Saturday, April 21, 2012

BOLEH PINJAM PTPTN TANPA BAYAR BALIK. CAMNER?


Nadia masa terima diploma dulu


Masih lagi berbicara mengenai topik PTPTN. Kali ini Kjee nak ajar (ewah) semua, tak kisah mahasiswa, bakal mahasiswa dan jugak ibu bapa, mengenai cara2 untuk belajar dengan pinjaman PTPTN dan TIDAK PERLU BAYAR balik selepas tamat pengajian nanti.




Anak Kjee (itulah contoh terdekat bukan nak berlagak memberitahu semua yang Kjee ada anak masuk Uni), tidak memohon pinjaman PTPTN ketika dia mengambil diploma dulu. Pembelajarannya menerusi biasiswa FAMA atau panjangnya Father Mama scholarship.

Masa dia amik diploma, fees dia tak mahal sangat iaitu kalau tak silap Kjee tak sampai RM15,000. Masa itu Kjee meniaga.. Bukan meniaga juta2 tetapi meniaga kat gerai sahaja. So, mampu tak mampu, Kjee keluarkanlah jugak duit kerana Kjee tidak mahu membebankannya dengan pinjaman yang banyak sekiranya dia sambung belajar ke peringkat ijazah.

Apabila dia mendapat keputusan cemerlang dan menyatakan hasratnya untuk terus belajar, barulah dia buat pinjaman PTPTN. Kalau untuk diploma, Nadia mengambil kursus Hotel Management, tetapi apabila mengejar ijazah, dia memilih Bachelor in Islamic Banking and Finance. Beza macam langit dengan bumi dengan apa yang dia belajar untuk diploma dulu.

Untuk kursus itu, Nadia perlu cari wang sebanyak lebih kurang RM45,000. Mana nak cekau. Kjee pulak dah tak meniaga. So dia tak ada pilihan melainkan meminjam PTPTN. Khabarnya, setelah tamat pengajian, dia harus bayar lebih kurang RM350 sebulan selama 15 tahun!

Masa Kjee meniaga dulu, ada seorang customer muda yang seringakali makan di gerai Kjee. Namanya E-dot. Dia anak orang senang tetapi dia tetap mengambil pinjaman PTPTN kerana tidak mahu berterusan menyusahkan ibu dan ayahnya.

E-dot kalau tidak silap Kjee, membayar RM500 sebulan untuk pinjaman yang dia ambil hampir RM60,000 (kursus Engineering). Kjee tanya dia kenapa dia bayar balik pinjaman setelah dia sudah tamat pengajian? Masa itu (kira-kira 4 tahun lalu), ramai peminjam ngelat dan cuba lari daripada membayar.

"Maaf Aunty. Saya akan bayar balik setiap sen yang saya pinjam. Saya tidak mahu menyusahkan bakal peminjam. Kalau saya bayar balik, adalah peluang pelajar lain menikmati pinjaman untuk belajar," kata E-dot.

Sebak Kjee mendengar kata2 E-dot. Ini cerita benar bukan rekaan. kalau korang mahu nombor telefonnya, Kjee boleh beri...dengan izinnya.

Well berbalik kepada Nadia. Dia bisik pada Kjee, seandainya ada kemampuan dan dengan izin Allah swt, dia mahu berusaha tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN selepas tamat pengajian dan sudah bekerja.

Terbeliak mata Kjee dengar kata2 Nadia.

"Kamu jangan nak menyusahkan papa kamu!! Dia yang jadi guarantor. Kamu tak bayar, macam mana papa nak bayar?!!" bentak Kjee.

Nadia sengih.

"Ada cara Mama. Nadia berjanji...Nadia akan belajar bersungguh2 dan cuba mendapatkan First Class Honours! Kalau dapat, Insya Allah, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa! Tak perlu bayar balik. It's not going to be easy but tolonglah doakan untuk Nadia," katanya.

Kjee menarik nafas yang panjang! Tak sangka anak yang Kjee bela dari sebesar tapak tangan sekarang buat Kjee menangis dan ketawa at the same time!

Susah ke nak dapat First Class Honours?

"Susah sangat2 Mama. Tapi kalau belajar bersungguh2, lupakan kehidupan sosial dan berlibur buat jangka masa tiga tahun lebih, Insya Allah bukan Nadia sahaja mampu mencapainya tetapi Nadia yakin ramai boleh menggengam sekalung Ijazah dengan First Class Honours," kata Nadia.

Oh itu ke caranya? Tak susah sangatlah rupanya kalau nak belajar free kan!! So apa ke jadah budak2 Uni tu buat demonstrasi suruh hapuskan PTPTN?

Hmmm sendiri mahu ingatlah! Mereka dah tahu pinjaman harus dibayar sebab masa belajar main2. Setiap sem, CGPA makin jatuh. Macam mana nak capai CGPA 3.75 keatas (kalau tak silap), kalau asyik sibuk babitkan diri dengan kegiatan2 yang tidak menjurus kepada pelajaran. 

