Monday, March 26, 2012

NADIA'S FIRST HOME MADE BEEF PEPPERONI, SALAMI, MUSHROOM PIZZA











Sabtu lepas badan Kjee rasa tak selesa. Lutut Kjee dah dua tiga hari asyik 'tergelincir' dan sakit apabila berjalan. Ramai kata Kjee ni tak henti2 berjalan sebab tu sakit. Mungkin kot. Tapi kalau tak jalan, kerja pun tak geraklah kan?

Masa jumpa Marina hari tu dia kata Kjee harus ke Jaya Grocers di Damansara sebab barang2 kat situ ada banyak pilihan. Dan harganya agak murah berbanding dengan supermart lain. Oklay. Lepas breakfast, kami tiga beranak ke sana. Walaupun Marina kata tempat tu secoit jer kecik tapi Unclepali tak nak amik risiko. Dia suruh Kjee naik kerusi roda.

Masa pusing2 kat dalam Jaya Grocers lah tetiba Nadia kata nak buat pizza. Mungkin mata dia ternampak beef salami dan peperoni. Okay no hal. Kjee suruh jugak dia rembat empat biji tomato masak ranum untuk sosnya.

Pizza yang sudah siap untuk masuk oven

Kjee tak pernah buat pizza tapi masa uruskan page masakan untuk Majalah Jelita dulu, Kjee telah pergi ke Hilton Hotel (ketika itu lewat 70-an kot) dan buat sessi food photography dengan chef mat salleh untuk pasta dan pizza. So Kjee belajarlah apa dia bubuh untuk sos sapu atas pizza. Tapi kerana dah ingat2 lupa, Kjee tahu basic dia jer.

Untuk doh, Nadia guna basic pizza recipe dalam buku yang diberikan oleh breadmaker Noxxa (Amway). Dia kata macam buat roti benggali biasa jer. Lepas dia bubuh semua ingredients dalam breadmaker, dia terus pergi cuci kereta papa dia. Memang angin rajin dah melanda petang tu.


Duduk termenung dalam oven selama 20 minit


Masa dia cuci kereta, Kjee pun gagahkan diri ke dapur walaupun badan rasa tak sihat. Kjee celur 3 biji tomato dalam air panas selama 7 minit, buang kulitnya, potong2 isinya dalam bubuh dalam blender. Kjee masukkan jugak 2 biji bawang besar yang telah di cincang. Kemudian trrrrr.

Setelah blend, Kjee panaskan kira-kira 3 susu besar olive oil dan tumis bahan trrrr tadi. Guna api sederhana. Apabila sudah hampir kering, Kjee masukkan 3 sudu besar tomato puree serta sedikit garam, sedikit msg dan 2 helai bay leaves kering. Itulah sos tomato pizza versi Kjee.

Sebaik sahaja habis Nadia cuci kereta, loceng Breadmaker pun berbunyi tanda doh dah siap. Nadia keluarkan. Mulanya dia berlagak nak lambung doh di udara macam Italian Chef di tv. Ewah kelakar jugak. Akhirnya Kjee suruh dia buat satu bebola besar balik, dan letak tengah2 a 12inch pizza pan dan tampal doh tu sampai menutup pan.

Kjee pulak tolong dia sagat (grate) ceddar cheese dan mozarella. Nadia guna tiga jenis cheese iaitu Parmesan, Mozarella dan Ceddar. Hantamlah mama, dia kata. Kita yang buat dia. Kjee teringat ada satu pek cendawan butang besar dalam fridge. Itu pun Kjee hiris.

Kemudian Nadia yang sapu tomato sos. Dia selang selikan cheese dan salami serta pepperoni dan cendawan.  Dibakar selama 20 minit suhu 200 degrees.

Hasilnya? Awesome! Tak nak dah beli pizza kat Pizza Hut atau Dominoes, jerit Nadia. "Ini yang malas ni mama. Kalau dah rasa pizza buat sendiri, dah tak kuasa lagi nak makan pizza kat restoran!!"

Korang trylah buat. Untuk topping dia bubuh jerlah apa yang korang suka. Kita yang buat dia kan? Hehehe. Nadia kata laian kali dia nak buat guna resipi doh yang sama untuk dua 9 inci pizza. Nak rasa pulak thin crust pizza katanya.

Lain kali Kjee nak buat fresh mushroom soup jugak kan? Amacam?

OLEH KERANA RAMAI YANG MINTA RESIPI DOH PIZZA, KJEE TURUNKAN RESIPINYA KAT SINI. KJEE DAPAT RESIPI INI DARI BUKU RESIPI YANG DISERTAKAN KETIKA KJEE BELI BREADMAKE BRAND NOXXA AMWAY  HARI TU. MAAF KJEE TAK TAHU KAEDAH LAIN. CUBA INTAI DALAM BLOG2 MASAKAN YANG ADA. TERIMA KASIH.

Pizza Crust Dough

Untuk 1 pizza tebal 12 inci atau 2 pizza nipis 12 inci atau 2 pizza tebal 9 inci atau 4 pizza nipis 9 inci.

