Sunday, April 29, 2012

LUNCH YANG TAK PEDAS

Dua hari lepas, jiran sebelah rumah beri Kjee cendawan atau kulat tahun. Setahun  sekali baru ada, kata Zamri. Isterinya Ila pergi kutip kat tanah sebelah bekas ladang itik rumah kami.



Kjee memang suka sangat cendawan ini. Dah bertahun tak makan. Sedap kalau goreng atau buat sup. Tadi Kjee masak campur carrot dan taufoo lembut. Sedap. Boleh bubuh ayam, daging ataupun udang. Juga boleh bubuh chicken cube.

Menu lunch hari ini selain sup cendawan ialah Steam Siakap, Udang goreng Kunyit dan ayam goreng. Semua Nadia masak. Kjee hanya jadi mandor.

Cendawan liar...kata orang namanya Cendawan Tahun. Ya Ker?

Selepas dibersih dan disiang

Campur taufoo lembut dan carrot


Steam Siakap 

Udang Goreng Kunyit


9 comments:

Suzie said...

Kalau di Batu Kurau kami panggil kulat tahun ...saya suka buat sup letak kunyit sikit dengan lada hitam.Tak suka campur dengan sayur lain sebab nak rasa manis kulat tu ....

norinaomar said...

tak pernah jumpa n tak pernah makan..

patutlah kalau beli campbell soup tu ada jenis wild mushroom..yang inilah kot.

Kakjee ada resepi marinate lamb yang best best tak?

juejue said...

first time tengok kulat ni.. nampak sedap supnya

Anonymous said...

kalo kat negeri sembilan di panggil cendawan busut. salu org nogori masak lemak cili padi tapi dikeringkan. lama tak makan.. mmg susah nak dpt cendawan nih..

umie mia said...

nampak macam cendawan busut..sedap ni time kuncup2.. dah kembang tak berapa sedap..

Shahrizat said...

sedapnya...

Masya said...

terliurr dibuantya.....

Anonymous said...

kat N9 panggil cendawan busut memang sdp buat masak sup dan masak lemak cili api nak2 yg belum kembang lagi tu _ wintanhir-

Mama Huptihup said...

cendawan fav saya masa kecik2..kutip keliling rumah je..skrg ni tak pernah nmpk dah cendawan ni di kg saya...teringinnya!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...