So langkah paling mudah, join penghasut negara buat demonstrasi hapuskan pinjaman PTPTN. Bila dah gagal, tak payahlah bayar. Cerdik ke macam ni? Sepatutnya PTPTN itu amik contoh AhLong atau Loan Sharks. Tak bayar, potong tangan!!! Oppssss.

NOTA:

Daripada 11,764 Pelajar yang dikecualikan pembayaran semula PTPTN kerana pandai dan keputusan cemerlang, pecahannya adalah seperti berikut. Pelajar Melayu yang mencapai keputusan cemerlang hanya 2387 orang berbanding Pelajar Cina berjumlah 8818 orang dan Pelajar India hanya 456 orang.

26 comments:

Anonymous said...

Saya ada sorang kwn bbngsa ce yg sllu meluahkan perasaan marah cos ank2 d x bpeluang msuk MRSM pdhal kputusan anaknya layak.baru2 ni anak d antra 50 org pljr cemerlang SPM yg mdpt biasiswa melanjutkan pelajarn k luar negara masih x tau nk ucap terima kasih kpd kerajaan,alasannya dh jdi tanggungjawab kerajaan yg memrintah abis tu apa tanggunjawabnya sbgai rakyat?....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kak jee,ros setuju seratus peratus.Anak saya salah seorang contohnya.Dia dapa 1st degree honor with naib cancelor award dan dalam proses menukarkan pinjaman PTPTN kepada scholarship.
Dia orang ni memang pembawa anasir penghasut negara.

nash said...

setuju sgt dengan kak jee! dah la malas belajar lepas tu tak nak bayar hutang, buat demo mcm gangster!

Siti_btp said...

Kalau tak bayar langsung pun payah juga..
Sebab pelajar tak menghargai apa yg di beri..
Sekarang ni pun kena bayar sibuk beli gajet dsbnya
apalagi tak kena bayar..
Walau pandai macam mana pun nampak duit mudah lupa tujuan belajar..
Yang penting PPTN tak perlu kenakan faedah mcm Yayasan Terengganu..

CitarasaKu said...

Salam Kakjee...sangat bersetuju dengan pendapat Kakjee. Di namakan pinjam mesti bayar jika cermerlang dapat percuma. Budak budak tu perlu dapat cermerlang jika nak FREE.

Anonymous said...

mohon share Kak Jee...tk..

Anonymous said...

Salam kjee
just nak share my side of story. back in 90's saya buat ijazah diluar negara dengan pinjaman boleh ubah MARA. Jumlah keseluruhan biayaan adalah RM166,000. Tapi selepas permohonan conversion (mengikut PGNK plajar), saya dpt pengurangan sebyk 75%, So, cuma perlu bayar RM42,000 saja. Mmg dari awal saya berniat utk bayar balik dgn sebab yg sama spt E-dot nyatakan tadi (saya ada adik 5 org, dan saya beranggapan mungkin adik2 saya juga perlukan pinjaman/biasiswa satu hari kelak). dgn bayaran antara 150-350 sebulan, saya ambil masa selama 14 tahun utk langsaikan semua. Alhamdulillah, pinjaman saya dgn MARA dah pun langsai hujung 2011.
Cuma saya agak terkilan, saya merupakan antara penjamin utk rakan saya dgn jumlah pinjaman tak sampai pun RM6K. Tapi selama 14 tahun, kawan saya tak pernah cuba utk langsaikan pinjaman tersebut not even 1sen pun. sekarang saya sbg penjamin terpaksa tanggung masalah dia, dan diminta oleh pihak guaman utk melangsaikan pinjaman tersebut jika tidak haiihh....rasa sedih, ralat, dan tertipu.

Schaze Zainn said...

saya masih berusaha untuk membayar PTPTN tu :)
walaupun cuma RM100 sebulan tp saya cuba untuk melangsaikan hutang saya tu

Ummi Anie said...

sangat setuju dgn pendapat kak gee tu.agak susah anak melayu kita nak capai purata cgpa 2.5 pun sbb mereka lebih sibuk dgn aktiviti begini.saya dah tgk banyak kes yg mcm ni.bila ada yg bermasalah displin>>tgk la cgpa nya...hancusss....

Anonymous said...

salam kak Jee,

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai PTPTN. saya merupakan graduan sunway university yang belajar dengan pinjaman ptptn. Hutang saya lebih kurang rm49000++ sepanjang saya belajar, 80% daripada kos ijazah. Pada 2010 March, saya telah tamat belajar dengan keputusan ijazah kelas pertama. Segala urusan untuk menukar pinjaman saya kepada biasiswa telah pun di lakukan. Pada awal tahun 2011, saya dapat jawapan balas dari ptptn yang memberitahu permohonan saya telah di terima & sedang di proses. Tapi sehingga sekarang tiada jawapan apa yang di terima berhubung status keputusan tersebut walaupun saya pelajar yang layak. Nampaknya, ptptn memang tidak efisyen.

