhamdullilah dan tahniah, keep on writing!

Mat Gebu said...

Tahniah kak jee...untung kak jee ada uncle pali. Hmm, saya bila berblog dulu, saya anggap ia satu library utk menghimpun resipi yang pernah saya cuba. dan tak sangka pulak lepas beberapa tahun ia menjalinkan tali persahabatan diluar jangkaan, akak tau lah saya ni kan ibarat kata orang "katak bawah tempurung" (tapi ada lobang punya tempurung lah, kalau tak lama dah aku mati lemas!!). Apa2 pun terima kasih kak jee..kerana memandang kami blogger2 ini dengan rasa hormat....tahniah sekali lagi ok.

Mohamad Salleh Othman said...

Dh dok Sg. Buloh nanti, dekat la kita ye K Jee... :)

Oh Oeya said...

As salam Kak Jee..

Tahniah ya :-)

ibh said...

Tahniah Kak Jee..permulaan tahun yg baik tu. (^_^)

Anonymous said...

As salam KJ. TAHNIAH diatas pencapaian yang memberansangkan. Memang betul. TANPA KAMI SIAPA KAKJEE !! he he .. saya cthnya, asal online je wajib jengah ke sini. Sehari ntah berapa kali sehinggakan suami pun dah sound .. ‘ berpada-padalah katanya’ sebab saya selalu rujuk ‘Kak Jee kata .. “ dalam perbualan saya. Sebenarnya factor SIAPA KAK JEE , bahan yang Kak Jee coretkan dan dan gaya penulisan merupakan pemikat kepada pembaca. Ibarat masak kari .. semua rempah ratus asam garam cukup .. so pasti SEDAP dan menjadi sebutan ramai. Sekaligus .. menarik ramai orang untuk ke sini. So keep it up .. sesibuk mana pun, at least an entry per day jadikan ‘ wajib’ … plzzzzzz .. he he. Kalau tak da langsung .. kami macam ‘ buka tudung saji atas meja, kosong plak ‘ .. aduhh // sha

Sari Yusa Ibrahim said...

Tahniah, Kak Jee. Sangat suka membaca celoteh wartawan berpengalaman mcm Kak Jee. Urmmmm... kita menyumbang jugak ni, Kak Jee. Nak kiss mwah mwah satu!!! ;))))

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Tahniah KJee,, admire dgn tulisan2 Kjee, K1 akn terus berkunjung ke sini..

Phat said...

tahniah kak jee...

Yatie said...

Tahniah KJee...teruskan berkarya...

dian said...

tahniah kak jee

Dunia familyku said...

tahniah dari saya kakjee...

uchee said...

tahniah kak jee. kebetulan ulangtahun blog kak jee ni sama dengan bezday saya. teruskan bercerita...best... best...best...

ema_amy said...

Congratulation kak je...

Saya kenal kak je dah lama sejak dari kecil zaman sekolah rendah lagi...now dah kerja baru dpt comment dlm blog lagi tu... cayalah dunia maya nie..

Muwwaaahhhh...

Anonymous said...

tahniah tahniah....alhamdulillah.
blog pertama yg saya follow dan harap kjee terus menerus menulis tanpa jemu.keep it up
sya_omar

Irfa said...

tahniah kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...