Friday, March 9, 2012

BEKFAS CREPES PAGI NI

buah tu hiasan jer. tertelan boleh gol! hehehe



Cicah dengan kari ikan berbaki semalam


White coffee campur susu kambing collagen pemberian Mazidul Akmal. Awesome


Hajat hati pagi ni nak buat prata celup telor, pan fry pastu makan dengan kari ikan yang buat semalam. Ada baki 1 ekor ikan bawal hitam tu. Bukak fridge tadi, Kjee frust sangat sebab hanya ada frozen capati.


Korang mesti tanya kenapa prata atau roti canai mesti kena celup telor dulu? Well tak cuba tak tahu. Sedap tahu. Kalau Unclepali beli roti canai dan tak habis, Kjee tak buang. Kalau sampai petang masih tak ada siapa yang sudi makan, Kjee tak kesah.

Maklumlah kalau roti canai dah sejuk, tak sedap kan? Hah korang ambil telor dalam sebiji dua. pecahkan, bubuh sikit garam dan pukul manja2. Pastu korang celupkan roti canai tu ke dalam telor tadi, siapkan kuali panas yang sudah dibubuh sikit marjerin, kemudian korang pan fry roti canai tu. Balik2kan hingga garing pastu makan. Sedap gua cakap lu.

Kalau nak potong kecik2 dulu roti canai kemudian baru celup dalam telor pun okay gak. Alaaa kita yang buat dia. Roti canai tu jadi lembut balik. Nak makan begitu saja atau nak cicah dengan kari ker, sambal ker, susu manis ker or even dengan kaya pun sodap.

So kerana tak ada prata frozen dalam fridge hari ni, Kjee buatlah crepes. Ewah crepes laa pulok. Crepes tu dalam bahasa Perancis. Dalam bahasa kita, lempeng bodoh. Hehehe. Tapi kalau kita kat buat crepes, ada kelas sikit bunyinya kannnn?

So tadi Kjee buatlah lempeng tepong bubuh telor dan air garam jer. Layannnnnnnnn.



Tepong, telor dan air garam


Masak guna non stick frying pan

7 comments:

  1. gambar atas crepes... gambar bawah lempeng... hehehe... tapi dua-dua kellllassssssss u!!

    ReplyDelete
  2. sedap pulak tengok lempeng Kjee buat...

    terliur lagi2 mkn dgn kari..phewww...

    ReplyDelete
  3. Kak Jee ni serba boleh. Apa-apa pun boleh ;)

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap, nak cuba la nanti roti canai celup telur tu :)

    ReplyDelete
  5. Kak Jee, yang roti canai telur tu saya biasa buat. Eh, silap.. Mak saya biasa buat. Saya biasa makan je. Hehehe. Mmg betul2 sedap. Cuma mak saya tak goreng guna marjerin, tapi guna minyak biasa je. Tu pun dah sedap dah.

    ReplyDelete
  6. Baru tahu teknik celup telur tu.. Nanti boleh try. Lempeng cicah ngan sardin pun sedap kan Kak Jee.

    ReplyDelete
  7. Anak-anak saya kalau buat lempeng ni cicah sambal ikan bilis or kari ,boleh habis 1/2kg tepung.nanti nak try roti canai tu ,macam menarik

    ReplyDelete