Tuesday, March 20, 2012

DAGING MASAK KICAP MANIS





Kjee dah ketandusan idea nak story apa kat blog ni sebab itulah sejak dua menjak ni asyik post masakan jer. Memang tak senang nak dapat idea. Kalau dapat idea best, nak menulis pun lancar dan happy jer.


Ada orang kata Kjee kan dulu wartawan, so menulis no hal. Well, masa jadi wartawan dulu 40% kerja Kjee berdasarkan kepada tugasan atau assignments. So senanglah sikit kan.

Hari ni Kjee bubuh entry daging masak kicap. Menu dua hari lepas. Ingatkan malaslah nak bubuh kat blog sebab senang jer nak masak. Tapi daripada tak ada, baik ada something kan?

Kjee guna daging batang pinang untuk resipi ini. Kalau korang tak ada, bolehlah rebus daging sampai lembut. Airnya jangan dibuang tetapi digunakan masa masak lauk ni.

Untuk daging masak kicap, Kjee guna:

250 gms daging batang pinang
2 labu bawang besar (dipotong bulat2)
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 sudu kecik lada hitam (tumbuk kasar kalau suka bubuhlah)
1 cawan kicap manis cap kipas udang
kayu manis dan 3 bunga lawang

Tumis bawang besar, bawang putih dan halis. Apabila layu, campakkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan daging dan biarkan daging kecut. Kalau daging direbus terlebih dulu, masukkan daging dan airnya sekali. Kemudian masukkan kicap dan perasa serta lada hitam. Oh ya kalau daging tak rebus, masukkan kicap dulu baru masukkan sedikit air. Terserah berapa banyak kuah yang diperlukan.

Perlahankan api dan biarkan kuahnya pekat sikit.

Arwah bonda selalu goreng kentang ala2 wedges dan masukkan ke dalam lauks ebelum dihidang. Kekadang Kjee masukkan kacang pis dalam tin. Sedap tapi my famili tak suka.

Lauk ini rasa manis dan disukai anak2. Tetapi kekadang untuk buat kelainan, sebelum Kjee tumis bawang, Kjee tumis dua sudu cili kisar sampai garing, baru masukkan bawang dan lain2 bahan. Rasanya lagi sedap. Tapi kali ni tak ada cili kisar.

Cara lain, kalau suka pedas, ketuk 6 atau 7 biji cili api dan masukkan masa dimasukkan kicap. Sedap jugak. Kalau nak gantikan dengan ayam pun boleh tapi Kjee goreng ayam tu separuh masak dulu. Hati lembu pun sedap masak kicap. Tetapi elok beli hati lembu yang fresh bukan beku.

Ala kita yang buat dia. Suka hatilah nak bubuh apa kan? Hehehe



 

15 comments:

NurMisnan said...

Burpp.. alhamdulillah.. kenyang tengok daging kicap kak jee.. hik3

cik wanie warniee said...

sedapnya tengok......

PemikirpolitikJerantut said...

bestnye..!!

Mat Gebu said...

Malas tau nak komen....buat2 tak nampak, dah ternampak pulak....hahhaha.....grrrr...Kak, ni kalau makan dengan ketupat pun ngam juga kan...

honey ej said...

kak jee, salam..hehe...masak kicap cara saya, tumis sesudu cili kisar..lepas tumis perencah tu..try buat, kaler cun, rasa berbeza..sdappp lagi

HUZAIFA said...

gara2 tengok en3 Kjee semalam pasal terung bakar, balik kerja terus beli terung tapi lom bkar lagi malam ni mesti buat cam menu kjee. nampak sedap sangat.

MamaFaMi said...

Mak kita kalau masak, dia masukkan kentang yang dislice bulat dan digoreng. Oh sedap tak terkata. Tapi anak-anak kita ni, kalau part kicap, reject la pulak... Jangan kita, semua tak reject! Hahaha

CitarasaKu said...

salam KakJee...sangatlah tergoda dengan masakan kakjee versi terung tu..di tambah pulak hidangan hari ini simple tapi sedap. Kakjee nanti saya nak buat lah resepi terung kakjee tu bila saya ke kedai nanti.

makcikkantin said...

hahah kak jee, memasak juga adalah satu tugasan, jadi beritanya tetap ada

anna said...

salam kak jee, cedapnye... daging beli kat pasar paya jaras ke???

Y O N G said...

meleleh ayaq liur ;-)

kakna said...

sedapnya..
di umah ni pun kena tambah kentang.kentang yg habis dulu.

Lizan said...

kak jee, macam sama lah macam yg saya masak tapi saya suka titiskan minyak bijan sikit.. sedappp.

watie86 said...

YUMMMYYY!!!sdpnyer..ni rase nak wut jer nih...hihih..letak suhun pun sdp gak kan..

beloGIsam said...

nak try masak resipi ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...