Monday, April 2, 2012

GINGER AND SNOWY'S SCRATCH POLE - SELAMAT KE SOFA MAMA NANTI?








Jenuh round dari Taman Melawati ke Sungai Buloh ke Bukit Rahman Putra mencari scratch pad atau scratch pole untuk anak2 meow Kjee. Si Ginger dah mula pandai nak cakar2 my new sofa. Ingatkan dia orang hanya cakar sofa kulit atau yang sewaktu dengannya.


Anyway, memang dah lama kami nak carikan scratch pole ni. Tak pernah ada. Now Kjee tahu kenapa. Kalau dulu (15 tahun lalu). Nadia beli dengan harga tak sampai RM30 sekarang dah jadi RM75! Mahal sangat sebab itulah pet shops tak nak jual.

Yang ini pun Unclepali rembat jer sebab tak ada pilihan. Tinggal 1 jer. Orang tu letak RM75, Unclepali tawar dapatlah RM70. Kjee duduk dalam kereta nampak Unclepali tunjuk tujuh jari, dah pucat sekejap.. Mahal lah pulak.

Tapi Unclepali kata kalau tali guni pada scratch pole tu dah 'haus' dicakar, dia nak cari tali guni dan lilit balik. Ala kalau dah tahu camtu, patut buat jer pole sendiri dan lilit dengan tali guni kan?!

Sampai je rumah, Snowy lari lintang pukang terkejut tengok ntah apa bende mama beli ni. Ginger pulak pandang, pastu pelan2 rapat. Harap2 sofa baru ku selamatlah dari cakaran ginger dan Snowy.

mula2 sombong...tak nak layan

kemudian tengok

kemudian acah2

pastu cium...alamak bilalah nak cakar pole tu?!!!



7 comments:

cikgu su said...

Kakjee, kucing kita Nama Lara...puas la berabis beli alas cako dia..memang mahal..tapi ttp gak cako sofa.....
SABO JE....

eliyaezlinalias said...

hehehehe...sama dengan umah MIL saya ler...

Anonymous said...

Salam Kjee,

Cuba Kjee letak daun catnip sikit kat pole tu...
Mungkin dia syok sikit nak cakar..

norliha said...

aduh.. sayangnya kalu sofa baru K Jee kena cakar dek kucing.

Anonymous said...

hi kak gee
sy selalu bc blog ni. tetiba citer psl scratch pole terus nak share. kt pet shop rsnya ada yg lebih murah. Kak gee boleh pegi PLC kt Jusco Metro Prima kepong or Petsmore kt Metro Perdana Kepong. sy beli kt pet shop bdr sri dmansara rm36. base dia pun ada tali guni

rahimah

Kjee said...

thnx Rahimah for info. agaknya toys lain untuk kucing mesti murah kat situ. nanti nak ronda2 dengan unclepali ke sana.

Orchid said...

salam kak jee...dolu2 kucen saya kerap cakar2 sofa..sampai lunyai rabak dikerjakan..ganti sofa baru...saya siap2 beli spray yg khas untuk sembur terutamanya sofa untuk elakkn kucen dr mencakar kt sofa atau tmpt2 yg tk ingin dia cakar lg..so far..kucen saya xmau mencakor sofa suda..maybe bau tuh dia xnak dekat...dia cium2 then blah..kalau kita cium idak ler buzuk..juz spray part 'port' yg dia suka mencakar tuh..terutama bucu sofa antra tmpt ltk tangan then belakang sofa..itu port paling dia suka mencakar

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...