Friday, March 9, 2012

PISANG MUDA MASAK LEMAK, DAGING GORENG, PUCUK UBI SAMBAL BELACAN



Tak kecur ker? Pedas dan sedap. Hehehe


Daging goreng bubuh kunyit jer.





Yezzza hari ni Kjee langsung tak ada keluar budget untuk makan. Semua barang2 ada dalam rumah. Pagi tadi buat crepes ala lempeng. Pastu untuk lunch, Kjee masak Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi, Daging goreng, celur pucuk ubi dan sambal belacan.



Alhamdullilah syukur. Unclepali kata lauk power rangers!!! Hehehehe.

Actually lepas makan lempeng masa bekfas pagi tadi, Kjee ingat Unclepali tak nak lah makan tengah hari. Selalunya, kami terus makan malam sebelum Maghrib. So masa Unclepali gi solat tadi, Kjee relekslah. Dok edit gambar2 mana yang patut.

Tetiba Unclepali sampai umah dari mesjid. Tengok jer wajahnya yang ala2 lapar gitu, Kjee terus tak sampai hati. Terus off line dan berlari ke dapur. Berlari...ewah...actually mengisut perlahan2.

Memang hari ni Kjee dah plan nak masak lemak cili api pisang muda. Dah dekat seminggu Kjee beli pisang tu. Murahnya. Satu sisih RM2 jer. Nak mintak separuh sisih, dia tak nak jual pulak. Kalau kat Chow Kit, kita nak beli 3 biji pun dia potongkan.

Anyway, Kjee pun capailah pisang muda dan terus siang 5 biji. Rendam seketika kemudian rebus bubuh sikit garam. Kjee mintak Unclepali tolong pecahkan kelapa yang mother dia beri masa kami balik kampung hari tu. Kemudian Kjee buang kulit ari kelapa, cincang halus2 dan blend. Dah jadi santan.

Kemudian Kjee ambik satu genggam cili api dan blend. Bila dah halus, masukkan setengah genggam ikan bilis. Blend satu saat jer. Biar kasar2.

Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam santan, bubuh kunyit serbuk dan sehelai daun kunyit yang dah carik dan jerang. Apabila dah melegak, masukkan pisang rebus tadi.

Sebelum itu Kjee dah bersihkan daging batang pinang, bubuh kunyit garam dan perap jap. Lepas masak lemak siap, Kjee gorenglah daging tu garing2. Dah siap, hiris nipis2.

Unclepali lak tanya boleh tak dia nak makan pucuk ubi celur makan dengan sambal belacan. Dia terus pergi ke kebun sebelah dan petik. Unclepali siap tolong celur pucuk ubi dan buat sambal belacan power dia.

So that was our lunch today. Sedap sangat2.




Satu sisih RM2. Murah kan. Beli kat kedai runcit di Paya Jaras
cara orang rajin buat santan. hehehe

12 comments:

Suzie said...

Kalau bawa balik kelapa dari kampung saya kukur ...guna kukur kelapa

Mas said...

kak jee...
sedappnya menu hari ni...
menyelerakan betoiii....

Mat Gebu said...

Melampau tau entri..sabar jee lahh....

Anonymous said...

saya pun buat santan macam tu tapi tak perlu buang kulit hitamnya, kelapa biji sentiasa standby, bila masak apa pun lemak manis sebab santan fresh

Ina Khairina said...

sedapnya k.jee...terliur tgok masak lemak pisang muda tu,teringat masakan bonda kat kg

norliha said...

pagi ni bukak jer blog nampak masak lemak pisang muda..
kat belakang rumah ada pisang muda,
dah ada lauk untuk hari ni.
kalau letak daun selasih, pun sedap.

Anonymous said...

Kak jee, sedap ya masak lemak pisang tu, teringat masa kecik2 kat kg

che dai said...

itu pasal suker sangat terjah blog kak jee. Tak pernah makan masak lemak pisang, nak cuba gaks suatu masa. Macam sedappp sangat. Pisang aper eh?

princerighty1 said...

Assalamualaikum Kak Jee...
Apa kata kak postkan resepi laksa sarawak pulak... lama x mkn... kak nie buat saya kecur air liur je tau :(...

et said...

wow sedapnya masak lemak pisang muda...yummy

makcikkantin said...

Teringin pulak nak cuba masak lemak pisang muda ni, mmg kecur liur dibuatnya...

zuwaidah said...

kak jee, baru tahu satu lagi cara nak buat kelapa jadikan santan. ingatkan selalu kukur atau mesin saja. Kaedah ni pun boleh jugak yeee...hiris halus dan blend. ok jugak tu. thank you kak jee satu petua lagi ku pelajari.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...