Thursday, January 5, 2012

JJCM ~ HIDANGAN THAI UTARA DI PLATINUM TERRASSE, JALAN GENTING KELANG SETAPAK



Kat Kolumpo ni, restoran ke gerai ker yang ala Thai memang berlambak. Kekadang maaf cakap, sampai tekak Kjee dah tak lalu nak bau masakan mereka. Maka menilaulah cari tempat2 makan yang menyediakan makanan lain daripada makanan Thai. Empat lima bulan kemudian, apabila tekak dah rasa okay barulah pergi balik cari restoren atau gerai yang jual makanan ala Thai.

Kailan Oyster Sauce
Semalam, adik2 Kjee - Eja Ibrahim dan CP aka Ash Riel, call ajak Kjee cuba makanan di Restoran Platinum Terrasse yang baru dua minggu di buka di Jalan Genting Kelang, bersebelahan dengan Hospital Columbia. Bangunan tu baru sangat siap dan menghidangkan makanan Thai Utara.

Malam tadi, lepas Isyak, kami tiga beranak ke sana. Terkejut jugak tengok deretan kedai2 yang mewah2. Terfikir dalam hati, Platinum Terrasse ni mesti menghidangkan makanan Thai ala fine dining. Memang Kjee tak silap. Ruang dalam restoran luas dan selesa. Satu setengah tingkat dan boleh muat 250 orang. Memang sesuai sangat untuk menjamu selera bersama keluarga atau untuk private function pejabat atau keluarga.
Chicken Cashewnuts

Ketibaan kami disambut Eja, CP dan Encik Zaidi, pengurus Platinum Terrasse. Mata Kjee liar memandang sekeliling restoran yang warnanya sesuai dengan citarasa Kjee. 

Sebaik sahaja dukuk, Encik Zaidi cadangkan Kjee rasa Terrasse Mint Splash. Nadia pilih yang sama sementara  Unclepali cuba Freezy Bandung yang kata Unclepali saling tak tumpah macam sirap bandung Johor. Kami juga disuruh mencuba segelas Strawberry Splash. Cantik gelasnya, sedap airnya.

Sizzling Beef
Kemudian, satu demi satu makanan menghiasi meja. Mula2 kami dihidangkan dengan dua jenis tomyam. Satu seafood tomyam dan satu lagi tomyam jernih yang rasanya sangat sedap...ala2 singgang. Ini harus dicuba

Setelah mencuba dua jenis tomyam yang sedap, kami dihidangkan pula nasi putih bersama lauk pauk seperti Chicken Cashewnuts, Kailan Dan Cendawan dalam oyster sauce, Sizzling Beef, Siakap Tiga Rasa, Kerabu Mangga, Kwayteow Ladna dan Nasi Goreng Thai.

Siakap 3 Rasa
Semua makanan yang dihidangkan memang signature makanan Thai. Kjee suka sangat Siakap Tiga Rasa yang pada Kjee lain daripada yang pernah Kjee makan di restoran Thai lain. Begitu jugak dengan Kerabu Mangga yang cukup rasa. Chicken Cashewnuts ala2 Szechuan chicken tetapi diberikan sentuhan Thai. 

Selalunya, kalau kita order Kailan Goreng, yang menjadi pilihan ialah Kailan Ikan masin. Tetapi Platinum Terrasse mempunyai resipi kailan gorengnya yang tersendiri. Sizzling Beef yang dihidangkan juga sedap cuma dagingnya agak liat sedikit. 

Kerabu Mangga 
Apabila Kway Teow Ladna dan Nasi Goreng Thai sampai, kami dah kekenyangan. Kway Teow Ladna yang Kjee jamah, mewah dengan seafood. Kuahnya pekat berbanding dengan kway teow ladna restoran lain. Nasi Goreng Thai nya ada rasa ikan masin tetapi Encik Zaidi kata, chefnya guna belacan. Itulah rahsia kelainannya.

Akhir sekali, dessert kami ialah goreng pisang special Platinum Terrasse iaitu gorang pisang dicurah keju dan juga sirap gula merah. Hmmm sedap dan unik sekali.

Chef Azran yang menjadi tunggak restoran ini, adalah bekas chef di restoran Barn Thai yang cukup popular di Pulau Langkawi. Walaupun restoran ini boleh dikategorikan sebagai restoran fine dining, tetapi harganya amat berpatutan. Setiap hidangannya bermula dari RM15.

Kalau ingin menjamu selera di Platinum Terrasse, alamatnya Lot G46, PV 128, Jalan Genting Kelang, Setapak. 03-41317128. Untuk tempahan boleh call Pengurusnya, Encik Zaidi Derahman. Ia dibuka setiap ahri dari jam 11 tengah hari hingga 12 malam.

Komen Kjee...sedap dan tak malu kalau bawak sedara mara dan sahabat handai menjamu di sini.


Kwayteow Ladna 






Nasi Goreng Thai




Goreng Pisang Keju



Encik Zaidi (tiga dari kiri) dan Chef Azran (kanan) bersama staff PT.



Ruang dalam Platinum Terrasse




5 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Kalau kat JB, mlm ni jugak sy pergi :-(

~ataicha~ said...

Lapar plak bila tengok pic makanan yang sedap2 nie.. sekarang ni ada anak kecik so susah sket nak makan2 di luar... kalau berkesempatan insyaallah ataicha akan singgah ke sini..

ummiarissa said...

harga mahal kalau rasa sedap memang berbaloi...tengok memang sedap....

Anonymous said...

Nk try, nk try!! Dkat sgt dh nie :)

Alicia said...

nak try laa...bawah opis je ni...hehehe.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...