Sunday, March 18, 2012

MENGIDAM TART NENAS DI LUAR MUSIM PERAYAAN






Nothing like tarts buatan sendiri. Kalau beli mesti ada jer yang tak kena. Pastri tak rapuhlah. Dia orang tak guna butter premium lah, jem tak sedaplah



So, jawapan kepada segala sungutan tu...buat sendiri. Hehehe.

Itulah yang Kjee dan Nadia lakukan tadi. Actually nak menerai jugak oven yang Unclepali hadiah minggu lepas. So, adalah alasan nak buat tarts kan. Hehehe.

Hari ni kami buat tarts, langsung tak keluar modal kecuali api letrik. Semua bahan ada di rumah. Jem nenas yang dibeli di Bagus Baking Solutions, Raya lepas masih ada berbaki. Simpan dalam fridge, tahan lama.

Hari tu Kjee pergi kedai bakeri LMC kat Bandar Rahman Putra, Sg Buloh, Kjee nampak jugak jem nenas. Tapi tak berani beli sebab takut tak sedap. Serius ni. Bukan semua yang kita beli kat kedai2 jual bahan2 bakeri boleh dipercayai. So, kalau dah pernah try yang elok, kenapa nak tukar kan?

Tadi Nadia guna Anchor Butter, tepung gandum campur tepung jagung campur gula ising dan dua biji kuning telor. Bahan2 atau resipinya, klik sini.

Kalau korang nak buat jem nenas sendiri, cara Kjee buat dulu2 ialah sagat nenas, kemudian jerang nenas itu diatas api bersama sedikit kayu manis dan bunga lawang. Apabila sudah hampir kering baru masukkan gula. Kemudian masak lagi sampai pekat dan kering.

Tadi Kjee buat dua adunan dapatlah kira-kira 84 biji acuan bulat. Kalau acuan lonjong, satu adunan dapat kira-kira 70 biji sebab ia kecik sikit. Jangan lupa dicepit pastrinya. Kalau tak cepit nampak tak cantik. Bak kata arwah bonda, orang malas jer yang tak gemar buat kerja cepit mencepit ini.



8 comments:

mala said...

mmg tak rugi cuba resepi tart kakjee ni :-)

kakyun said...

tq share//

Anonymous said...

kak jee, brand apa oven itu yg hubby u hadiahkan? nampak cantik color tart after bakar. i dah lama ingat mau beli oven.

amoi.

NaDia CoMaNeCi said...

aduhai kak jee...kecur tgk tat nenas ni, nadia tgh peknen jadi ngidam lak kak jee..kena buat ni..hihi

paridah said...

sedapnya tart jee..rugi xdpt rasa...

Kjee said...

Kak Pidah mai lah KL. Nanti suruh anak sedara awak si nadia buat. hehehe

Cik Ayu said...

sedapnye kak jee..post skit utk mak buyung kat sini. da lama ngidam..

Scarlett said...

Kak Jee.. Jem nenas kt lmc bkit rhman putra tu sedap.. Saya mmg beli kt lmc je sbb umah dkt2 ctu.. Bwk tat nenas ke ofis rmai amoi2 suka.. Siap tempah utk CNY ni..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...