¾ cawan air (air masak diletakkan dalam suhu bilik)
1 susu besar minyak (Nadia guna Olive Oil)
1 sudu besar gula putih
½ sudu garam
1 sudu besar susu tepung
2¼ cawan bread flour
1 sudu kecil ragi kering

Cara guna BM, semua bahan basah diletak dahulu dengan diikuti bahan2 kering. Last sekali bubuh yeast. Tekan pada pizza dough dan tunggu proses menguli selama 53 minit. Apabila selesai proses itu, keluarkan doh dan letakkan diatas meja yang telah ditabur sedikit tepung. Bulatkan. Kemudian diletak kan di tengah2 pan pizza dan ditekan sambil menolak doh hingga menutup keseluruhan pan. Kemudian sapu dengan sos tomato (resipi Kjee beri diatas). Selepas itu, bubuhlah apa saja topping yang disukai, tambur cheese dan bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit.


Baru keluar oven. Hmmm kecur dah


Ini hasilnya Beef Pepperoni, Salami dan Mushroom Pizza


Bubuh cheese banyak...sedap!!!
Sedap tak terkata. Hehehe




19 comments:

  1. Wah Nadia dah terror wat pizza. Sedapnya! Makan tengah panas-panas lepas penat cuci kereta.. mesti laju je kan.. hehe... cantiklah pisau pizza Kjee. I like!

    Jaya Grocer kat Empire Subang Jaya best Kjee. Besar dan banyak choice. Harga pun okay....

    Oh ya, kita kalau versi malas punya pizza sos, kita sapu je Kimball punya spagetti sos. Hehehe...sedap! Ce terai ce terai... ahaks.. ngajar orang jadi malas ler plak ha... ya ampun!

    ReplyDelete
  2. bukankah salami tu daging hinzir?????

    ReplyDelete
  3. ANON: TOLONG BACA BETUL2 SEBELUM MELENTING. KJEE TULIS SITU BEEF PEPERONI DAN SALAMI. ADA CHICKEN SALAMI JUGAK. BACON YANG DAGING BABI!!

    ReplyDelete
  4. MamaFaMi: Bought the cutter at LMC. First time nampak like dat. Nice kan? Tunggu birthday nanti kjee hadiahkan awak satu ya. Hehehe itu jer yg I can afford.

    ReplyDelete
  5. wahhh tgok pizza tu pun dah tau gerenti sedap ni....untung k.jee ada ank dara rajin masuk dapo

    ReplyDelete
  6. kak Jee, cantik la pizza cutter tu beli katne?

    ReplyDelete
  7. Astaghfirullah, sy trkejut baca salami tu daging khinzir... Kak Jee, mintak tolong buat satu entry untuk maksud salami tu ya..

    ReplyDelete
  8. Punyalah terkejut baca pasal salami tu, sampai trlupa nak komen tntg pizza.. sedap... buat sendiri lagi puas hati, kan..

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Jee,

    Sy mmg kecur air liur habis nak2 pulak tgk cheese dia... boleh sy mintak resepi kak?

    Terima kasih =)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Jee,

    Sy mmg kecur air liur habis nak2 pulak tgk cheese dia... boleh sy mintak resepi kak?

    Terima kasih =)

    ReplyDelete
  11. salaam kjee....LMC tu apa? Boleh tak bagi alamat penuh kedai tu...dah lama mencari cutter2 cute utk pizza...tq

    ReplyDelete
  12. As Salam Kak Jee...kecur u saya tengok..terrornya Nadia..bleh bukak franchise pizza gini : D

    ReplyDelete
  13. Kak gee bagi la resepi doh pizza tu.. Kita buat keras la

    ReplyDelete
  14. Salam kak jee darling (pitammmm >___< )
    Kak, pisau jenama "PIZZA" tu beli kat mana, terbekenan sungguh lahh....kalau jumpa rembatkan eks, nanti saya masukkan duit dalam acc akak. Kalau "ter" jumpa..kalau tak, takpe...Terima kasih...

    ReplyDelete
  15. (To ANON and anyone that not really clear what is Peperoni and Salami) A traditional salami, with its typical marbled appearance, is made from one or more of the following meats:

    pork, or less commonly, especially in Kosher and Halal salami, beef (particularly veal), venison, poultry (mostly turkey because of dietary limitations, but also goose salami is traditional in some areas of Northern Italy), and horse, also swordfish and sometimes shark in southern parts of Japan.

    Pepperoni is a spicy Italian-American variety of salami (a dry sausage) usually made from cured pork and beef, but poultry may be added, if labeled correctly, for less expensive versions.Halal or Kosher pepperoni may be made from beef or poultry.

    In Malaysia of course it's halal and is made from beef :)

    ReplyDelete
  16. salam kak jee. mana nak beli pepperoni? puas dah carik kat tesco n giant, tp xde.. :-(

    ReplyDelete
  17. kat mane nak beli beef pepperoni tu yer

    ReplyDelete
  18. boleh beli di Tesco, cold storage dan jaya grocers.

    ReplyDelete
  19. mohon share resepi ye. sy linkkan si blog sy. :-)

    ReplyDelete