Monday, April 9, 2012

PASAL MALAS NAK BUAT HALF FAT TO FLOUR





Kekadang kalau kita mengambil pendekatan untuk buat sesuatu kerja itu secara pantas atau short cut, hasilnya kita kena tanggung risikonya. Kekadang menjadi dan kekadang tidak. Apapun, kalau tidak mencuba mana nak tahu? Betul tak?






Begitulah terjadi kepada Kjee apabila excited sangat nampak puff pastry jenama Kawan bersaiz lebih besar dari yang biasa Kjee beli, masa pergi Jaya Grocers hari tu. Memang sukar mencari puff pastry bersaiz besar. Sebab itu lah kalau buat apa jenis puff pun, mesti saiz yang sama saja.

Well, semalam Kjee pun cubalah buat apple pie dengan menggunakan puff pastry yang baru Kjee beli tu. Hari tu Che Mat Gebu ada kata yang apabila dibakar, pastry itu tidak akan naik gebu macam yang dari jenama sama tapi jenis kecik. Kjee pun bukanlah nak bagi dia naik tinggi sangat. Nak buat apple pie biasa jer.

Kjee masih ingat lagi masa dulu2 Kjee buat pastri untuk short crust pastry ialah Half Fat To Flour. Maknanya jumlah lelemak hanya separuh dari jumlah tepung. Pastu ulilah guna rubbing in method hingga menjadi doh. Itu jer. Tapi malam tadi dek sudah ada pastri yang readymade, malas lah pulak nak timbang menimbang.



Hasilnya? Hmmm sebenarnya lepas buat apple pie ni, Kjee bergegas keluar makan tengah hari, gi amik stok ramekins dan botol roti jala pastu barulah ke Seri Dinar di Janda Baik untuk jemput my pak we pulang dari kem motivasi.

Apabila sampai rumah, dah keletihan. Pastu layan lak Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dan masa commercial break teringat my apple pie. Lari sekejap ke dapur nak ambil sepotong. Dan sejuk lah pulak. Kemudian cari ice cream dalam freezer dah tak ada. So Kjee keluarkan low fat yoghurt.

Tapi apabila nak makan, Kjee terkejut. Pastri rasa macam roti canai! Macam ada liat2 sikit. Yalah macam roti canai dah sejuk!! Hmmm nak tak nak telan jugaklah sepotong sampai habis.

So korang janganlah jadi macam Kjee. Semua nak ambil ringkas dan short cut jer. Buatlah shortcrust pastry sendiri. Half Fat To Flour. Jangan percaya sangat2 pastry readymade kecuali kalau dah biasa buat.

Jap lagi nak keluar beli apples lagi. Kali ini nak buat lagi pie guna kaedah Half Fat To Flour. Penat je menganyam kan? Hehehehe



Ini yang Kjee guna. Silap Kjee. Tak bubuh kat situ untuk pie. Hehehe bingainya.

7 comments:

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

mcm best aj eapai pai ni walaupun kak jee kata mcm roti canai.tiba2 teringat puff pastry yg saiz kecik ada kat aisbox he..he..projek sudah mari maa tp esok dah nak balik kg aduh lah rasanya da lak wat projek kat kg ni.

Nieda said...

KakJee ,cuba interfrem bungkusan KAWAN tu.Senang sikit saya cari kat kedai.
TQ.

Anonymous said...

Pn Jee. cantek sulaman kueh tu.. terliur saya .

Syaz said...

saya penah guna pastry yg ni utk buat pizza...tapi last2 jadi roti canai cm kak jee cakap...salah saya or salah doh ni...huhu..

Kjee said...

Ya ke syaz? Hmm lepas ni tak mo guna brand ni lagi lah. Kecuali doh saiz kecik tu kan!

naza delizia said...

saya pun pernah pakai yg size besar ni buat tartlets.. agak menghampakan.. last2 saya potong pjg2 buat garlic stick n tabur sket dgn parmesan cheese, bakar, mkn bersama spageti dan mashed potato.. bila buat cheese stick, dia stiasa rangup walaupun dihidang dlm pinggan n terdedah lama! dari segi rasa, ok2 je la.. kalo nak buat something sweet with this, mmg rasa mcm tak kena sbb tekstur yg ala2 ke-roti-canai-an itu! hehe!

Malayguy said...

salam kak jee apa kabar? saya salah sorang peminat setia website kak jee, bila rindu kat masakan harian malaysia saya selalu jenguk2 website ni. kak jee bleh bagi petua nak buat filing for strawberry pie?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...