Monday, April 16, 2012

SAGU GULA MELAKA PENCUCI MULUT DI MUSIM PANAS





Ramai kata susah nak dapat consistency yang lembut apabila membuat sagu gula Melaka. Kalau ia kenyal, rasanya kurang enak. Ia harus lembut sahaja apabila ditelan. Tak perlu kunyah. 

Mungkin ramai tahu buat sagu gula Melaka. Tetapi Kjee yakin ramai jugak tak tahu macam mana nak dapat hasil yang lembut dan licin masuk ke tekak.

Sebenarnya tak susah buat kalau kita ikut cara pembikinan yang betul. Sebelum ini ada orang beri Kjee resipi. katanya 1 cawan sagu, 2 cawan air. First time Kjee buat, jadi kenyal. Tak tahulah samada hamba allah tu berikan Kjee resipi yang betul.

Anyway, atas dasar tak pernah puas hati dengan kegagalan, Kjee buat kali kedua tetapi Kjee standy by air panas dalam cerek. Dan masa buat (kali kedua) Kjee main tambah jer air sehinggakan Kjee rasa dapat consistency yang betul.

Kemudian menyesal pulak apabila tidak sukat betul2 air yang ditambah tadi. Yalah, kita kan suka nak kongsi resipi dengan kengkawan. So tak bolehlah main hentam jer bagi resipi kan?

Anyway, kali ketiga, Kjee buat macam ni. Kjee rendam dulu sagunya lebih kurang setengah jam. Kemudian Kjee jerang air dalam periuk mengikut ratio 1:4. Maknanya 1 sagu dan 4 air. Apabila airnya mendidih, Kjee masukkan sagu yang telah direndam dan ditoskan.

Kacau pantas2 guna api sederhana selama kira-kira 7 minit atau sampai tidak kelihatan 'mata ikan'. Mata ikan itu ialah sagu mentah yang masih kelihatan dalam biji2 sagu yang sedang dijerang itu. Maknanya, kita kena adjust sendiri sampai sagu betul2 masak.

Lepas itu, padam api dan tuang ke dalam acuan2 kecil, ramekins ataupun dalam satu bekas yang besar. Kemudian sejukkan di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Ada orang makan sagu gula melaka dengan curahan santan dan gula melaka. Tai Kjee lebih suka makan dengan curahan susu cair (evaporated milk) dan gula Melaka yang telah dimasak menjadi sirap dan dibubuh daun pandan.

Hidangkan ia sejuk. Amat sedap makan di musim panas.




15 comments:

  1. Terima kasih Kak Jee.. sebab sudi berkongsi ilmu memasak sagu gula melaka ni, memang berguna untuk kami.

    ReplyDelete
  2. wahhhh...kak jee ini sangat menggoda,
    memang sedap kalau makan sejuk2 nak2 makan tghari panas bolong he..he...

    ReplyDelete
  3. bestnye:.....k.jee....ckp ari tu lasagna kat secret recepi best...nape sy mkn xbest pun....bg resipi lasagna k.jee...bleh???

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Kak Jee, nampak sedapla sagu gula melaka ni saya tak pernah buat lagi. nani boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. Tq kak jee..selalu sy buat..lepas masak sagu u..sy basuh tuk ilangkan kanji dia so dia jd tak keras..lepas ni takyah basuh la..cuma letak byk air mcm kak jee buat..tq

    ReplyDelete
  6. salam kakjee....saya terasa nak makan lah nampak sedap dan sejuk tekak. Terima kasih untuk resepi version kakjee nie, nanti saya cuba.

    ReplyDelete
  7. kak gee ni pepagi tgk sagu ni dah kecur air liur ibu ngandung tau.... huhu sagu dah lama wat cuma xsampai seru nak wat je.... saya singgah umah kak jee la boleh...hhehe

    ReplyDelete
  8. OOOoooooooo macam tu rupanya bikin sago gula melaka...tima kasih Kak Jee, kita suka sungguh makan,dah try, tapi mcm Kak Jee kata ler, sagunya keras kalau tak kena gaya. So lepas ni, ada guideline daripada Akak sendiri, kita nak cuba sekali lagi. Terima kasih sekali lagi. Mintak halal ya resipi.

    ReplyDelete
  9. memang sedap sagu dimakan dgn susu cair yg digabungkan dgn gula melaka.. terbaek.. thanks kakJee berkongsi tips..

    ReplyDelete
  10. kak jee...eeee kita suka sgt dgn kuih ni tapi tak tau tajuk nya....tima kacih kak jee sbb bg resepi ni...tak sbr nak pi nsk bli brg...eeee bestnya - betty

    ReplyDelete
  11. saya memang suka sagu gula melaka ni..banyak kali dah try, tapi resipi kak jee memang betul2 menjadi..jgn lupa rendam dulu sagu tu..tq kjee

    ReplyDelete
  12. Esok kat opis ada nak mkn2...tgh pikir nk msk apa....buat sagu ni pun ok gak ni kan....

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sebab tulis resepi ini melalui pengalaman.

    ReplyDelete
  14. Dah lama nak buat tapi tak reti,tapi skg alhamdulillah dah dpt resepi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. As salam....saya silent reader k.jee...selalu save recepi.....

    ReplyDelete