Thursday, April 12, 2012

SECOND TIME BUAT CHICKEN POT PIE




First time dulu dah lama sangat buat. Hari ini tetiba teringat nak buat lagi sebab teringin nak makan apabila seringkali ditayangkan di rancangan masak di TLC.



Anyway, kali ini Kjee buat style short cut. Hehehe tak serik2 buat kerja short cut. Tapi short cut ini memang gerenti jadi punya. Kjee guna mushroom soup dalam tin. Ingatkan nak buat mushroom soup tu sendiri tapi kureng rajin.

So kjee godek2 pelan2 kat dapur tadi, dapatlah kami tiga beranak makan lunch yang simple tapi sedap. Nak recipe nya? Mudah jer. Anak2 pun boleh buat tau. Okaylah jom kita tengok resipi Chicken Pot Pie Kjee. Kjee guna ramekin saiz 4 inci dan jadiklah 3 bekas.



CHICKEN POT PIE

Bahan2

1 tin creamy mushroom soup 
1 labu bawang besar di dadu kecil
2 ulas bawang putih di ricik halus
1 keping dada ayam (direbus dan disiat2)
10 ekor udang dibersihkan dan cincang  (Kjee suka2 je letak)
1 batang carrot
1 biji kentang
sedikit lada hitam
1 tin air (tin mushroom soup tadi)
2 sudu besar minyak zaiton (boleh guna minyak apa2)
cheese (optional)
3 keping pastri puff 4x4inci (jenama kawan)
3 biji ramekins saiz 4 inci

CARA

Kentang dan carrot didadu dan rebus bersama dada ayam. Bubuh sedikit garam. Setelah masak, keluarkan ayam dan carik2 atau disiat2kan. Tos carrot dan kentang.
Panaskan minyak zaiton dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sampai layu. 
Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang. Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan carrot. Boleh bubuh frozen peas dan jugak cendawan hiris kalau suka. 
Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom soup. Isikan air dalam tin kosong itu dan tuangkan sekali sampai kacau rata. Biarkan melegak seketika. Taburkan sedikit lada hitam. Tak perlu bubuh garam sebab kalau sudha cukup rasa. Padam api.
Panaskan oven 180 darjah.
Kaupkan bahan2 yang telah masak tadi ke dalam ramekin. Isi sampai penuh. Kemudian taburkan cheese kalau suka. Kjee bubuh ceddar dan parmesan.
Kemudian tutup dengan sekeping pastry puff yang telah dikeluarkan mengikut suhu bilik. Sapukan telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit fresh milk diatas pastri.
Kemudian bakar selama 15 minit atau hingga pastri kekuningan. Guna api atas sahaja.

Baru keluar dari oven...panas panas



7 comments:

Nazrah said...

simple nya kak Gee... mesti sedap kan

suzana said...

terliur saya kak je... bole cube ni ;)

Balqis Nazid said...

terliur saya kak...
menggoda betul he..he..

Memey Anuar said...

kak jee! i love u lah!
ini adalah gourmet pie yg dah discontinued kt Secret Recipe. Saya dgn husband suka gila mkn ni malangnya dah xde dlm menu huhu

ok kene cuba buat sendiri la lps. ni.
thankssss :D

mala said...

salam dari oman kakjee - mala ambik resepi ni ya.

hana said...

alahai kakjeee... sedapnyerrr.... aritu ntah macamana pastry tuh liat kemain.. semut geget pon leh patah gigi...

Honey'z Delights said...

Nampak menarik + sedap ... nak kene cube ni ..tq coz share resepi yer kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...