Friday, January 13, 2012

ALAMAK PENGSAN!!! HATTAN CERAI ISTERI SETELAH 2 BULAN NIKAH!!!

Hattan lepas nikah dua bulan lalu - google punya album



Kjee susah nak percaya. Terjerit tadi baca kat mStar Online. Eh betul ke ni. Terus baca. Bini yang lama dah lama cerai. Takkan bini baru kot.



Memang sah dah. mereka bercerai talak satu cara baik. Adoiii...biso bonar2 brito ni!!!

Korang tak percaya ker? Okay korang baca sendiri. Ini mStar punya story bukan Kjee. Harap2 bukan berita fitnah!!



PETALING JAYA: Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.










6 comments:

pinky said...

macam tak percaya baca td...

zanafahmi said...

fuhhh...lap peloh kat dahi, biso bona si Hattan ni?

Oh Oeya said...

Semoga kedua-dua mereka beroleh kebahagiaan selepas ini.. Jodoh tak panjang..
Adakalanya, berpisah lebih baik..

Kjee said...

Kjee setuju. Pasti ada sesuatu yang cukup berat berlaku hingga menyebabkan rumahtangga yang baru dibina itu tidak dapat diselamat. Tetapi masih ada ruang dna masa untuk rujuk. Insya Allah.

Umi Nuryasmala..97 said...

Semuanya ketentuan Allah SWT....kita doakan yang terbaik buat Hattan dan isterinya...

kakyong said...

aduuihh..

tp elok lah depa ebrcerai cara baik..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...