Thursday, March 8, 2012

ADA BENDE DALAM BILIK KJEE?

ehsan google


Orang tua2 kata, lagi kita takut, lagi dia berani dengan kita. Isyhh mana boleh tak takut. Dengar jer nama dia kita dah serem.




Pepagi buta Kjee dah masukkan entry ni. Habis tu nak masukkan malam karang ker? Malam ni kan malam Jumaat. Lagi serem.

Actually, dua hari lepas (hari Isnin), Kjee ajak Unclepali pergi beli ikan kat Kampung Baru Sungai Buloh. Ikan tu didatangkan fresh dari Hutan Melintang, Perak. Masa kami pergi tu dalam pukul 6 petang.

Masa Unclepali drive sampai jalan hendak menghala ke Hospital Sungai Buloh, Kjee baru terperasan ada kubur India di sebelah kanan. Mulut Kjee ni mana boleh diam. Kjee terkejut sebab tak sangka kat kawasan perkampungan Melayu ada kubur India.

"Patutlah ada kedai keranda India kat kawasan ini abang. Ada kubur India," kata Kjee. Pastu Unclepali kata ingat tak Mazidul Akmal kata, kawasan paling 'keras' ialah kubur India berbanding dengan kubur2 lain.

So Kjee diam jer lah. Penakut kan!

Malam tu, lebih kurang jam 1 pagi, Kjee tengah nyenyak tidur. Unclepali masih kat depan tengok TV sambil pack barang2 untuk dipos esoknya. Kjee tiba2 tersedar. Kjee jerit panggil Unclepali. Kjee mimpi rumah kami dimasuk orang. Unclepali tengah lawan dengan orang yang tidak dikenali. Seorang sedang tekup muka Kjee dengan bantal!

Unclepali berlari masuk ke dalam bilik. Dia suruh Kjee baca ayat Kursi. Kemudian dia keluar bilik. Tak sampai 10 minit, Kjee tersentak balik. Mimpi yang sikit lebih kurang!

Kjee dah takut. Suruh Unclepali bawak masuk lounge chair (ala2 kerusi malas) ke dalam bilik. Kjee takut nak tidur atas kati. Alhamdullilah, nyenyak sampai pagi. Unclepali terus tidur sama Snowy dan Ginger atas katil.

Selasa malam, Unclepali sibuk spray satu bilik dengan air zam zam yang telah dicampur dengan Minyak Kasturi Syifa pemberian Mazidul Akmal dua minggu lalu. Selain itu dispray sedikit air di telapak tangannya dan sapu di muka Kjee. Kjee pelik. Tak pernah Unclepali buat macam itu. Sambil dia sapu ke muka Kjee, ntah apa dia jampi.

Alhamdullilah malam tu Kjee nyenyak tidur.

Petang semalam baru Unclepali bukak citer. Dia kata lepas Kjee tidur di kerusi malas, dia tidur dikatil tempat biasa Kjee tidur. Kemudian dia terlelap. Tiba2 dia terjaga ada sesuatu sentap kaki dia. Dia bengang dan kata dalam hati. "Kalau kau kacau aku lagi, siap kau!"

Sebab itulah dia spray satu bilik sebelum tidur Selasa tu. Dia baru percaya cerita Kjee bahawa Kjee diganggu dalam tidur.

Malam tadi Kjee suruh dia ulang proses spray minyak Kasturi Syifa. Tapi dia kata tak perlu. Sekali cukuplah. Tapi malam tadi, Kjee kena lagi. Unclepali yang sedang tengok TV kat luar terus masuk blik dan spray lagi air zam zam bersama minyak Kasturi Syifa.

Nyenyak Kjee tidur lepas tu.

Malam ni malam Jumaat. Kalau Unclepali malas nak spray, Kjee akan buat sendiri. Terima kasih Mazidul kerana beri minyak ni kepada Kjee. 

Kalau korang minat nak beli especially yang ada anak2 kecik yang suka menangis waktu malam, bolehlah dapatkan dari Kjee. Sms 0126780501. 

Hati2. Minyak ini jangan dilangkah. Dengan izin Allah swt, ia boleh jadi pelindung diri, rumah, pejabat, tempat meniaga, memberi ketenangan jiwa, menangani masalah anak2, masalah rumahtangga dan sebagainya. Telah dibaca ayat2 suci.

Nanti lain entry Kjee tulis pasal minyak Kasturi Syifa ini. Kalau nak baca dulu, klik kat blog Mazidul Akmal.


20 comments:

  1. Seramnya...nie mesti mulut kak jee tegur kubur india tue...Takutlah...

    ReplyDelete
  2. Rasa Kjee rm35 sebotol. Boleh call Puan Lynn

    ReplyDelete
  3. terus meremang bulu roma dengan tiba-tiba...

    ReplyDelete
  4. salam kak jee ... ketakutan dtg dari apa yg kita fikirkan .. jadinya fikirkan lah perkara yg baik2 ...

