Friday, April 13, 2012

KELUARGA ISTERI KEDUA KATA DAH NIKAH, SHAM KAMIKAZE KATA FITNAH?

ehsan google

Kjee tak perasan dalam konsert mana ketika dia menjadi juri profesional, dia enggan memandang mata peserta wanita ketika sedang memberi kritikannya. Tapi yang Kjee perasan, kenapa pelik sangat dia memandang saja meja dan bukan ke arah pentas.



Kemudian barulah Kjee tahu yang dia dah beralih arah. Jadi pendakwa justru mungkin HARAM bagi dia memandang ke arah wanita. Kalau sudah begitu, takkanlah tak boleh tolak apabila mendapat jemputan jadi juri kan?

Well, itu citer mungkin setahun yang lalu. Kjee rasa korang tentu tahu siapa yang Kjee maksudkan. Tak lain tak bukan, pemuzik terkenal Sham Kamikaze. Kjee dah beberapa kali tengok poster/banner terpampang di kawasan Kjee tinggal dulu mengenai Sham buat ceramah sana sini. Tak kisahlah kalau nak berhijrah kearah kebaikan. Seronok bila tengok orang macam dia yang dah sampai seru.

Anyway, hari ini Kjee tengok facebook sahabat Kjee, Nizam Abdullah (editor hiburan mStar online) yang memperkatakan mengenai Sham yang kini khabarnya sudah beristeri dua tapi nafikannya. Yang kelakar, Sham kata fitnah tapi keluarga isteri keduanya sedih kenapa Sham masih tak nak mengaku sudha beristeri dua sejak awal tahun ini!

Ewah Kjee kerut dahi baca kisah yang dipaparkan dalam mStar onlie. Apakah kalau seseorang itu dah berhijrah, berjubah ataupun bertudung litup, ada lesen agong untuk cakap apa dia orang suka. Bila kantoi boleh pulak kata difitnah. Hmmm. Korang bacalah sendiri yer.

Keluarga Isteri Kedua Kesal Sham (Kamikaze) Masih Berbohong


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)


Nurul Halimin (kiri) dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (kanan). Foto dipetik dari Rotikaya.com



PETALING JAYA: Keluarga Nurul Halimin yang didakwa isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.

"Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?

"Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

"Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah," katanya kepada mStar Online di sini Jumaat.

Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu .

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

"Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi," ujarnya.

Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

"Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

"Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?" Katanya.

7 comments:

  1. baca juga kisah ni di mstar online.. punye le lawa isteri sham kamikaze ni sanggup dia cr yg lain kan... *kalau betullah... tunggu jer le pengakuan drpd empunya diri..

    ReplyDelete
  2. Sham Kamikaze buat ceramah di BTP semalam...
    Entahlah ye ! mesti dia akan cakap ikut Sunnah Nabi..

    Allah sahaja Maha Mengetahuinya

    ReplyDelete
  3. kalau baca tweeter dia sapa yang tanya dia sergah suruh cari kebenaran, jangan percayakan fitnah...
    tapi tgk tweeter yg dikatakan second wife dia tu macam pelik pulak. Over sangat, menghanjingkan 1st wife.. mengata menghina macam2 lagilah...
    Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. Mungkin dia nak jaga hati isteri pertama la KJee..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Jee...

    Agak terkedu bila membaca, sana sini dh mcm2 cerita kuar, tapi kenapa ye Sham x nak mengaku? Mmg agak pelik kalau org seperti Sham tu boleh ebrlaku tidak adil pd isteri pertamanya..ermmmm

    Kita tggu dan lihat dan berdoa agar terbuka hatinya..

    ReplyDelete
  6. pembohongan yang ditutup dengan pembohongan yang lain.... dah banyak kali kes.. kalau kawen senyap2 macam macam hal jadik.... tapi sendiri redha...

    ReplyDelete
  7. Assalam..
    cian bila agama dijadikan benteng pd org yg ade kpentigan..
    sbb tu skrg klu tgok org tu alim,tgok jg peribadinya,lifenya cz saya rsa saya prcaya dgn ape yg 1st wife sham ckp..
    org yg alim ni dipndang tinggi tp bla wat ape yg xsepatutnya dia wat,mmg jauh lbih buruk dari org biasa yg wat bnda yg sama..

    ReplyDelete