Anonymous said...

pada pendapat saya, mahasiswa yang kononnya memperjuangkan penghapusan ptptn mmg tidak bijak! Sepatutnya mereka memperjuangkan agar perkhidmatan ptptn di perbaiki supaya wang pinjaman pelajar tidak tertangguh & proses penukaran pinjaman ke basiswa dilaksanakan tanpa delay! Kalau ptptn di hapuskan, macam mana lah orang mcm saya nak belajar di sunway university & buat twinning dengan british university dulu. Betul mcm kak jee ckp, pilihan di tangan kita.. kalau nak belajar free, belajar sungguh2 bukan melalak mcm org tak cukup akal. anyway, saya doakan agar nadia berjaya dapat 1st class degree :)

Anonymous said...

Nape PTPTN xgune konsep pinjama macam MARA gune. Pinjam 10k bayar balik 10k. aper ader hal.. xder riba atau cas² mengarut. dapat pointer cantik, MARA bagi free je xyah bayar. pointer ngam² bayar la separuh.. Kenape?? tue yg jadik issue.. MARA boleh nape PTPTN xboleh.. -Patin Temerloh

Anonymous said...

apa-apa pun, dah kita meminjam duit orang tu mesti kita kena bayar......kiranya berhutang laa...so dalam ISLAM, hutang tetap kena bayar

The Black Jubah said...

Betul betul, ini lah dikatakan kuman mati seberang sungai nampak, gajah mati depan mata buat donno je..mengamuk pulak sebab kuman yang mati.....

makcikkantin said...

Kalau dah pinjam harus lah bayar kan kak jee? Kadang org yg ngelat tu bukan orang susah pun.......payah nak afaham fikiran dia org ni.

Anonymous said...

kak jee bila nak update nih????? x sabo nak baca next post,

Nanie said...

Sangat setuju dengan k.jee..sedih tengok anak bangsa sendiri jadik macam tu..Janganlah terpengaruh dengan "cakap2" kosong..berpijak di bumi nyata...masa yang sepatutnya diisi dengan mengali ilmu dah p buat benda yang tak berfaedah..semoga allah buka kan pintu hati mereka...Amin

cicik ann said...

Asalam kak jee,

You ok? Banyak ari tak dgr kabar.sihat ke.....or are you on vacation.
Tiap tiap hari jengok tapi macam takde orang.
Take care.
Cicik ann,penang.

Anonymous said...

salam aunty...sy dah khatam semua entry dalam masa 1 week..paling suka baca pasal entry cik han... - "new follower"

Sitizan Citizen said...

salaam,
kak jee, mohon izin nak share ya :)

ibuaries said...

kak jee, sy tergolong antara yang pelajar yg dapat pengecualian byr balik PTPTN. sy bersyukur ada PTPTN sbb parents x mampu nak support. PTPTN tu jugak sy kongsi dengan adik2. sy x paham dgn student skrg. x tau diuntung. patutnya org dah berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Anonymous said...

Poyo je ko ni

Kittyshawls said...

Kak jee kite suke tgk cite balik kg hahaha smpai skrang ade lagi video tape tu kihkij

❤ Qaora ❤ QQ ❤ said...

slamat pagi kak..
sy lepasan matrik dan akan mlanjutkan study untuk ambil ijazah..
Nak tnya..time anak akak ambil diploma tanpa manggunakan ptptn..wang untuk kegunaan sehariannya maknanya akak yang tanggung? banyaknya..
yuran sy utk ambil ijazah x byk..family boleh tanggung juga..tapi sy risau mengenai wang untuk kegunaan harian seperti untuk membeli makanan dan sebagainya..

Anonymous said...

Kena tengok jugak kalau score 1st class pun tapi sumbangan pada uni tak ada pun tak guna jugak..

Kena tengok jugak background family student tu.. Ada setengah tu buat part time cari duit.. Jadi mustahil la nak dapat 1st degree.. Ada setengah tu buat assignment upah orang, tak heran la score memanjang..

Setengah tu masa belajar 1st degree, masa realiti dalam pekerjaan tak perform pun.. Banyak yang berlaku kalau dalam sessi interview yang scorer ni PR agak lemah tapi kebolehan menghafal memang baik..

sepatutnya kasi zero interest utk je dah ok..

Anonymous said...

Kena dapatkan 3.75 atau 3.50 ke atas kalau tk mau bayar balik?Bagi Pelajar kelulusan Diploma yang dapat dean list setiap sem still kena buat payment ka?Ataupun Hanya Dikhususkan kepada Pelajar Degree?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...