    ReplyDelete
  5. memang bahaya kalau lalu dekat kuburan,lagi2 klu dah malam..adoii menyeramkan..mesti ada benda ikut balek rumah time kak Jee balik bab ada bawak ikan..kata org tua2..benda tu suka klu kita ada bawak daging or ayam...mesti dia mengikut je..

    ReplyDelete
  6. saya selalu gak lalu kat sana... perasan akan kewujudan kubur tu but xpenah lak tegur... sib bek... saya ni dah la penakut.... hubby lak wiken jer ada kat umah....huhu

    ReplyDelete
  7. aduh ngeri2 dgr cite k Jee nih...
    ingt nk cari gk lah minyak kasturi syifa tuh...
    dana nyer umah tu selalu beno ada dgr org kemas2 perabot mlm2...main guli lah... aduh...

    ReplyDelete
  8. Aslkm Kak Jee.. rasa berminat nak beli jugak tp org cakap org yg handlekan brg kat pej.pos tu entah2 terlangkah brg2 yg di hantar ke kita camne ya.... sbb pernah sekali nak beli dulu tp sedara kata elok pergi beli kat kedai je drp pos ;(

    ReplyDelete
  9. kak jee...betol la artis FS dan duda tu dah nikah dulu....sebab tu majlis nk wat di bali....betul kata kak jee....hishh..hish..hish...suka beno menipu depa ni....

    ReplyDelete
  10. bagus minyak ni (dgn izin Allah)...sy pun dah ada simpan 1..dulu wife selalu ada kesan lebam2 kat badan...sekarang alhamdulillah...dah takde..
    kalau yang meniaga kat gerai2 tepi jalan, boleh la spray2 sikit kat tapak niaga tu...insyaallah

    ReplyDelete
  11. Dulu saya pernah pegi kuil india, kerana perkahwinan kawan. Malam tu saya pun dapat mimpi seram di mana ada sesuatu yang mengekori saya pulang dari kuil. Panjang mimpi tu tapi saya tak berani nak cerita. Dahsyat betul mimpi tu kak jee. Tak berani saya pegi lagi tempat macam tu.

    Nora

    ReplyDelete
  12. kak jee..
    kalau rasa lain macam jer..baca surah Albaqarah sampai habis atau pasang kan Quran Explorer surah tu...Iblis syaitan tak masuk rumah yang ada bacaan surah tu selama 3 hari...saya dah buat..alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  13. adalah lebih baik kalau kita sendiri mengamalkan ayat-ayat suci. sebaik-baiknya ketika masuk ke rumah baru, baca dahulu surah al-baqarah di ikuti 11 kali bacaan ayatul kursi selepas solat. insya Allah, yakin dan tawakkal..

    ReplyDelete
  14. Pandaiii Kjee promosi minyak yee.. Sungguh luarbiasa.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  15. Teh Transfer Faktor Kak Jee hadiahkan, saya minum setiap hari. Minyak saya hadiahkan, dia simpan rupanya.

    Cis!

    Nasib baik, dia pangkat kakak. Kalau tidak dah lama kena marah.

    Ingatkan Pali kacau ... hehehehehehehe!

    InsyaAllah, minyak Kasturi Syifa' diaurakan dengan lebih 30 kali dikhatamkan dengan bacaan Al-Quran oleh al hafiz, sahabat saya.

    Dengan izin Allah, dijauhkan dari gangguan jin.

    Nampaknya Pali kena tidur awal, tolong temankan Kak Jee di atas katil.

    ReplyDelete
  16. saya pernah tersesat dlm kubur india dihujung jln tu bbrp thn sudah lps beli pokok2 bunga area situ... psl nk u-turn punya psl...sekali tgk kubur...punyerla berdebar2 dahla mcm kubur zmn dulu2... tp nasib baik waktu pagi...kalau tidak mau kene heart attack kat situ jugak...

    ttg minyak ni mmg saya nk beli mungkin berguna juga utk kami seisi keluarga...

    ReplyDelete
  17. Salam kak jee..sy pon dah beli minyak ni..beli dr puan lyn jugak..untuk anak sy..dulu dia keras hati sgt..tapi skang Alhamdulillah ade nampak prubahan...

    ReplyDelete
  18. kak jee, tersenyum saya membaca comment en mazidul hehehehe

    ReplyDelete
  19. Kak Jee dan rakan2 ..
    masa nak tidur baca Bismillah 21 kali insyallah kita pun tenang ja tidur dan boleh menghindar gangguan ..
    tentang bunyi orang main guli mcm salah seorang yang tulis kat sini tu...dari apa yang saya tau itu menunjukkan kehadiran benda yang dipanggil hantu raya... dulu kat umah sebelah ada..dia cuba masuk bilik akak sebelah umah tu tapi benda tu tersekat di pintu bilik bila akak tu baca ayat kursi... sereemmmm... sekarang rumah sebelah saya tu kosong...ada sapa2 nak sewa?

    ReplyDelete