Monday, April 9, 2012

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN - KEPUTUSAN UPSET!






Tahniah kepada Berita Harian kerana menganjurkan Anugerah Bintang Popular buat kali ke-25 dengan jayanya. Kjee pasti tentu ramai tidak berganjak dari tempat duduk sepanjang tiga jam ia bersiaran dari Arena Of Stars Genting Highlands malam tadi.

Jika diamati dari jumlah undi yang diterima Artis Paling Popular terkini dengan zaman anugerah itu mula2 diperkenalkan, memang jauh sangat bezanya. Pasti semua mahu tahu kenapa jumlah undi amat sedikit berbanding dulu. Jawapannya ialah orang sudah tidak lagi membeli akhbar kerana semuanya boleh dibaca online.

Anyway, kemenangan Aaron Aziz memang sudah diramalkan sejak awal lagi. Tetapi Kjee rasa keputusan malam ini banyak yang tidak diduga. Banyak upset. Siapa sangka sekejap sahaja Shaheizy Sam popular kan? Oleh kerana ini adalah Anugerah untuk Bintang Popular bukan Bintang Terhebat, maka undian 100 peratus di tangan peminat. 

So mana2 artis yang merasakan dirinya patut menang tetapi tidak menang, faham2 sahajalah anda sebenarnya tidak popular seperti yang anda sangkakan! Work harder next time around. Atau lain kali jangan nak liat sangat ikut road tour. Peminat mahu tengok anda up close. Mahu bersalaman. Mahu bergambar. Zaman peminat hanya dapat tonton anda dari jauh sudah berlalu.

Sekalung tahniah kepada Aaron, Fasha Sanda, Fizz Fairuz (I like), Johan Asari, Fara Fauzana, Diddy Alias, Maya Karin, Zizan, Hafiz, Yuna, Faizal Ismail dan jugak nama2 yang Kjee tertinggal.

Paling manis apabila Dato Siti Nurhaliza diberi Anugerah Perak sempena 25 tahun wujudnya anugerah itu. 

Tahniah kepada Sharifah Shahira dan Raja Azura yang dapat menguasai aturacara majlis dengan jaya. Maaflah Zizan dan Diddy hanya nasi tambah jer. Kalau tak ada pun tak apa agaknya. Oopppppsssss.





semua foto ehsan google









7 comments:

  1. TAHNIAH buat artis2 yg berjaya..

    memang betul tu kjee..dah jarang sangat beli newspaper skrg ni..semua dhujung jari..hehe

    ReplyDelete
  2. suka sangat masa fizz menang .. suka dengan unexpected expression dier... memang sweet sangat moment tu....

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada artis2 yang menang hari ini...esok lusa artis lain pulak yg naik podium...

    ReplyDelete
  4. yupp kjeee... paling upset bila Tasha Shilla menang.. erk!fasha?erk...

    ReplyDelete
  5. waw...tahniah buat artis2 yang berjaya...

    ReplyDelete
  6. nak popular bukan senang...kerja kena tip top & personaliti pun kena baik.
    tahniah buat depa2 semua yg menang..

    setuju dgn kak jee ttg pengacara tu..

    ReplyDelete
  7. Bukan didie alias ke jadik pengacara.

    ReplyDelete